Bab 8

15 1 0
                                    

Dengan berhati-hati Aristine yang tersandar pada bahagian pemanduan itu membuat keputusan untuk berdiri tegak dan membetulkan postur tubuhnya. Seusai itu, sedikit demi sedikit langkah diatur untuk memasuki ruang koc yang berada didepannya sebanyak 2 kaki. Sebaik saja dia memaasuki kedalam koc tersebut Aristine mula memandang tubuh lembik Shadi. Wanita tua yang telah menemaninya itu sedang terbaring di atas lantai tidak menyedarkan diri.

"Apa yang perlu daku lakukan?" soalnya seorang diri sambil mendekati tubuh Shadi yang berada di sebelah kanan koc yang sedang tergawang di udara itu.

Seketika wanita berambut merah panjang mengurai itu merenung siling koc yang bewarrna krim tersebut. Matanya yang beriris unggu itu sedang melilau tidak menentu arah mencari jawapan bagi permasalah yang dihadapinya. Sedang dia memutar-mutarkan bebola matanya sambil memfokuskan ke arah siling koc tersebut, matanya terpana pada tingkap yang berada di tengah-tengah siling koc tersebut.

"Ohh! Daku tahu. Tapi, adakah pilihan aku ini benar dan jitu? Adakah ia terbaik bagi kami?" soalnya dengan nada yang ragu-ragu. Sebaik saja dia mencerna habis buah akalnya itu, Aristine sekali lagi memutar-mutarkan bebola matanya untuk mencari suatu objek yang keras dan padu. Matanya tertumpu pada lantai koc tersebut yang dipenuhi dengan barangan-barangan yang bersepah di atas permaidani bewarna merah dengaaan motif bunga bewarna jingga lembut.

Namun tiada sebarang objekpun yang mendapat perhatian Aristine. Dia sedang mencari suatu objek yang keras dan sedang saiznya. Kebanyakkan objek yang bertaburan di lantai tersebut adalah tidak keras dan terlalu besar.

Dengan perlahan dia maju ke hadapan dengan berhati-hati. Koc yang terapung di udara itu membuatnya hatinya serunsing kucing kehilangan anak. Dilihat kedua-dua telapak tangannya sambil matanya terkebil-kebil. Nafasnya ditarik berat.

"Mungkin cara sebegini akan membantuku. Baiklah, apa salahnya jikaku mahu mencuba," Ujar Aristine bersendirian sambil menyikat rambut merahnya kebelakang. Sejurus saja dia berdiri di sebelah tubuh bisu byunanya itu, perlahan dia merangkul tubuh gempal Shadi dengan tangan kanannya. Aristine berhajat agar Shadi dapat berdiri secara tidak sedar dan membantu prosesnya untuk melakukan pergerakan saktinya nanti.

Aristine mengerahkan sedikit tenaganya untuk menjadikan perempuan berisi itu berdiri seketika. Namun, tidak sampai beberapa saat tubuh Shadi yang rendah dan gempal itu melorot jatuh kerana lututnya yang lemah.

"Shadi, Shadi. Dengar kataku. Sebaik sahaja dikau dengar akan nyanyian daku, sila bangkit dari kegelapanmu. Aku mula; satu, dua, tiga," arah Aristine ke atas Shadi yang sememangnya tidak akan mendengari kata-katanya itu.

Lantas, pasang matanya bersinar ungu lembut dan muncul suatu medan warna nipis yang serupa seperti yang dihasilkan oleh Hilius. Maka lafazlah nyanyian emas wanita Gavia itu untuk membangkitan byunanya dari pengsan. Suara emasnya sungguh mendayu-dayu sehinggakan keadaan persekitaran yang rumit itu seolah-olah menjadi sungguh tenang.

Beberapa saat kemudian, mata Shadi terbuka perlahan sambil mengecam apa yang sedang berlaku sekarang ini. Pantas, dia mula berdiri tegak dan memeluk erat majikannya seperti mana yang telah diarahkan oleh Aristine. Sebaik saja Aristine perasan akan keadaan itu pantas dia mula melembutkan suaranya dan beransur menyanyi.

"Dengar sini Shadi, kau perlu seerat-eratnya memelukku. Dan jangan sesekali terfikir untuk membuka matamu. Pejamkan mata seperti tiada hari esok bagimu," jelas Aristine sambil mula menanggalkan kasut tumit tingginya yang diperbuat dari permata dan baldu itu.

Sebaik saja kasut keras itu berada ditangannya, dengan sedaya upaya Aristine melambung kasut itu ke arah cermin bumbung agar ia pecah. Namun percubaan pertamanya gagal. Malangnya, kasut itu terus jatuh ke bawah melalui lubang koc yang bocor.

Dicabut pula kasut pada kaki kirinya. Sebelum dia melakukan lontarannya itu, sempat dia berdoa ringkas, "Oh Tuhanku, selamatkanlah aku dan wanita tua ini," selepas itu, pantas dia melambungkan kasut tumitnya sekuat hati agar ia memecahkan kaca pada tingkap bumbung koc itu.

