ILYKP [26]

7.8K 395 7
                                    

Sudah tiga hari berlalu kejadian Aqilah hilang di mall . Keberadaan Aqilah masih tidak dapat dikesan mana mana pihak mahupun polis . Proses pencarian sedang dilakukan . Agak susah proses pencarian kerana Aqilah hilang di tempat yang besar dan sukar untuk dijejaki .

Dua hari yang lepas , Farhan bermalam di rah ibubapanya . Hanya riak yang lesu terpampang . Istilah makan tidak wujud dalam diri Farhan sekarang . Hanya satu yang ada di fikirannya .

Dimana Aqilah?

Itulah yang dia fikirkan . Berita kehilangan Aqilah membuatkan semua ahli keluarganya bersedih . Manakan tidak , satu satunya puteri mereka telah hilang tanpa jejak .

Adakah Aqilah diculik?

atau

Melarikan diri? 

Farhan termenung sendu di balkoni . Terimbas kembali kenangan bersama Aqilah . Sungguh dia rindu akan wajah tersebut .

" abang , makanlah dulu . " Faiza memujuk abangnya untuk makan .

"abang taknak makan . Abang nak kak Qilah . Dia sihat tak?  Dia okey tak? " Farhan berkata namun matanya masih tertancap ke arah luar balkoni .

"abang  , abang sayang kak Qilah tak? " Faiza bersuara .

Farhan mengangguk .

" abang nak dia risau tak?" Faiza menyoal. 

Farhan menggeleng .

"kalau macamtu abang kena makan . Kalau kak Qilah tau mesti dia risau . " Faiza cuba memprovok abangnya .

" mesti kak Qilah sedih kalau abang tak makan . Sian kak Qilah  , suamj dia tak nak makan " Faiza cuba lagi memprovok abangnya .

Faiza menyuapkan sesudu bubur kepada abangnya .

Lama lama baru Farhan menerima suapan dari Faiza .

Tiga suap masuk ke dalam mulut Farhan . Dia berhenti .

Faiza hanya mengikut kehendak abangnya . Baginya , sekurang kurangnya Farhan masih mahu makan .

Muka Farhan yang tiada apa apa perasaan tadi mula bertukar menjadi serius apabila mendapat satu mesej .

Dia menghulurkan telefonnya kepada Faiza .

" Eh abang sapa ni? " Faiza bertanya cemas .

Terkejut dua beradik itu apabila melihat seseorang menghantar gambar Aqilah yang terbaring lemah di dalam sebuah bilik usang .

Dendangan bunyi lagu Pulang bermain di telefon Farhan .

Nombor tadi menelefon Farhan .

Dengan pantas , Faiza menekan button hijau . Mood loudspeaker di on .

" Hai Farhan . "

seseorang menyapa dari sana . Kedengaran suaranya agak familiar .

" kau nak apa?!" Farhan bertanya kasar. 

" kau nak Aqilah tak? " Farhan terkelu.

" kalau kau nak dia datang dekat sini . Bawa family Aqilah sekali . Jangan report polis,  kalau tak , Aqilah mati . Aku bagi masa 12 jam untuk kau . Lewat sesaat pun kau tak jumpa Aqilah lagi . Location nanti aku send " Seraya berkata , dia menamatkan panggilan .

Farhan buntu . Mencipta satu strategi untuk mendapatkan Aqilah .

Dia sedar bahawa dia tidak boleh terburu buru ketika ini .

Satu idea datang menjengah ke dalam otak .

I Love You , Ketua Pengawas✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat