Bab 04

25 2 0
                                    

Dalam masa yang sama.

Auditorium ini didendangkan dengan bunyian simfoni yang indah. Susun atur lagunya begitu menggamit hati para tetamu. kemerduannya tidak terkira sehinggakan tidak kedengaran sedikit pun butir suara yang mampu menghilangkan nikmatan persembahan itu. Semuanya memberikan tumpuan secukupnya kepada persembahan yang indah ini.

Sebaik saja konduktor orkestra ini memberi tunduk hormat, tepukan yang gamat mengiringinya. "Pantas dan cekap pimpinan sebentar tadi," seorang gadis mencelah masuk.

Gadis berbaju biru langit dengan sanggulnya yang besar itu terus memulakan kata-katanya. "Terima kasih kepada persembahan yang cukup indah itu. Untuk pengetahuan semua, konduktor cilik ini merupakan anakanda kepada lelaki yang diraikan pada malam ini. Va'al Senator Diplomasi Luar Kota Zheheirxyts iaitu, Va'al Hermilus Ferusuly. Berikan tepukan gemuruh kepada dua insan yang hebat ini," nafas diambil sebelum menyambung semula ayatnya.

"Kini, tanpa melengah-lengahkan masa, kami dengan ta'zimnya berbesar hati menjemput Va'al Hermilus serta diiringi Vael Hermilus untuk di anugerahkan pangkat tertinggi kota kepada pasangan ini. Dijemput Va'al dan Vael Hermilus untuk tampil kedepan. Dijemput juga Yang amat mulia Va'al-Hudrah Nakiozokhits Uvit untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada pasangan tokoh kita ini," kata gadis berbaju biru langit itu lagi.

Dengan menyarung cloak berwarna kelabu tua Ferusuly yang duduk dibarisan paling hadapan terus berdiri dengan bangganya. Tepukan yang gamat turut memeriahkan majlis pengiktirafan itu. Tampak senyuman manis diukir pada dibibirnya lelaki yang diraikan malam ini. Namun Ferusuly tidak menyedari akan ketiadaan isterinya.

Tanpa menoleh belakang, Ferusuly terus menaiki ke pentas tanpa menunggu ketibaan isterinya untuk diapit naik. Sebaik saja menaiki pentas, Ferusuly mendapati yang tidak kelihatan batang hidung isterinya di dalam auditorium itu. "Maaf va'al. Dimanakah vael?" Tanya gadis itu perlahan.

Tenang saja Ferusuly menjawab. "Dia ada."

"Dijemput Vael Hermilus Aristine untuk bersama-sama naik ke pentas. Dipersila." Sekali lagi gadis itu mengulang rangkapnya. Beberapa minit kemudian diulangi rangkap yang sama apabila tiada seorangpun memberi respon. Tetamu yang hadir mula berbisik-bisik mengatakan sesuatu.

"Dijemput pula anakanda Va'al Hermilus untuk mewakili bondanya. Dipersila Vael Keromits Hermilus." Beberapa minit kemudian seorang gadis berambut lurus paras punggung mengaturkan langkahnya kehadapan. Dalam masa yang sama, tepukan yang gamat turut mengiringi langkah gadis yang berusia 19 tahun itu.

"Tahniah, semoga engkau lebih maju pada masa mendatang," ujar Yang amat mulia Va'al-Hudrah Nakiozokhits Uvit sambil menyampaikan hadiah kepada Ferusuly. Ferusuly hanya tersenyum kecil, matanya pula sedang mencari tubuh berisi Aristine. Wajahnya kelihatan kalut sedikit. Seraya suatu pancaran cahaya putih serta percikikan debu sakti berterbangan di udara merakam bibit yang membanggakan ini.

Lalu mereka bertiga mengatur langkah turun dari pentas itu didahului oleh Ferusuly. Mata Ferusuly masih mencari-cari keberadaan jasad hangat isterinya itu dalam keadaan yang gelisah.

"Terima kasih diucapkan kepada Yang amat Mulia va'al-Hudrah bagi penyampaian anugerah tersebut. Terima kasih juga kepada para hadirin untuk memberikan tepukan yang gamat sebentar tadi. Baiklah, majlis kita diakhiri dengan dendangan nyanyian dari penyanyi terkemuka negara jiran iaitu Vas Tu Olphast. Dipersilakan!" ujar gadis yang masih tak lekang dengan senyuman manisnya itu. Tepukan yang gamat menyusuli kata-kata gadis manis itu, seraya penyanyi wanita berkenaan naik ke pentas mengisi tempatnya

Kini hatinya Ferusuly begitu risau. Dia memikirkan mengapa isterinya tiada di dalam majlis keraiannya. Kemanakah Aristine mengilang? Kakinya disilangkan ke atas pehanya. Kaki kanannya mula mengetuk-ngetuk lantai berulang kali sambil menoleh ke kiri dan kanan.

