ILYKP [10]

8.7K 435 17
                                    

Semua murid membuat muka ketakutan apabila mendengar kata 'aluan' dari cikgu Kenett . Acah je diorang tu .

"permainannya adalahhhhh night walking . Tapi cara mainan kita agak lain sikit . Kalau nama aktiviti ni agak pelik jangan salahkan cikgu tau . Salahkan author "

Apa kau merepek ni sial😑

"hahaha . Okay main dia macamni . Mata korang akan dtutup menggunakan kain . Lepastu korang akan dibawa ke hutan seorang demi seorang . Jangan buka penutup mata . Korang boleh buka penutup mata bila wisel ni berbunyi . Korang kena cari ahli kumpulan korang . Kalau dah cukup semua ahli kumpulan korang , korang dah boleh carik jalan untuk ke sini . " terang cikgu Kenett satu persatu .

Okay . Aku dah start takut dahni . Gila bapak la wey ! Kat hutan ? Sesorang ? Wadda ?! Sis redha .

" weyh Qilah . Nanti kau cari aku erk . Nanti aku cari kau . Panggil nama aku tau ? " kata Hani .

" okay bos ! "

"haaa nanti cikgu cikgu akan datang ke barisan kamu dan tolong tutup mata kamu ."

Selesai menutup mata kami disuruh duduk .
Aku merasakan seseorang menarik tangan aku .

"ikut saya " katanya .

'aku boleh percaya ke ni ? Nape suara dia macam bukan suara cikgu cikgu aku ? Tapi macam familiar ' getus hatiku . Naktaknak aku ikut jugak dia .

Setelah lama berjalan 'dia' membisikkan sesuatu .

'ini amaran pertama untuk kau . Amaran bermulanya sesuatu' bisiknya perlahan . Seram tho .

'Ya Allah lindungilah aku' . Aku mulai seram sejuk .

Dan tiba tiba

Bummm

Seseorang memukul bahangian belakang aku . Dan aku pengsan .

Farhan's pov

Aku menemukan seorang demi seorang ahli kumpulan kami . Tapi sorang je lagi belum .

AQILAH .

Mana dia pergi ni . Dah naik lenguh dah kaki aku ni .

"weyh Farhan . Camne ni ? Dah lama dah kita cari ni . Cikgu suruh kita pergi kumpul balik pukul 11 en?" kata Hamid

" aku rasa kita kena lapor kat cikgu . Jom" aku mengajak mereka menuju ke kawasan perkumpulan kami .

Setibanya di tapak perkumpulan ...

"cikgu . Sekarang ni dah lebih pukul 11 cikgu . Kami tak jumpa jumpa lagi Aqilah ." kata aku cemas .

"what ?! Aqilah hilang ?" Cikgu Hazim agak terjerit . Pelik benor bunyi dia panggil Aqilah tu Aqilah . Selamani dia panggil adik je .

"okay cikgu cikgu lelaki akan cari Aqilah . Farhan dan Izwan kamu ikut sekali . Kita cari sampai jam 12 . Tepat jam 12 semua kita kena pergi kat sini balik . Dahdah jom" Kami berpecah lalu memulakan operasi mencari Aqilah .

"Aqilahhhh "

" Aqilah "

Kedengaran riuh bunyi orang memanggil Aqilah .

Aku melihat jam . Dah pukul 12 .

"weyh Farhan jomlah kita balik dulu " Izwan menarik tangan aku .

"aku takboleh weyh . Aqilah tu tanggungjawab aku weyh . Aku takkan berhenti" aku meneruskan langkah .

" kau takleh camni Han . Kita kena pergi jugak kat sana . Nanti kita pulak yang hilang . Lagi susah doh ." aku mendiamkan diri . Aku membuntuti langkah Izwan .

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now