Bab 01

154 6 5
                                    

"Hilius! Cepat," suatu suara lembut mula memecahkan kesunyian tingkat dua istana mewah keluarga Hermilus. "Kita sudah terlambat ini. Jika kamu masih berlengah-lengah kita tak dibenarkan masuk nanti. Hilius? Hermilus Hilius?" Terpekik-pekik wanita itu memanggil anaknya.

Dalam masa yang sama, wanita berambut merah lebat itu mula mengaturkan langkah menuju ke kamar puteranya yang berada 5-meter dari tempat dia beradu. Kamar yang selalu riuh dengan suara riang itu, kedengaran sunyi pula pada petang itu.

Pintu putih dengan ketinggian 12 kaki itu dikuaknya perlahan agar tidak menggangu tuan kamar tersebut. Seraya kepala wanita itu pula ditonjolkan ke dalam kamar. Kelihatan, anak lelakinya itu, sedang meniarap di atas tilam tebal yang terletak di tengah-tengah bilik. Tangan anak kecil itu didepangkan, dalam masa yang sama kakinya turut terkangkang luas.

Wanita berkening rata itu mula menggeleng perlahan sambil mengurut ringan dahinya yang licin. "Hilius sayang, sudah berapa kali bonda mahu pesankan? Jika habis bermain, pulangkanlah mereka ketempat asal. Jangan dibiar bersepah di atas lantai. Berbulu-bulu mataku melihatnya," bebel wanita itu sambil melangkah masuk.

Kamar biru muda kehijauan itu tidak seperti hari-hari biasa. Selalunya gamat bertempik suara budak lelaki yang sedang teruja bermain keseorangan. Namun petang itu, kamar ini berada dalam keadaan yang sungguh sunyi.

"Hilius! Kenapa masih tidak bersiap? Lekas. Ayahandamu sudah berangkat tuju ke auditorium itu. Dia sudah meninggalkan kita," bebel lagi rambut merah tersebut sambil mengemas kamar anaknya yang seperti tongkakng pecah itu. Sebaik saja dia berada di kaki kanan katil, dia memerhatikan saja karenah anak kecilnya itu.

"Hilius, sudah-sudahlah itu berpura-pura tidur. Lekaslah," ujar wanita berusia 48 tahun itu. Kelihatan jelas sedikit urat uban tumbuh pada rambut merahnya itu. Sekali lagi, wanita itu geleng perlahan melihat telatah nakal anaknya yang berusia 4 tahun itu.

Dia mula mendekati Hilius yang dari mula hanya membatukan diri. Dia berada dalam keadaan statik tanpa mengeluarkan sebarang suara. Sebaik sahaja Aristine melabuhkan punggungnya ke atas permukaan tilam empuk itu, dengan serta-merta kulitnya dapat merasakan suatu haba yang sungguh bahang dari tubuh Hilius.

Seraya, riak terperanjat mula berpaut pada air muka wanita itu. Suhu yang dihasilkan oleh Hilius mampu mengeringkan kain jemuran, betapa hangatnya tubuh anak kecil ini. wanita itu memandang anaknya musykil apabila tubuh anak lelakinya itu masih kekal keras seperti kayu. Dada Hilius naik dan turun perlahan dan lembut, menunjukkan dia sedang bernafas elok. Matanya rapat terpejam. Kulitnya kering, nyah keringat.

Maka, datanglah beribu persoalan pada benak fikiran seorang ibu perihal anak kecilnya itu. Adakah dia berada dalam keadaan sejahtera? Ataupun dia berada dalam keadaan dilakhnat? Wanita itu mula runsing dan risau. Hatinya tak keruan dan jantung berdegup rancak bak rebana perang.

"Hilius. Badanmu sungguh hangat; kenapa? Kamu demam; adakah? Tapi ini bukannya sebarang demam; pasti. Apa yang sudah terjadi sayangku? Harus bagaimana mahu bonda lakukan?" gumamnya. Seraya rambut merah itu menjerit-jerit meminta bantuan daripada pembantunya.

"Shadi kemari. Shadi! Oh Shadi ke mari! Shadi beriku bantuan." Aristine menoleh ke arah pintu beberapa kali untuk melihat keberadaan Shadi. "Shadi lekas ke sini! Shadi daku di kamar Hilius. Shadi!" sekali lagi Aristine menjerit-jerit meminta tolong.

Suasana dapur istana seperti biasa, kedengaraan suara byuna-byuna (orang gaji perempuan) bangsawan Hermilus sedang berbual sambil menjalankan tugasan. Dalam kesibukkan mereka sedang berkerja salah seorang dari 8 wanita tersebut terdengar suara tempikan majikan mereka. "Ehh diam-diam. Shh! Shh! Dengar tak ada orang jerit," soal wanita itu sambil memandang ke arah tujuh yang lain.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now