Bab 05

21 2 0
                                    

Kelihatan 9 orang lelaki berselempang krim sedang berdiri tegak diluar auditorium itu. Salah seorang daripada mereka sedang berdiri menghadap muka yang lain. Wajahnya yang tegas mampu membatalkan hasrat si tukang lawak untuk bergurau senda.

Kedengaran suaranya yang tegas memberi arahan kepada lelaki-lelaki yang lain untuk memaklumkan misi terbaru mereka. Mereka mendengar setiap butir perkataan ketua mereka dengan penuh tumpuan agar dapat mengelakkan sebarang kecelakaan.

"Va'al Hermilus mahu kita mencari isterinya. Seperti yang kita tahu, sesungguhnya Vael Hermilus tiada semasa pesta keraian suaminya. Jadi va'al telah memberi tugas kepada kita untuk memastikan yang vael berada dalam keadaan selamat,"

"Dinasihati supaya anda semua tidak membuat sebarang spekulasi negative kerana misi kita ini bukanlah kes yang berat seperti kes culik ataupun dibunuh. Aku pasti Vael berada dalam keadaan yang selamat, Cuma dia menghadapai sedikit masalah,"

"Ada soalan?" ujar Qhuen Cofestril.

"Jadi sebagai Satria Istana Hermilus kita perlu menyelesaikan permasalahan ini. Aku mahu Esvine dan Flonk pergi mencari Vael Hermilus di sepanjang laluan ke auditorium ini, bermula dari susur masuk presint 8; dan tamat pada gerbang masuk auditorium ini. Erma, Chuvo, Ghejime cuba gunakan sakti kalian dalam mencari vael. Cuba kesan jejak mereka dengan apa cara sekalipun. Tiga yang lain akan ikut aku ke istana mereka. Pastikan setiap inci dan persegi dilihat. Jangan tinggalkan satu lubang cacing sekalipun," ujar ketua satria itu lagi.

"Baik tuan!" sahut lelaki-lelaki yang lain dengan serentak.

"Maka tunggu apa lagi, bergerak! bergerak," ujar Qhuen Cofestril dengan tegas.

Seraya lelaki-lelaki tegap itu bergerak mengambil posisi mereka seperti mana yang diarahkan oleh sentinel mereka. Sembilan lelaki itu merupakan sebahagian daripada 'Satria Istana' bagi menjaga kemakmuran keluarga bangsawan Hermilus. Setiap keluarga bangsawan akan merekrut seramai 8 sehingga 40 orang 'Satria Istana' yang terdiri daripa keluarga tentera yang dilatih dari kecil dan dari kalangan bangsawan kelas ke-2.

Kesetiaan satria istana ini tiada tolak bandingnya kerana mereka sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan serta nyawa bangsawan kelas atasan. Ini kerana ketika era kelam, bangsawan kelas atasan inilah yang telah membantu ramai keluarga bangsawan kelas ke-2 untuk meraih semula kedudukan dalam sistem monarki di unava(benua) Estrovel.

Malam itu suasana jalan di sepanjang Presint 8 amat tenang sehingga jelas kedengaran bunyi daunan bergesel ditiup angin. Dengan lampu tanglung jalan yang melimpah, malam yang gelap itu tidak memberikan sebarang rasa syak wasangka kepada Esvine dan Flonk. Angin bertiupan lembut malam ini, malahan suhu persekitaran adalah rendah dan sungguh menyamankan. Kawasan perumahan bangsawan ini kelihatan sungguh tenteram kerana malam sudah benar-benar tua.

Presint 8 ini kelihatan seperti asing bagi mereka kerana suasananya yang tenteram berlawanan sungguh dengan suasana hiruk-pikuk kawasan itu pada siang hari. Kelihatan pelita-pelita yang dinyalakan semakin berkurangan sehingga boleh dikira jari. Ini menandakan hampir kesemua penduduk kawasan mewah ini telah lena dibawa mimpi.

Apabila keadaan benar-benar neutral, seraya lelaki yang bernama Flonk dengan rambut keriting hitam itu mengeluarkan suatu alat bewarna kuning mentega dari pakaiannya. Lalu dengan pantas Flonk melekatkan alat itu pada dahinya yang luas. Ia berbentuk nipis seperti kertas dan lebarnya hanya sebesar 2 batang jari sahaja.

Nafasnya ditarik lembut. Lehernya di regang ke kiri dan ke kanan. Kini dia melonggarkan urat-urat pada tubuhnya pula. Lalu Flonk menutup matanya dengan tenang. Seraya bibirnya bergerak namun suaranya tidak kedengaran.

