GADIS TOMBOY 9

775 39 0
                                    

"apa yang zizan beri pada kau tu?", soal shamsul ingin tahu. "Hmm... ntahlah... aku pun tidak tahu. jom kita balik...", kataku sambil meletakkan bungkusan itu ke dalam beg sandangku. tanpa banyak bicara shamsul dan haikal pun terus melangkah bersamaku.

*** *** ***

selepas habis kuliah, aku terus saja pergi bekerja di restoran srikandi. aku masih lagi belum membuka bungkusan plastik yang di berikan oleh zizan padaku pagi tadi. aku terlalu sibuk dengan pekerjaanku sehinggakan aku terlupa tentang bungkusan plastik yang ada di dalam beg sandangku itu. Selepas habis waktu bekerja aku pun terus pulang ke rumah sewaku dengan berjalan kaki seorang diri. aku sudah biasa berjalan kaki seorang diri di waktu malam seperti itu. ketika aku sedang berjalan meninggalkan bebrapa blok bangunan yang sepi itu tiba-tiba muncul pula seorang lelaki berpakaian selekeh di depan wajahku. di tangan kanannya terhunus sebilah pisau yang sangat tajam.

"hey... keluarkan dompet kau... cepat!... kalau tidak aku akan bunuh kau!....", sergah lelaki itu berupa ugutan. aku merasa sungguh terkejut bila di sergah dan di ugut oleh lelaki tersebut. "cepat!.... serahkan dompet kau.... cepat!....", perintah lelaki itu sambil mengacukan pisaunya ke arahku. "Tidak!.... aku tidak akan serahkan dompetku pada kau!...", bentakku dengan kasar. tanpa berfikir panjang aku terus saja menumbuk wajah lelaki itu dengan buku limaku namun tumbukanku tidak mengenai sasaran kerana dia sempat mengelak ketika itu. "ooooohh.... nak mlawan aku, ya... baiklah... aku akan kerjakan kau sampai lumat....", kata lelaki itu dengan marah skali. dia ingin menikam dadaku dengan pisau di tangannya tapi aku sempat mengelak. aku segera menendang perutnya. dia terus terjatuh di atas tanah.

Lelaki itu bangun lalu meluru ke arahku. dia menumbuk wajahku. aku segera mngelak dari serangannya itu. Tanpa ku duga, dia menyepak kaki kiriku. Akibatnya aku terjatuh di atas tanah. dia segera melompat ke arahku. dia berkira kira hendak menikam dadaku dengan pisau di tangannya tapi belum pun sempat dia berbuat demikian tiba tiba datang pula seorang pemuda di situ lalu menyepak tangannya. pisau yang terhunus di tangan penyangak tersebut terus terjatuh di atas tanah. penyangak itu segera bangun lalu mnyerang pemuda itu. perlahan lahan aku cuba bangun dan berdiri smula. "lia... lari lia... lari!....", jerit pemuda yang bertumbuk dengan penyangak itu. aku cuba mengamati wajah pemuda tersebut. "zizan?....", nama itu terpacul keluar dari bibirku. aku lihat dia sedang bertumbuk dengan penyangak itu

aku tidak sampai hati membiarkan dia bertumbuk seorang diri dengan penyangak tersebut. jadi aku pun mengambil keputusan untuk terus menyerang penyangak itu dari belakang. aku tumbuk belakangnya dengan sekuat hatiku. dia jatuh tersungkur di atas tanah tetapi dia segera bangun semula. dengan sepantas kilat dia mengambil pisau yang tergeletak d atas tanah lalu menyerangku. dia ingin menikamku dengan pisaunya tapi zizan segera berlari lalu berdiri di depanku. akibatnya dia pula yang terkena tikaman pisau si penyangak itu. "arrrgghhh....", zizan menjerit kesakitan. "zizan!!....", jeritku dengan cemas sekali. perlahan lahan dia rebah di atas tanah. aku segera menyambutnya. penyangak tersebut kelihatan sangat takut apabila dia melihat zizan terbaring di atas tanah dalam keadaan yang berlumuran darah. dia pun terus melarikan diri dari situ.

"Hoi!!... bangsat!... kau nak lari ke mana tu, hah!.... celaka betul.... biar aku kejar kau sampai ke lubang cacing!...", jeritku dengan marah. Aku ingin berlari mengejarnya tapi zizan segera memegang tanganku. "Lia.... jangan ke... kejar dia....bi... biarkan dia per...gi...", zizan bersuara dalam kepayahan. Aku terpaksa membatalkan hasratku untuk mengejar penyangak itu. Pandanganku kini tertumpu ke arah zizan. "zizan.... are u ok?", soalku mula risau dengan keadaan pemuda tersebut. darah merah mengalir keluar dari luka di sebelah pinggang kirinya itu. "lia.......", hanya itu saja yang termampu di ucapkannya .dia seakan akan hendak pitam ketika itu.

aku pun segera menelefon pihak ambulance untuk membawa zizan ke hospital. aku terpaksa duduk menunggu di situ bersama zizan. dalam hati aku tidak berhenti berdoa semoga zizan selamat dan tidak apa-apa. Tidak lama kemudian kereta ambulance yang di nantikan pun tiba di tempat kejadian. mereka segera mengangkat tubuh zizan ke dalam kereta ambulance itu. Cepat-cepat aku melangkah masuk ke dalam kereta ambulance tersebut. di sepanjang perjalanan menuju ke hospital mereka sibuk memeriksa keadaan zizan yang tidak bermaya itu. aku hanya duduk diam memerhatikan mereka.

Beberapa minit kemudian kami pun sampai di hospital. zizan segera di masukkan ke dalam bilik kecemasan. aku terpaksa menunggunya di luar bilik kecemasan itu. ketika aku sedang menunggu di luar bilik kecemasan itu tiba-tiba aku teringatkan bungkusan plastik yang di serahkan oleh zizan padaku pagi tadi. Aku teringin pula hendak tahu apa isi dalam bungkusan plastik tersebut. Perlahan lahan aku membuka beg sandangku. bungkusan plastik berwarna hitam itu terus ku ambil dari dalam beg sandangku. bila ku buka saja bungkusan tersebut kelihatan sekotak hadiah yang sangat cantik di hiasi dengan reben berwarna merah. Di atas kotak hadiah tersebut ada sekeping kad ucapan berwarna merah jambu.

Perlahan lahan aku membuka kotak hadiah trsebut. Di dalamnya ada sepasang baju kurung berwarna biru berbunga kecil dan kain tudung sutera berwarna biru. kad ucapan berwarna merah jambu itu terus ku buka lalu ku baca...

"lia.... selamat hari jadi saya ucapkan pada awak. semoga awak panjang umur dan di murahkan rezeki hendaknya...

p/s: terimalah hadiah ini.... pakailah ia bila awak rasa sudah tiba masanya untuk awak berubah menjadi lia yang pernah saya kenali dulu....

Yang ikhlas
mohd izan....."

aku merasa sungguh terkejut apabila membaca isi kad ucapan itu. "dia tahu harijadi ku?... mohd izan? apakah zizan ni mohd izan?.... ahhh!!!.... tak mungkinlah... tapi macamana pula dia tahu harijadiku?", fikiranku mula di asak dengan persoalan yang tidak mampu ku jawap sendiri.

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now