Bab 07

17 0 0
                                    

Aristine semakin goyah dan tidak mampu lagi berdiri dengan tegak. Gelombang nipis itu semakin lama semakin menebal dan gelap. Wanita malang ini perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keadaan seperti asal. Dia tidak mahu apa-apa lagi terjadi kepada anakandanya itu.

Aristine sungguh buntu, kesal dan berkecamuk. Perilaku yang sejak kecil dia benci itu, telah dilakukannya tanpa sengaja. Aristine sungguh kesal dan tidak mampu memaafkan dirinya. Akibat kecuaian dan tindakan yang terburu-buru, dia telah membunuh seorang insan yang tidak berdosa.

Apakah gunanya sebagai seorang jhenia(seseorang yang mempunyai bakat kesaktian) tetapi tidak mampu menggunakan saktinya pada saat genting seperti ini. kadangkala benar kata suaminya, mempunyai sakti untuk merawat dan membelai bukanlah suatu kebanggaan bagi keluarga Hermilus. Saktinya hanyalah suatu kebodohan. Matanya mula berair, bergenang dan pecah cecair jernih membasahi pipi kemerahannya itu.

Wanita malang itu mula termenung jauh mengimbas semula detik perit yang pernah mengotori layar hidupnya suatu ketika dahulu.

Imbas muka

Petang itu sungguh tegang dan genting. Hospital medan (field hospital) yang dibina oleh angkan tentera kerajaan Zheheirxyts dipenuhi dengan mayat-mayat insan gagah yang terkorban serta puluhan mangsa yang tecedera. Bau mual mula naik ke udara dan menusuk lubang-lubang hidung jururawat serta orang yang berada di dalam khemah tersebut.

Pintu masuk setinggi 2.5-meter itu tidak lekang dengan pusuan manusia keluar masuk. Setiap saat pasti ada saja tubuh longlai yang di bawa masuk oleh jururawat lelaki ke dalam untuk diberikan rawatan segera ataupun, menerima penghormatan terakhir. Tidak hebat juga dengan jururawat-jururawat wanita yang mengasak diri 100 peratus merawat mangsa sedaya upaya mereka.

Beginilaah suasana setiap kali berlakunya peperangan mahupun pergolakan yang sering menghitamkan negara jiran Zheheirxyts iaitu Jamelynvo. Negara merdeka yang didiami secara majoriti golongan Khojhe kebelakangan tahun ini kerap dilanda haru-biru.

Pekara sebegini difaktorkan oleh perbalahan kronik diantara 'Parti Khojhe Teguh Jamelynvo' (PaKTeJ) yang mahu menamatkan system pemerintahan monarki golongan Gavia. Ini kerana, golongan monarki telah menghapuskan mobiliti sosial kehidupan golongan Khojhe selaku marhaen di negara itu. Mereka seolah-olah ditambat pada tiang kehidupan dan tidak mampu jauh bergerak.

Sebagai negara jiran, Zheheirxyts pasti akan menghulurkan tangan dari segi perubatan untuk membantu askar-askar serta mangsa-mangsa yang terlibat di dalam peperang yang tragis ini. Oleh itu, sejumlah 70 orang doktor dan 230 orang juruawat telah dihantar ke negara bergolak itu. Bukan itu sahaja, negara-negara lain juga turut memberikan bantuan kemanusiaan seperti Vosva, Hazyvern dan beberapa lagi negara dari beberapa buah unava(benua) yang berlainan.

Di suatu sudut khemah dengan berkeluasan 45-meter persegi, seorang gadis muda yang merupakan jururawat yang sedang duduk diatas kerusi kecil menemani seorang wanita tua yang lemah terlantar diatas katil disebelah kiri tubuhnya. Gadis kurus dengan muka yang runcing itu berpakaian serba kuning. Dia mengenakan sehelai baju turtle-neck berlenggan panjang dan sehelai skirt labuh mencecah lantainya dengan sedikit kaitan bunga pada hujung kain. Rambutnya dijadikan sanggul dirapikan lagi dengan letaknya selendang sutera jingga menutup dadanya.

Kelihatan tangan kiri gadis itu sedang menggenggam tangan wanita tua berkenaan dengan erat. Dia seperti sedang memberi galakan moral untuk wanita tua itu terus bertahan dan jangan mengalah. Cairan merah gelap yang sungguh likat mula mengalir dari betis kanan wanita tua tak berdaya itu. Tampak jelas, jubah kelabu yang menyarungi tubuhnya itu turut terbakar pada bahagian yang sama.

Apa yang menyayat hati, kelihatan jelas kesan terbakar dan melecur tahap 3 itu hingga menyeabkan daging wanita tidak berdosa itu masak kemerah-merahan. Kesakitan yang tidak terperi itu ditanggungnya keseorangan. Dengan keadaan bungkam, seorang diri hati tabahnya menahan kesakitan itu.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now