Bab 06

20 0 0
                                    

Sementaara itu, Ferusuly masih berada di dalam auditorium bersama rakan-rakannya menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh pihak pengurusan majlis. Suasana dewan makan itu sungguh riuh. Sebilangan orang berdiri sambil berbual. Ada juga yang duduk berkumpul bersama di suatu meja. Dengan pakaian mereka yang bermacam ragam warna dewan itu tampak serabut dan memeningkan.

Orang ramai juga dapat melihat beberapa orang byuna-byuna sedang menghidangkan makanan kepada va'al dan vael yang menghadiri majlis tersebut. Layanan mereka yang sopan itu sungguh mengkagumkan dan menjadikan majlis berjalan dengan sungguh lancar.

"Hermilus! tahniah atas anugerahmu. Daku harap engkau mampu mengubah kota ini menuju ke arah sebuah kerajaan yang lebih mahsyur," ujar seorang lelaki tua yang duduk semeja dengan Ferusuly. Lelaki gemuk dengan pipi kemerah-merahan itu kelihtan sungguh mewah dengan memperagakan pakaian yang penuh bertatah batu delima.

"Benar kata Iophel. Daku juga berharap sebegitu. Jika ingin mengharapakan diri ini memag jatuh mundurlah kota bangsa kita ini," sampuk seorang lagi lelaki pula yang kemas menyarungkan sebuah baju berlenggan Panjang bewarna hijau dengan kaitan corak halus.

"Daku rasa sekiranya Sherbath yang memimpin kota ini, habis runtuh tembok kota dia gegarkan. Maklumlah, diakan pernah berhasrat mahu robohkan tembok kota itu." Balas Iophel sambil terbahak besar.

Ferusuly hanya tersenyum mendengar perbualan teman-temannya itu. Mindanya masih serabut memikirkan keberadaan isterinya itu. Benak fikirannya mengimbau semula saat-saat sebelum dia menghadiri auditorium ini.

Imbas muka.

Sebelum Ferusuly ke mari, dia yang sudah siap menyarungkan sehelai kemeja berleher kura-kura(turtleneck) bewarna putih serta merapikan lagi busananya dengan 'cloak' bewarna jingga tua sedang menunggu isterinya yang mundar-mandir untuk bersiap. Sementara itu dia mengulang semula membaca lembaran kertas yang diterimanya tempoh hari. Kertas bewarna kuning keemasan itu merupakan surat jemputan menghadiri majlis keraiannya pada malam ini.

Selepas selesai membacanya, kertas itu diletakkan semula ke atas meja dan dia mula menghampiri isterinya itu. Dia tersenyum nipis sambil menghidu sanggul rambut isterinya yang rapi. "Bertenang sayang. Engkau tak perlu bergegas. Kita yang mahu diraikan. Selagi ketiadaan kita, selagi itu majlis tidak akan bermula," ujar Ferusuly lalu menongkatkan dagunya pada kepala isterinya. Tangannya pula merangkul pinggang Aristine.

"Ish apa ni Ers. Lepaslah tak selasa. Masa sebeginilah mahu bermanja. Adinda perlu bersiap ni. selepas ni adinda mahu menyiapkan Hillius pula," bebel Aristine sambil cuba melepaskan pelukan suaminya.

"Hilius masih belum bersiap? Jika begitu kakanda akan mengarahkannya untuk membersihkan diri," kata Ferusuly sambil melepaskan pinggang isterinya. Langkahnya mula diatur keluar menuju ke kamar Hilius yang berada di hadapan biliknya. Sebaik saja Ferusuly mahu keluar dari kamarnya itu, Aristine mula bersuara.

"Usah kakanda arahkan Hilius. Dia masih kecil. 4 tahun. Dia tak mampu menyiapkan dirinya sendiri. Kakanda pergi saja dahulu. Nanti adinda bersama Hilius akan menyusul."

"Bagaimana adinda tahu dia tidak mampu? Adinda harus berinya peluang untuk berdikari. Sewaktu kakanda seusianya Hilius, kakanda telah mengikuti ayahanda belayar ke timur. Dia anakanda daku. Oleh itu, dia juga mampu lakukan apa yang kulakukan," balas Ferusuly dengan muka yang riak.

"Itu kamu sayangku Ferusuly. Ini anak kita Hermilus Hilius. Dia... dia... dia, istimewa. Tidak sama seperti gavia yang lain," ujar Aristine sambil meratap wajah suaminya yang berjambang nipis.

"Kalau begitu baiklah. Kakanda akan biarkan anakanda istimewa engkau itu Aristine. Kakanda pergi dulu. Hati-hati nanti dalam perjalanan. Pastikan kau semua sentiasa diawasi. Kekanda tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku keatas kedua-dua buah hati daku," pesan Ferusuly untuk kali terakhir sebelum dia menghilangkan diri.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now