ILYKP [14]

7.6K 406 41
                                    

" kau pergi mana ha ? " Farhan menyoal dingin .

Aku melihat wajahnya .

" sepatutnya aku yang tanya kau " aku membuat nada sangat sangat dingin .

" sapa yang baru sampai sekarang ni ? Kau keluar dengan jantan mana hah ?!" Farhan menjerkah aku .

Perit di hati aku bila Farhan cakap macam tu . Allahu !

" kau jangan sukahati nak fitnah aku lahh ! "
Aku pun meninggikan suara .

" kau ni memang murah eh ? " Farhan menyoal dengan muka yang sinis . Dann ...

Pang !!

Aku menampar pipi Farhan . Airmata aku mengalir . Tangan yang menampar Farhan aku genggam . Aku memejamkan mata . Menarik nafas panjang untuk mengumpulkan tenaga . Aku menundingkan jari ke arah Farhan .

" kau tau tak aku macam orang gila cari kau kat kedai tu tadi ! Kau dengan Zira yang tinggalkan aku then marahkan aku pulak sebab datang lewat?! Aku balik dari kedai tu ke rumah sorang diri kau tau takk ! Aku hampir kena rogol tadi lah ! Aku ingat aku balik rumah kau akan risau ! Tapi kau fitnah aku . Kalau betul aku ada jantan lain aku tak hadap kaulah , bodo ! " aku menghamburkan marah . Suara aku sudah naik seoktaf . Bukan seoktaf sepuluh oktaf !

Faiza menarik aku lalu membawa ke arah biliknya . Semasa melintas Farhan , Faiza berkata sesuatu .

" dalam hubungan jangan percayakan orang luar , soal baik baik , ego tu jangan tinggi sangat . Padan muka " Faiza menyangkan senyum sinis . Tersangatlah sinis .

Di dalam bilik Faiza, aku menangis .

" akak , dahlah tu . Cuba akak cita kat Faiza . " Faiza memujuk .

Aku menarik nafas panjang . Menghilangkan sendu . Mengumpulkan tenaga . Aku menceritakan segala yang berlaku . Bermula dari Zira mengetuk pintu bilik sehinggalah kejadian itu .

" Ya Allah . Memang patut pun dia tu dapat penampar " Faiza mengetap gigi . Geram .

Farhan's pov

Aku meraup wajah aku kasar . Ya Allahh ! Apa ni ?! Kenapa aku buat benda tu tanpa fikir dulu ? Kenapa aku percaya sangat cakap Zira ?

Aku menaiki tangga untuk menuju ke bilik . Aku mengambik wudhu' untuk solat maghrib .

Selesai solat maghrib , aku menuju ke bawah untuk makan .

Sebaik sahaja tiba di bawah aku melihat Mama , Papa , Zira , Faiza dengan Aqilah sudah bersedia untuk makan .

" Haa Farhan jomlah makan sekali " ajak Mama .

Ya , kejadian petang tadi , mama dengan papa tak tahu sebab tadi papa teman mama pergi ke butik kawan dia .

Aku mengambil tempat di sebelah Aqilah . Dihadapan aku pula Zira . Aku melihat wajah muram Aqilah . Rasa bersalah sangat cakap dia macamtu . Betullah apa yang Elvin Chong cakap . Orang yang menyesal kemudian ni fikir guna kepala lutut . Apatah aku merepek ni .

Kemudian mata aku tertumpu kepada Faiza . Dia punya muka tu ketat habis . Kalah dengan muka polis yang tengah soal siasat .

" kenapa Farhan dengan Aqilah senyap je ni?" soal Papa .

" eh mana ada paa . Just malas nak cakap " Aqilah menguntum senyum . Aku tau senyun tu senyum terpaksa .

" yelahh . Sebelum ni bukan main lagi korang gaduh . Meriah juga meja makan . Faiza pun sama . Mana lawak kamu tu ? Hilang ditelan masa ?" soal Mama .

