Bab 03

30 3 0
                                    

Mataku mula berkaca semula. Sesungguhnya ini benar menyeksa jiwaku. Mengapa Hilius masih membatukan diri? Mengapa? Adakah ini takdirnya menjadi... menjadi seorang Sa-se.... Tidak ini bukan takdirnya Hilius. Engkau bukanlah seorang 'itu'. Dia bukanlah seperti apa yang orang katakan. Air mataku mula deras. Hati daku tak keruan.

"Daku harus kuat. Daku harus berada disisinya. Jika aku lemah, gimana harusnya bertahan?" Pantas jariku mula mengelap air mataku.

Daku harus lakukan sesuatu, berteriak dan mengelamun tidak akan mendatangkan sebarang perubahan. Seraya Aristine bangun untuk mengambil segulung tuala yang disediaakan di kabinet sebelahnya. Lalu direndamkan ia ke dalam sebaldi air sejuk. Melihat keadaan vaelnya sedemekian, Shadi melepaskan rehat punggungnya dan mula untuk membantu. Aristine tersenyum.

"Berehatlah vael. Biar kami laksanakannya," ujar wanita paling setia itu. Shadi mengatur langkah ke arah Hilius yang dibaringkan di hadapanku. Tubuhnya masih keras seumpama batu. Saat Shadi membongkok untuk meletakkan tuala basah pada dahinya Hilius, dengan serta merta airnya menjadi wap. Tuala itu menjadi kering kontang.

Shadi kali ini benar kehairanan sehingga jatuh terduduk. Kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali. Aristine dan Shadi saling berpandangan.

"Apa... apa... apa yang sudah terjadi vael? Kami benar tidak faham," katanya hampa.

"Daku benar tidak mengerti," Aristine mengatur langkah menuju ke arah mereka. Sebaik saja punggungnya dilabuhkan ke atas lantai tempatnya Hilius dibaringkan bicaranya dikembali. "Mungkin benar kata semua. Yang sesungguhnya anakanda daku ini seorang... seorang... Senia," akhirnya kata seksa itu terlafaz. Air mata Aristine mula mengalir semula.

"Mengapa dikau sungguh lemah Aristine? Kau tidak boleh menangis. Aristine, tangisan tidak membawa apa-apa perubahan. Air mataku semakin deras," getus hatinya

Menitis-nitis ia jatuh. "Hilius, maafkan bonda. Bonda tidak gagah untuk dirimu. Maafkan bonda sayangku," air mata mengalir ke pipinya perlahan. Aristine mula mengeleng-gelengkan kepala hampa. Air matanya juga turut mengalir menuruni bibir dan berpenamat mengalir pada hujung dagu.

Aristine mula mempersoalkan takdir. "Mengapa ini terjadi? Apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh Tuhan? Benarkah ini satu petanda? Adakah kasih kami akan berpisah? Hilius benarkah dikau ini... benarkah... dikau... ini... s... se... senia?" ujar Aristine lalu mula menggelengkan kepalanya. Tak mampu menahan sebak.

"Hilius? Mengapa engkau masih membatukan diri? Adakah hilang sudah rasa cintamu terhadap diri ini?" Aristine mula menarik persalinan yang dipakai oleh Hilius. Dengan rasa yang bergitu sedih, wanita itu mengegar-gegarkan tubuh kecil anaknya itu.

Tiba-tiba mata Aristine membutang luas, dirinya terpanah dalam. Ini benar tidak masuk akal. Mengapa bajunya dingin dan nyaman? Mengapa?

Air matanya semakin deras membasahi pipi dan bibir. Kerana terlalu sebak, kepalanya wanita itu diletakkan ke atas perutnya Hilius. Lalu jatuh menitislah air matunya dan menyerap pada tubuhnya Hilius.

Aristine benar-benar buntu. Esakannya tidak dapat membantu. Shadi hanya mampu memberikan riak wajah yang penuh dengan kasihan. Dia tidak dapat membantu memperbetulkan apa yang dialami oleh Aristine dan anak lelakinya itu. Aristine menarik nafas berat dan dihembusnya dengan sungguh perlahan.