Percubaan keduanya hampir berjaya kali ini, kelihatan jelas retakan pada cermin tingkap tersebut. Dengan sekali lagi balingan, nescaya pasti pecahlah tingkap tersebut. Walaupun begitu. Nasib mereka berdua saat itu sangat neutral. Nasib baik dan malang diapit bersama datang memburukkan lagi keadaan.

Sebaik saja kasut itu menghentam kaca tingkap, ia terus jatuh ke arah pangkal jari kaki Aristine dan bunyi hentakan pada jari dan kuku wanita rambut merah itu sangatlah mengilukan dan perit. Kedengaran dia sedikit menjerit menahan kesakitan yang tak terperi.

Pantas ibu jarinya serta 3 yang lain terus menjadi biru lebam akibat ke tidak aliran darah pada jari kaki si rambut merah tersebut. Air matanya mula mengalir sedikit akibat menahan kesakitan. Walau bagaimanapun, kesakitan itu tidak akan memberhentikannya untuk terus berusaha melepaskan diri. Aristine mengigit bibirnya menahan sakit dan terus cuba untuk menyelesaikan masalah.

Jika ingin diikutkan, sekali lagi balingan akan pasti akan menjadikan kaca itu pecah berderai. Kali ini pasti dia kan berjaya. Dia pasti. Aristine boleh.

Pantas menggunakan kaki kanannya yang tidak sakit, dia mengambil kasut tumit tingginya yang berada seinci di pangkal kaki kirinya. Lalu dihulurkan pula ke tangan kanannya. Rambut merah itu mula menarik nafas lembut.

Aristine perlu menumpukan perhatiannya. Dengan sekali balingan yang kuat dia telah berjayalah menderaikan retakan kaca itu. Maka bergembiralah sebentar dia. Bibirnya mengukir senyuman atas tanda syukur ke atas takdir Tuhan.

Tiba-tiba koc itu menggelungsor ke bawah dengan sangat drastik. Ia mengakibatkan Aristine dan Shadi jatuh terduduk ke belakang. Lalu, mereka telorot sedikit kebawah akibat tarikan graviti menarik karpet merah tersebut untuk jatuh. Sipi-sipi saja mereka akan terjelumus ke dalam lohong besar dibahagian pemanduan.

Shadi yang dari tadi hanya mendiamkan diri, mungkin Aristine telah tanpa sengaja terpukau wanita tua tersebut. Walaubagaimanapun, pelukannya yang erat itu tidak langsung merisaukan Aristine.

Kemungkinan Shadi untuk terlepas adalah sangat kecil. Tanpa melenggah-lenggahkan masa, Aristine pantas cuba untuk berdiri tegak namun keadaan koc yang condong 30 darjah itu menyusahkan dirinya untuk berdiri tegak. Seketika dia cuba mengimbangkan kedua-dua tubuh tersebut.

Setelah mendapat keseimbangan yang sangat stabil, dia cuba berhati-hati untuk menggelakkan dari koc tersebut terus menjunam menampar bumi. Aristine sekali lagi menarik nafas lembut. pergelanggan dan sendinya di regang-regangkan.

Lantas, perlahan dia menyanyi sayu untuk menghidupkan saktinya itu. Setelah beberapa lama, suatu medan halus mula terbentuk menyelaputi kedua-dua tubuh tersebut. Perlahan dia cuba menjengket sebelah kaki tanda sebagai untuk memulakan penerbangannya.

Pantas dia melompat kecil dan terus tergawang diudara, pantas dia terus terapung menuju tingkap yang pecah itu dan terus keluar ke langit terbuka. Dia terpaksa meninggalkan anakandanya di dalam koc itu.

Aristine tidak mampu melakukan apa-apa tentang hal itu. Sebaik saja fikiran berkenaan anaknya mula luput, suatu rasa gemuruh mula muncul pada dirinya. Rambut merah itu berasa sangat gayat. Setelah sekian lama tidak mengapungkan diri setinggi itu, dia merasakan sangat gayat seperti fobia pada tempat tinggi.

Pantas, dia mengebil-ngebilkan matanya dan cuba bertahan dengan rasa takutnya,. Nafasnya mula dihembus deras kali untuk melawan ketakutannya.

"Oh, sungguh tinggi, ya Tuhanku selamatkan kami," bisiknya berulang kali sehingga mendarat ke bumi. Sebaik saja kakinya menjejak ke bumi, dia terus bersyukur kerana masih selamat setelah apa yang berlaku malam ini. Dia pantas memeluk Shadi sambal membisik ketelinganya sesuatu.

"Shadi... oh Shadi jelitawan, bangkitlah Shadi..." bisiknya perlahan ke telinga kiri byunanya itu.

Lantas, wanita tua itu terus terkebil-kebil menyedarkan diri. Kepalanya sakit dan dia masih tidak dapat faham gambaran apa yang telah berlaku.

"Kami dimana? Apa yang telah berlaku?" soal byuna tua itu sambal memandang kabur wajah majikannya.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now