" hilang di telan sotong maa " jawab Faiza perlahan . Namun masih didengari aku . Aku tau sapa sotong . Zira lah sotong tu .

Selesai makan aku naik menuju ke bilik tidur . Aku takda mood . Rindu nak gaduh dengan Aqilah . Dengar je penjelasan Aqilah petang tadi terus aku dihurung rasa bersalah . Menyesal betul dengar cakap Zira tu .

" Farhan , I pergi tandas dulu tau " kata Zira sebaik sahaja kelibat Aqilah menghilang . Aku hanya mengangguk . Dalam otak aku terfikir , kenapa Aqilah nampak macam cemburu ? Dia bukan cinta aku pun . Aku je yang ada rasa cinta tu kat dia .

Lamunan aku terhenti apabila Zira mengetuk meja .

" Farhan , jom balik " Zira menguntum senyum .

" takkan nak tinggal Aqilah kot . Sian lah kat wife I " dahi aku berkerut .

" sepatutnya , dia yang kasihankan kita . Dia dah balik dengan lelaki lain . I sendiri nampak " Zira menjelaskan dengan muka yang yakin . Tanda dia benar . Tapi , aku still ragu ragu .

" I tak percayalah " aku menggeleng kepala .

" Farhan , kalau you tak percaya takkanlah dia pergi tandas lama sangat ? " kata kata Zira membuatkan aku tercengang . And yes , aku cemburu . Aku mengangguk lalu berjalan seiring dengan Zira untuk pulang ke rumah . Hati aku sakit . Sakit sangat sangat . Dia balik dengan jantan lain ? Murah 😏 .

Aku memikirkan cara untuk memujuk Aqilah . Tapi , dia kenalah duduk kat bilik ni . Aku gerenti mesti dia pergi tidur bilik Faiza punya lah . Dan

Ting !

Idea masuk ! Aku on kan smartphone aku lalu mendail nombor Faiza .

" Assalamualaikum , abang nak apa ?" belum sempat aku bukak mulut dia dah cakap dulu

" Waalaikummussalam . Faiza , mana kak Qilah ?"

"nape abang tanya ? Nak fitnah dia lagi dan lagi ?"

" abang nak minta maaf ."

" so ?"

" suruh dia pergi bilik abang "

1
2
3
4
5

"Kak qilah cakap taknak "

" pujuk dia please "

" apa je yang Faiza dapat ? "

" Cadbury"

"oh yeke? Kejap"

15 minit kemudian seseorang mengetuk pintu bilik aku .

Aku membuka pintu . Maka , terpancullah wajah cantik milik Aqilah . Aku menyuruh Aqilah masuk .

Dia duduk di birai katil .

" cepatlah kau nak cakap apa ? Aku nak tidur ni " Aqilah bertanya dingin .

" Aqilah , aku nak minta maaf sangat sangat weyh . Aku termakan hasutan syaitan " aku menggennggam jari jemari Aqilah . Aqilah menepis .

" kau ingat dengan kata maaf kau yang murah tu boleh ubat hati aku yang sakit ni ? Kau tau tak apa perasaan bila orang yang kita harap untuk take care kita fitnah kita macam? Kau tau tak apa perasaan bila maruah kau hampir hilang ? Kau tau tak apa perasaan bila orang cakap macam kita takda maruah ? Kau tu tau nak marah orang je . Ego tu kawal lah sikit " Aqilah menjeling aku tajam .

" Aku sanggup buat apa je asalkan kau maafkan aku " aku menundukkan kepala .

" buat masa sekarang aku tak rasa yang aku mampu maafkan kau walau kau sanggup redah lautan api ke apa " Aqilah berkata dingin .

" Aqilah , please ." Aku still merayu .

" no " Aqilah still dingin .

" okay fine ! Tapi , bagi aku peluang untuk buat kau maafkan aku . Macam buat kau cair ke apa. " Aku memandang wajah Aqilah .

Dia berfikir sejenak .

" hmm bolehlahh " Dia terus baring .

Aku menutup lampu lalu bersedia untuk tidur .

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now