Keadaanya seperti kucing kehilangan anak. Setiap masa menoleh ke arah belakang. Setiap masa melilaukan matanya mencari Aristine. Dia mula menegakkan sedikit lututnya sambil memandang ke arah belakang. Perbuatannya telah menggangu perhatian tetamu yang lain sehinggakan mereka juga turut melakukan perihal yang sama.

Kegelisahannya menarik dia untuk berfikir panjang kemanakah dan dimanakah lokasi beradanya dewi permatanya itu. Sebaik sahaja nyanyian yang langsung tak menarik minatnya itu tamat dia terus berrgegas keluar.

Sebaik saja 18 langkahnya diatur orang kanannya menyeru namanya. "Va'al kemanakah kamu ingin pergi? Majlismu masih berlangsung dengan megahnya. Sama seperti yang dirancangkan. Mari kita bersantap pula,". "Aku tiada masa untuk semua ini. Aku mahu tahu apa yang terjadi kepada isteriku," balasnya tegas. "Satria Istana" ayuh mencari Aristine," titah Ferusuly mengendahkan orang kanannya itu dan keluar daripada majlis tanpa mengisahkan pandangan orang lain.

Semua mata pada ketika itu tertumpu pada susuk tubunya yang bergerak pantas. Sekali lagi bisikan-bisikan orang ramai mula memenuhi ruang auditorium itu. Sebaik saja dia memegang tombal pintu, bangkit seorang lelaki dari kerusinya dengan muka yang tidak puas hati.

"Ers. Dikau tidak boleh laku sebegini. Ini majlis keraian kau. Dikau tidak boleh sesuka hati keluar tanpa pemberitahuan. Kau sudah dikira biadap jika ingin diikutkan," lantang dia bersuara. Lalu, suara orang ramai semakin kedengaran jelas.

"Ya benar. Va'al, tidak boleh berlaku sebegini. Ini sudah melanggar adat seorang bangsawan," gadis pengacara majlis itu pula berkata. Seraya kedengaran suara-suara asing yang menyetujui hakikat itu.

Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya, dahi Ferusuly diurut perlahan. Lalu kepalanya digelengkan untuk beberapa kali. "Sebentar dan dengar. Ini soal isteriku. Daku per..."

"Engkau tak perlu mencari Aristine wahai kakandaku Ferusuly. Aristine seorang Gavia yang hebat. Dia semestinya berada dalam sejahtera," lelaki yang sama membidas kata-kata Ferusuly. Lalu dia mula mendekati Ferusuly dan menerik bahunya untuk duduk pada tempat asalnya.

Dengan terpaksa Ferusuly turuti sahaja titah sepupunya itu. Dia tidak boleh berbuat apa.

"Daku faham... daku faham. Ya daku akan turut serta meraikan majlis ini," katanya akhir sekali sebelum duduk ditempat asalnya. Namun matanya masih melilau mencari dan tertumpu pada pintu masuk auditorium itu. Mencari seseorang. Beberapa minit kemudian, dia mengenyitkan matanya kepada seseorang yang berada pada pukul 10 sisinya. Seraya mata kirinya dikelipkan sebanyak 3 kali pada dan 1 kelipan lama pada mata kanannya.

Apabila mengesan mesej yang dihantar oleh majikannya, lelaki tinggi lampai bertubuh sasa itu mula mendekati Ferusuly. Lelaki yang mengenakan kain paras lutunya serta selempang bewarna krim merupakan orang suruhan Ferusuly yang telah lama berkhidmat dengannya. Walaupun dia hanya berpakaian sedemikian dia tetap kelihatan maskulin dan perkasa. Maka tak hairanlah dia merupakan ketua 'Satria Istana'.

"Daku mahu dikau mencari isteriku. Segera. Daku dapat merasakan dirinya dalam bahaya," Titah Ferusuly saat lelaki yang bernama Qhuen Cofestril itu tercegak di sebelahnya. "Akanku turuti titahmu va'al," balas Cofestril sambil mengatur langkah pergi. Seraya seramai 8 orang bawahannya juga mengikuti langkahnya keluar dari auditorium itu.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now