Bab 02

46 5 0
                                    

Kerancakan nafas kuda mengharungi malam kedengaran deras. Kabus yang tebal serta cahaya pelita malap menjadikan pemandu kereta itu memandu dalam keadaan yang tergesa-gesa. Keadaan yang menyeramkan di dalam hutan tersebut menjadikan lagi dada Aristine berdebar.

Sementara itu, gerabak kereta kuda tersebut masih hangat akibat haba yang dihasilkan daripada tubuh Hilius. Aristine pula masih tidak mengetahui apa yang terjadi ke atas anakandanya itu.

Tubuhnya kering, nafasnya tenang, matanya katup namun tubuh anak kecil itu sepanas padang pasir Sahara. Tiada siapa tahu mengapa keadaan aneh ini berlaku. "Tabahlah anakanda. Bonda ada di sini," kata itu tidak lekang dari bibirnya sejak mula berangkat. Air matanya mula mengalir saat memerhatikan tubuh kejung anakandanya itu.

Benar, kasih ini tiada tara bandingnya.

Harapan Aristine seperti sudah putus sejak 1 jam yang lalu kerana keadaan Hilius masih sama sebagaimana keadaannya di istana. Tiada sebarang perubahan. Tiada sebarang peluh yang menitis. Tiada sebarang kata dilafaz. Hilius masih... tiada sebarang tindak balas.

Muka kosong dan hampanya dialehkan ke arah tingkap. Matanya melihat keindahan malam. Bulan benderang, angin tenang, kabus tak lekang.

Mindanya mula mengerawang jauh. Aristine mula mengimbas semula kejadian yang berlaku ketika anaknya dilahirkan.

Imbas muka

Malam itu, latarnya sama seperti malam ini. Bulan benderang. Angin tenang. Kabus tidak lekang. Malah apa yang dilakukan malam ini juga sama seperti malam itu. Namun situasinya sedikit berbeza.

Daku dan kakanda sedang menuju pulang ke rumah dari luar kota. Ketika itu, daku sedang mengandungkan Hilius untuk bulan yang terakhir dan bila-bila masa sahaja aku boleh mengucup pipi gebu bayi baruku.

Malam itu tenang. Kakanda juga tenang dibuai mimpi selepas menguruskan tugas rasmi di luar kota. Dia begitu letih menguruskan hubungan diplomatik luar kali ini. Malahan kesemua byuna yang dibawa sudah diulit kenyenyakan. Hanya daku yang masih memerhati langit. Ia tampak gemerlapan dengan binarnya sang bulan. Memerhati buatkan tekakku kehausan. Seraya aku bangkit dari sisi suamiku untuk meneguk segelas air.

Perlahan langkah diatur. Tangan kananku menampung perutku yang membuyut manakala pinggangku didorong dengan tangan kiriku pula.

Satu langkah mara kehadapan, perlahan perutku bergetar. "Sabar sayang. Bondamu kehausan."

Langkah kedua, ditendangnya pula perutku. "Nakalnya kamu ya."

Tiga depan. "Sedikit lagi. Sebentar sayang sebentar".

Empat kini. Benar anak daku ini nakal. Duduklah dengan tenang. Tiba masa nanti, dakukan kucup pipimu.

Saat langkah kelimaku dibuka, gerabak kuda itu mengalami satu gegaran yang kuat akibat terlanggar satu lubang yang agak dalam. Nescaya tubuhku yang sarat itu jatuh tersimpuh ke atas lantai keras gerabak itu.

Hentakan keras itu mengakibatkan bangkitnya Ferusuly dari beradu. Seraya teriakan yang kuat keluar dari corong suaraku "Aduh!" dalam masa yang sama. Tanpa berfikir apa, kakanda menepuk dinding gerabak untuk mengarahkan pemandu memberhentikan pemanduan.

"Ers! Perut daku berasa sakit! Sakit sekali! Sakitnya, aduh! Ferusuly bantu daku," teriakku sambil menggapai kaki suamiku yang tercegat.

"Berhenti! Dyu berhenti! Berhenti sekarang!" teriak Ferusuly berulang kali. Suaranya yang keras itu serta rintihan daku mengerang kegeringan telah membangkitkan byuna-byuna yang sedang nyenyak tidur. Muka mereka bertiga terlalu kaget dengan apa yang terjadi. Lantas mereka lari-lari anak ke pangkuanku.

