Bab 09

19 1 3
                                    

Sebaik saja kedua-dua kakinya menjejak permukaan bumi pantas dia melutut dan menahan lututnya yang menggigil ketakutan. Sebagai seorang Gavia yang bersaktikan nyanyian dan suara, terbang ataupun terapung merupakan sesuatu kebolehan istimewa kepada Aristine. Ini kerana, bukan semua gavia beteraskan kesaktian ini mampu melakukannya.

Walau bagaimanapun, setelah kelahiran anak sulungnya Fertio, Aristine sudah tidak lagi melakukan sakti apungan atas sebab-sebab tertentu.

Sebaik saja keadaan kembali menjadi melegakan, Aristine mula berjalan ke arah satu tunggul kayu yang terletak di sisi jalan untuk dijadkan alas punggungnya untuk duduk. Sedari majikannya sedang menahan kesakitan Shadi terus memapah bahu Aristine dan membantunya untuk duduk.

"Kami dimana? Apa yang telah berlaku?" soal byuna tua itu sambil memandang kabur wajah majikannya. Aristine pantas menarik tanggan wanita berkulit sawo matang itu untuk duduk disebelahnya.

"Kita separuh selamat. Kita berada ditengah-tengah Hutan Ghojovam menuju ke Gunung Tavivi. Anakandaku membuat masalah dan daku kesakitan jiwa dan pangkal jari kaki," jelas Aristine dengan tiada nada.

Kepala Shadi yang kelam membuatkan dia masih tidak tangkap akan pesekitaran itu. Beberapa minit selepas mengurut leher dan kepalanya dia sedar akan sesuatu perkara.

"Kami, kami selamat? Kita selamat?" soal Shadi kepada majikannya.

"Benar Shadi, jadi kita perlu menyelamatkan lagi diri kita dengan mencari pertempatan yang paling terdekat. Kita perlu berteduh dan meminta bantuan daripada orang di sekitar kawasan ini,"

"Namun begitu vaelku, ini merupakan hutan Ghovojam. Diduduki sebahagian besar oleh semangat dan makhluk sakti. Malah manusia terlakhnat saja yang mampu bertahan di sini. Kita perlu keluar dari sini dengan segera," balas Shadi dengan runsing.

"Bertenang Shadi. Semakin ditarik dan disimpul rambut keriting, semakin kusut ia jadi. Kunci kita adalah bertenang, tiada apa lagi benda buruk yang akan berlaku" Aristine cuba untuk menenangkan wanita tua itu.

Sebagai seorang Jhenia yang sangat percayakan mitos dan pantang larang orang tua, Shadi menganggap semua makhluk halus dan sakti merupakan semangat yang gelap dan akan menghancurkan manusia.

Ironinya itu hanya sebahagian kecil saja yang bersifat gelap dan selebihnya bersifat baik dan banyak juga makhluk sakti yang nakal dan sering mengganggu manusia. Tanggapan negatif ini disebabkan oleh orang-oramg tua yang suka memomok-momokkan kanak-kanak supaya berhati-hati dengan makhluk sakti.

Kesannya, ia sangat dipercayai sehingga mereka tua dan hilang hormat kepada makhluk Tuhan yang sangat membantu ini. Disebabkan itulah, kini ramai yang merasakan jurang antara manusia dengan makhluk sakti dan tenaga uyuda yang dulunya begitu rapat kini semakin renggang.

"Jadi baiklah kami akan bertenang. Jadi apa yang perlu kita lakukan Vael Hermilus?" soal Shadi setelah bertenang.

Aristine mula mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan mereka ini. Malam itu kabus agak tebal, awan pula tidak kelihatan. Aneh. Manakala bulan begitu terang. Jalan itu dikelilingi oleh pokok-pokok rimbun yang lebat daunnya. Tiada suatu gunung atau bukit pun kelihatan.

Aristine masih mencari suatu jalan penyelesaian. Suasana menjadi senyap sunyi untuk sekian lama, tiada satu bunyi pun yang didengari kecuali 3 bunyi ini iaitu, lafaz angin berderu, siulan air sungai serta rancak geseran daunan pepohon rimbun.

Tiba-tiba Aristine tersenyum nipis sambil mengangguk kepalanya. Pantas dia mengejutkan Shadi yang terlelap semasa menunggu Aristine untuk mencari jalan penyelesaian. Maklumlah warga emas, oleh itu Shadi amatlah mudah untuk terlena jika dia tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now