Bab 10

25 0 0
                                    

Nafas Aristine sungguh kencang sehinggakan tercunggap-cunggap mengambil udara masuk. Kini dia dan Shadi telah terpisah jauh. Sebentar tadi, merekka telah diserang oleh suatu makhluk sakti yang dia sendiri tidak kenali. Namun kenakalan makhluk itu sungguh mencabar dan menakutkan dirinya.

Mana tidaknya, makhluk itu telah mengghaibkan Shadi dari pandangannya. Lalu, tiba-tiba sahaja Shadi berada di tebing sungai yang berada di seberang. Nasib baiklah, Aristine mampu mengapungkan diri ke tempat Shadi berada.

Malangnya, kenakalan makhluk itu tidak berhenti di situ sahaja. Sebaik saja Aristine menjejakkan kami ke tebing sungai yang lagi satu itu, Shadi dighaibkan lagi. Setelah sekian lama menghilang. Kedengaran suara Shadi kuat menjerit di atas sebatang pokok di seberang sungai sana.

Terpaksalah si rambut merah itu untuk berpatah balik dan mencari byunanya yang ketakutan.

"Shadi kamu di mana? Daku sedang mencarimu?" teriak Aristine ditengah-tengah hutan pada malam buta. Namun tiada suara membalas. Untuk beberapa kali, Aristine melaungkan soalan yang sama, namun tiada jawapan.

Sehinggakan dia teringat sesuatu perkara. Makhluk sakti di hutan Ghojovam ini amat menyukai sekiranya manusia bercakap dengan mereka sambil menyanyi. Jadi Aristine memulakan soalan-soalannya dalam intonasi yang merdu.

"Ohh Shadi... oh Shadi...engkau dimana aku mencarimu," nyanyi Aristine dengan penuh berharap. Untuk beberapa kali dia mengulang rangkap itu namun tiada siapa yang mebalas.

"Oh Tuhan... daku sudah lelah, mencari si helah yang tak berasa salah,

Shadi ohh Shadi dimana engkau aku mencari, aku buntu,

Ohh makhluk sakti yang bergitu nakal, tolonglah aku, hentikan permainan," nyanyi Aristine sambil mencari. Diulanggi semula rangkap yang sama sehingga dia kepenatan dan lalu diam.

Setelah sekian lama dia mencari Shadi akhirnya dia berhenti dan duduk tersandar di sebatang pokok yang rimbun. Mukanya kepenatan. Pakaiannya yang cantik habis kotor dan busuk. Rupanya begitu kusut-masai.

"Shadi ohh Shadi dimana engkau aku mencari, aku buntu,

Ohh makhluk sakti yang bergitu nakal, tolonglah aku, hentikan permainan," nyanyinya lagi tapi kali ini dalam nada yang sangat lesu dan keletihan. Akhirna Aristine tertidur di situ keseorangan di tengah-tengah hutan.

Beberapa lama kemudian, tubuhnya digoncangkan oleh sesuatu sehingga membuatkan dia terbangun dari lena. Namun setelah dia membuka mata, tiada satu kelibat pun kelihatan. Pantas dia mula berjaga-jaga.

"Daku tahu engkau disini, cepatlah tonjol dirimu," Aristine mula menyanyi setelah dia mula awas dengan persekitarannya. Diulangnya rangkap itu untuk beberapa kali.

Setelah beberapa lama dia mengulangi rangkap tersebut, akhirnya makhluk sakti itu mula bersandar di sebelah kanannya. Aristine tersentak, hatinya berdebar-debar melihat paras makhluk yang tidak dikenalinya itu.

Namun, ilmunya berkenaan makhluk sakti sudah penuh di dada. Dia tahu cara untuk menghadapi situasi seperti ini. Rambut merah itu mula menggali ilmu-ilmunya yang dia dapati pada usia remaja. Pantas Aristine senyum sambil memperbetulkan nafasnya.

"Daku dari kota yang cukup jauh dari taman permainanmu ini, rumahku di Zheheirxyts," Aristine memulakan perbualan.

Makhluk seperti kucing itu mula mengangguk. Tubuhnya seperti manusia, namun dia mempunyai badan yang berbulu tompok serta kepala kucing. Ekornya pula labuh dan gebu seperti langsir. Warnanya cukup indah iaitu kelabu keperakan.

"Hermilus Aristine namaku, kamu?" soal Aristine sambil memandang kehadapan, dia masih tidak berani meratap wajah makhluk itu.

"Ahmilu Ahisten ihtu namah muh, ahku Buhumpa, sang Kuhing Tehbang," ujar makhluk itu sambil memandang kirinya. Itu menunjukkan, dia sudah bersedia untuk melihat wajah manusia yang dia ketemui.

Sebaik sahaja Aristine membaca tanda itu, pantas dia berpaling ke kanan dan ukir senyuman paling manis dia boleh beri. Firasatnya, Buhumpa ini adalah makhluk yang boleh berhubung dengan manusia. Buhumpa mungkin tidak akan membahayakan Aristine mahupun Shahdi.

"Kah seohang yah canteh, apa hajahmuh ke Ghojovam?" soal Buhumpa sambil memperbetulkan rambut aristine yang mengerbang. Hati wanita it uterus berdegup laju.

Dia tidak menyangkakan Buhumpa begitu cepat mesra dengan manusia. Adalah sangat jarang untuk makhluk sakti memegang seseorang manusia. Aristine mula memberanikan diri, dia pantas mengangkat kepalanya dan memandang terus kea rah mata Buhumpa.

Mata makhluk itu seperti mata seorang manusia, mempunyai luar yang putih dan anak mata yang bulat perang gelap. Hatinya menjadi tenang, Aristine dapati Buhumpa ini suatu makhluk yang bersih. Dia pasti tidak akan mencederakan dirinya.

"Pasti kau tahu akan apa yang terjadi malam ini. Hajatku adalah untuk menemukan anakku yang gering dengan pendeta gunung," jawab Aristine. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan sedikitpun perasaan sedihnya. Dia takut, perasaannya yang suram akan memberikan kesan kepada makhluk itu.

"Ahku tidah pasha apah yah berlakuh, tehapi angina adah membehitahuh behkehnaan kuasah manusah yah huat di hujung sanah, adakah ituh anahmuh?" soal Buhumpa sambil memandang wajah wanita itu.

Aristine mengangguk. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now