Tiba-tiba, Shadi menjerit keterujaan, "vael, vael! Lihat itu! Lihat. Matanya va'al, matanya menjadi berkilau. Lihat ia menerangi kita," ujar Shadi memecahkan kebisuan.

Seraya kepalanya diangkat dan menoleh ke arah cahaya tersebut. Aristine tergamam lama. Cahayanya sungguh berkilau dan semakin lama semakin merebak keseluruh tubuhnya. Kini bibir dan telinganya juga bercahaya. Seraya kulitnya juga.

"Apa yang ter... terjadi... Shadi! Shadi gimana kita mahu lakukan?" ujar wanita malang itu dalam kebuntuan. Cahaya itu makin benderang laksana bulan. Mata daku terpejam rapat-rapat. Cahaya membuta. Kelamaan cahaya itu menjadi sedikit malap. Dan kali ini daku benar-benar tergumam. Dapati bahawa suatu medan kuasa nipis bewarna biru kehijauan mula merebak ke seluruh gerabak kuda ini.

Shadi pula benar-benar ketakutan. Sebagai seorang khojhe, sakti yang begitu aneh membuatkan dia ketakutan. Dalam masa yang sama kedengaran diluar bunyi kuda-kuda mula menjerit ketakutan. Dyu juga. "Apa, apa yang sedang belaku ini? Vael! Vael! Arghhh kita... terapung tinggi! Turunkan aku."

Aristine benar terperanjat apabila melihat ke arah tingkap dan dapat menyaksikan kereta ini lebih tinggi daripada pokok. Aristine benar tidak tahu apa yang berlaku. Malahan, wanita berambut merah ini dapati dua pasang khojhe yang menemaninya sudah pengsan akibat terlalu terkejut. Keanehan ini sendiri dia tidak pernah alami. Suatu idea mula terlintas pada akalnya, dia perlu lakukan sesuatu.

Dengan perlahan Aristine cuba mendekati Hilius untuk memberhentikan segala ini. Namun sebaik sahaja Aristine mendekati anaknya itu, medan nipis yang menyelubungi Hilius mula menolak wanita itu dengan kuat sehingga terpelanting ke dinding depan gerabak. Dentuman itu sungguh kuat sehinggakan memecahkan kaca tingkap yang beradaa pada dinding itu. Kepala Aristine terhentak sakit. Serasa aliran cecair likat mula mengalir dari tengkoraknya.

Aristine enggan patah. Wanita itu perlu cuba buat kali seterusnya. Dia mengendahkan segala bisa dan calar. Tubuh didirikan semula. kakinya mula diatur laju.

Sebaik saja Aristine merempuh medan itu untuk kali kedua, ia bertambah kuat. Seraya tubuh wanita berisi itu terpelantingkan sehinggakan dinding kayu di antara ruangannya itu dengan ruang pemanduan terbolos. Tanpa disedari, tubuhku telah melanggar dyu yang pengsan itu dan membuatnya jatuh terjunam ke permukaan bumi.

"Tidak!!! Dyu!" teriakku ketakutan saat ia menggelungsur jatuh. Mataku seperti tidak percaya apa yang telah disaksikan. Dalam masa yang sama, daya tarikan graviti telah mengetuknya dari pengsan. Matanya perlahan membuka dan seraya dyu itu mula menjerit ketakutan. Teriakannya jelas kedengaran. Lantang dan benar dia sedang takut. Jeritannya itu akhirnya terputus dan ditamatkan dengan suatu bunyi hentaman yang kuat pada permukaan bumi serta bunyi dahan-dahan pokok patah.

"Adakah? Adakah daku telah membunuh seorang insan tidak berdosa?" katanya bersendirian.

Air matanya mula mengalir semula. Ini luar dugaan dirinya malah ini luar batasan pemikiran semua orang. Aku perlu bantuan.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now