Sebaik saja melihat aku sebegitu, Soayowerf mendekatiku sambil berhati-hati memegang perutku. Mukanya memandang aku dengan tenang. Sedikit senyuman mengukir. "Ini masanya Vael. Anakandamu mahu rasa dinginnya kabus, benderangnya bulan dan kasihnya keluarga," ucapnya lembut sambil mengusap perutku.

"Tunggu! Apa yang dikau sedang lakukan ini! melahirkan anakku di dalam hutan di tengah laila kelam? Mana boleh! Ini bercanggah dengan apa yang aku tahu byuna!" ujar Ferusuly melihat Soayowerf dengan mata yang tajam.

Dengan kuderat yang tersisa aku menggenggam tanggan suamiku dan meneriknya perlahan kesisiku. Ke telinganya aku membisik. "Ini masanya. Takdir enggan, malah tidak boleh ditongkah sayangku."

"Tetapi adinda, ini hutan Ghojovam. Malah ini luar kota. Aku tidak mahu anakku seorang Sa-..." perlahan aku meletakkan jariku pada bibir nipisnya. "Apa pun yang terjadi, dia masih anak kita Ferusuly. Dari darah daging kamu dan daku. Tiada celanya sayangku," kataku sambil mengucup pipinya.

Kali ini perutku benar merasakan kesakitan yang tak terperi. Jamya Tuhan saja tahu bertapa sakitnya keperitan ini. Sakitnya kepalang. Sungguh sakit. Lebih sakit daripada yang sebelum-sebelum ini.

"Va'al. Harap va'al mampu menerima hakikat ini. Usah difikir akan cerita dan dongeng. Bersabarlah kami akan uruskan jelitawatimu ini," dengan lembut Soayowerf menjawab.

"Daku terpaksa akur. Pastikan yang dikau bawaku dua nyawa yang sihat Soayowerf. Jika sebaliknya, tanggallah tunjangmu," titah Ferusuly sambil menunding jari keras ke arah wanita gempal itu.

"Sebelum itu va'al ku gagah perkasa, kami harap va'al boleh menunggu di luar sebentar sementara kami menguruskan vael ya. Harap va'al dapat membantu," lidah Soayowerf berkata lembut.

Soayowerf hanya tersenyum apabila melihat pintu gerabak itu dibuka Ers dan disusuli dengan keluarnya dia. Seraya, dia menanggalkan sarung tangganya dari kedua-dua belah tangannya dan lantas menyengsing lengan labuh bajunya yang berwarna kuning pasir itu. "Bawakan kami bekas air kemari Ertnua," arah Soayowerf kepada rakan sebyunanya.

Sebaik saja Ertnua kembali dengan bekas air yang dimintanya, ia dibuka perlahan. Dengan gemalai tangaanya diatur lembut untuk melentur air keluar dari muncung bekas air. Selepas beberapa saat suatu jejari air bergawangan. Dibahagikan pula kepada dua bebola kecil. Seraya, wanita pelentur air ini menyarungkan bebola air itu kepada tangan-tangannya.

Nafasnya dihembus lembut. Matanya mula bersinar. Air sejuk pada tangan Soayowerf juga bersinar berkaca. Dengan lembut tangannya mengurut bahagian wanita daku untuk memudahkan proses bersalin.

Selepas beberapa masa menahan sakit, akhirnya seorang bayi lelaki dilahirkan. Bayinya sihat. Tubuhnya tembam dan kulitnya kemerahan lembut. Syukurnya daku ketika itu. Wajah Ferusuly juga teruja melihat anak barunya itu. Kami berdua tersenyum dan mula berpelukan kegembiraan

Mata aku mula beraleh saat bulan mula ditutupi awan. Aku mula terkebil. Sudah lama kami berangkat namun masih tidak sampai ke destinasi. Daku mula risau. Daku melihat Hilius tanpa harapan. Dia masih keras dan suhu kereta kuda ini sungguh hangat sehinggakan pakaianku menjadi lecun.

Bertabahlah sayangku. Bonda ada disisimu. Kita akan tiba. Kita akan tiba.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now