GADIS TOMBOY 10 (TERAKHIR)

1.3K 52 12
                                    

Aku cuba berfikir seketika. Ketika aku sedang berfikir panjang tiba-tiba, "cik... ini baju jaket teman lelaki awak yang tertinggal dalam kereta ambulance tu...", kata suatu suara. aku mengangkat wajahku. kelihatan seorang jururawat yang bertubuh gempal sedang berdiri sambil menyerahkan baju jaket kulit berwarna hitam padaku. aku pun segera mengambil baju jaket tersebut.
"terima kasih...", ucapku dengan pantas. "sama-sama", balasnya sambil beredar dari situ. aku meletakkan baju jaket itu di atas kerusi. Tiba-tiba ada dompet terjatuh dari dalam poket baju jaket tersebut. Aku pun tunduk mengambil dompet itu. mataku terpandang akan kad pengenalan zizan yang ada di dalam dompet itu. aku segera meneliti maklumat yang tertera di atas kad pengenalan itu.

"mohd izan zizan bin mohd hamadi....", aku membaca nama yang tertera di atas kad pengenalan itu dengan rasa terkejut. aku bertambah terkejut bila aku lihat gambar lamaku dengan mohd izan ketika kami berada di sekolah menengah dulu terselit kemas di dalam dompetnya yang lusuh itu. "jadi memang betullah zizan ini mohd izan, kekasih lamaku yang telah lama meninggalkan aku?...", tiba-tiba saja hatiku merasa gembira bercampur hiba. akhirnya aku bertemu semula dengan kekasih lamaku setelah kami terpisah jauh selama 5 tahun.

lamunanku terhenti bila aku dengar pintu bilik kecemasan itu di buka orang. aku pun terus bangun dari tempat dudukku. "macamana tuan doktor?... dia selamat tak?", soalku dengan hati yang berdebar debar. "urm.... dia dah selamat... dia sekarang berada di bilik pesakit no.10....", balas tuan doktor perlahan lahan. "oh.... syukurlah dia dah selamat.... er... tuan doktor, boleh tak saya pergi menjenguk dia sekarang?", soalku ingin tahu. "boleh tapi tolong jangan lama sangat ya... pesakit perlukan rehat yang cukup...", balas tuan doktor sambil trsenyum. "baiklah tuan doktor... terima kasih banyak-banyak, ya...", kataku dengan sopan. "ya... sama-sama...", balasnya sambil beredar dari situ.

aku pun terus melangkah masuk ke dalam bilik pesakit no.10 yang terletak tidak jauh situ. kelihatan mohd izan aka zizan sedang terbaring di atas katil pesakit dengan pinggang kiri yang berbalut kain putih. perlahan lahan aku duduk di sebelah katilnya. aku merenung wajahnya. aku tidak menyangka pemuda yang selama ini aku benci rupa-rupanya orang yang amat ku sayangi suatu ketika dulu. wajah itu telah banyak berubah. dulu wajah itu ada banyak jerawat tapi kini wajahnya bersih dan tidak berjerawat.

Dulu mohd izan selalu pakai kaca matanya tapi sekarang dia tidak memakai sebarang kaca mata. Mungkin dia sekarang memakai contact lens. Aku mula membuat andaianku sendiri. Aku kembali memerhatikan style rambutnya. style rambutnya pun sudah berubah. dulu dia lebih suka berambut pendek ala-ala tentera tapi sekarang rambutnya nampak jauh berbeza. Rambut belakangnya kelihatan pendek. manakala rambut depannya pula di biarkan panjang menutupi sebahagian wajahnya.

Penampilannya pun sudah berubah. Dulu mohd izan lebih suka berpakaian kemas bila dia pergi ke sekolah tapi sekarang dia kelihatan seperti seorang pemuda rockers yang lebih suka memakai baju jacket hitam dan jeans lusuh yang koyak rabak di lutut bila dia pergi kuliah. Bila aku perhatikan dia memang dia tidak sama dengan mohd izan yang aku kenal dulu tapi bila aku perhatikan wajahnya betul-betul barulah aku perasan bahawa dia memanglah mohd izan yang aku sayangi suatu ketika dulu.

lamunanku terhenti bila ku lihat tangannya mula bergerak gerak. Matanya terbuka perlahan lahan. "saya kat mana ni?..." soalnya setelah dia sedar. "Awak sekarang berada di hospital... saya yang panggilkan pihak ambulance supaya membawa awak ke sini... sekarang awak dah okay kan?", soalku dengan penuh prihatin. "Ya... saya dah okay... Thanks sebab awak sudi menolong saya tadi. Saya fikir saya akan mati dan tidak akan bertemu dengan awak lagi, lia... nasib baik Tuhan panjangkan umur saya kalau tidak sudah tentu saya dah jadi arwah sekarang...", tuturnya perlahan lahan. "Jangan cakap macam tu... tak baik cakap macam tu...", tuturku dengan wajah yang serius.

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now