Alat itu diberi nama dawin. Ia merupakan alat perhubungan satu hala masyarakat kuno. Alat yang menggunakan sakti fivasa ini dicipta oleh bangsa Gnawinu ratusan tahun dahulu dan alat ini masih diguna pakai secara meluas sehingga ke hari ini. Ia berfungsi sebagai penghantar mesej kepada seseorang dalam bentuk visi.

Dawin ini diperbuat daripada kulit kayu pokok Tinja Merpati yang mengandungi suatu bahan yang mampu menarik suatu makhluk sakti. Lalu, kulit kayu yang telah kering akan direndam ke dalam Tasek Tangisan Anak Raja selama 4 minggu untuk melekatkan makhluk yang bernama Paun pada kulit kayu tersebut.

Untuk menggunakan dawin ini, penghantar mesej hanya perlu membayangkan sahaja nama penerima. Penghantar akan berbisik dalam keaadan pejam dan memerlukan konsetrasi yang tingga serta minda yang tenang. Seraya mesej itu akan dihantar oleh makhluk Paun itu kepada penerima dalam beberapa saat. Penerima tak memerlukan dawin pada dahi mereka untuk menerima mesej tersebut.

Paun tersebut akan menghasilkan suatu gelombang yang bergitu pantas tetapi halus untuk menghantar mesej yang dikirimkan. Gelombang itu akan membawa mesej kepada penerima dalam sekelip mata. Seraya penerima akan mendapat mesej dari penghantar dalam bentuk visi. Sama ada dalam keadaan suara, bayangan tampak dan keadaan berfikir.

Selepas selesai menghantar mesej yang dimahukannya, Flonk membuka matanya dan terus menanggalkan dawin dari dahinya.

"Selesai sudah?' soal Esvine. Dengan masih dalam keadaan yang tenang Flonk mengangguk ya bagi menjawab soalan rakan semisinya itu. Seraya mereka melangkah pergi dari kawasan perumahan bangsawan itu dan menuju semula ke auditorium untuk mengawasi majikan mereka.

Erma kini berada dalam 'mode' tenaga sakti. Dia sedang menggunakan saktinya untuk mengesan jejak Aristine. Erma atau nama sebenarnya Gofalhundren Ermatehfest merupakan seorang gavial yang hebat. Dia mempunyai sakti fivasa yang sungguh jarang sekali diketemui manusia iaitu kebolehan untuk melihat melalui zarah-zarah tenaga uyuda di sekelilingnya.

Kelihatan Erma sedang berada di dalam sebuah bebola tenaga bewarna kelabu jernih. Urat-urat pada seluruh badannya menimbul. Rambut cokelatnya yang panjang paras leher beralun-alun akibat daya tolakan bebola tenaga itu. Matanya membutang luas. Sklera matanya bertukar kepada warna hitam dan irisnya menjadi keruh.

Erma kelihatan sungguh menyeramkan kerana setiap saat bebola tenaga itu akan memutarkan badannya sebanyak 360 darjah tanpa arah beratus kali dalam masa 1 minit. Kedengaran juga bunyi pelanggaran yang nyaring yang dapat didengari oleh dengengaran kasar manusia.

Dalam masa yang sama dinding bebola kuasa itu bertindak sebagai skrin yang mampu menunjukkan gambaran secara kabur apa yang dilihat oleh Erma ketika di dalam 'mode' tenaga sakti itu.

Ghejime hanya mampu melihat apa yang dirasai oleh rakannya pada waktu itu. Sebagai seorang pelentur api, Ghejime serta sakti vimananya itu tak mampu memberikan sebarang bantuan kepada Erma. Dengan menyilangkan kedua-dua tangannya pada bahagian bawah dada, Ghejime memerhatikan skrin maya tersebut tanpa mengerdip mata.

Dalam masa yang sama, seorang lagi rakanya iaitu Chuvo sedang cuba menghidu jejaknya Aristine. Chuvo yang dilahirkan di dalam keluarga Namath ini mampu mengubah dirinya menjadi seekor serigala alfa. Dengan kelebihan yang sedia ada dia cuba mencari Vael Hermilus untuk memudahkan lagi proses pencarian wanita tersebut. Ke hulu dan ke hilir dia merangkak. Namun sebarang jejakpun tidak dijumpai.

Sama juga bagi Erma. Dia tidak mampu mencari tanda-tanda keberadaan Vael Hermilus. Akhirnya mereka berputus asa dan kembali ke auditorium semula dengan perasaan hampa.

Hilius: Lahirnya DiaWhere stories live. Discover now