ILYKP[29]

8.5K 386 20
                                    

Farhan menekup mukanya dengan kedua dua tangannya . Jantungnya bergerak laju  , menunggu keputusan doktor .

Seorang doktor perempuan keluar dari bilik rawatan Aqilah .

" erm , awak suami pesakit ke?" soal Doktor itu menunjuk Farhan . Menandakan bahawa dua menyoal Farhan .

" haa ye saya " Farhan menjawab kalut .

" erm , maafkan kami , kami dah berusaha yang terbaik . " Kata doktor itu .

Farhan dapat menghidu sesuatu yang buruk dari pernyataan doktor itu .

" Isteri awak selamat . Tapi , kandungannya gagal untuk kami selamatkan . Kandungan masih muda dan lemah membuatkan ia gagal diselamatkan selepas kena hentak berkali kali . Keadaan isteri awak pun kritikal . Berkemungkinan besar dia akan mengalami amnesia sebab kepala dia mengalami hentakan yang kuat berkali kali . " Doktor itu menunduk . Kasihan dengan pesakitnya . Umur masih muda  , tapi dah keguguran .

Farhan terduduk apabila mendengar berita itu .

"Allah" hanya kalimah itu yang meniti dibibirnya .

Setitik demi setitik airmata lelakinya keluar . Faiza disebelahnya mengusap belakangnya , memberi sokongan . Ahli keluarga mereka yang lain juga bersedih atas berita yang diterima .

❤❤❤

Hari berganti hari , minggu berganti minggu .

Sudah hampir 2 bulan Aqilah tidak menyedarkan diri . Farhan pula tidak henti henti mendoakan agar isteri tersayang sedar . Hari hari dia membisikkan kata kata semangat kepada Aqilah . Membangkitkan semangat Aqilah untuk terus melawan sakitnya .

Farhan duduk di atas kerusi bersebelahan katil Aqilah . Tangan Aqilah digenggam .

" Aqilah bangunlah . Aku rindu kau . Aku nak kau . Aku sayang kau . Aqilah , lawanlah sakit kau " Airmata Farhan buat seberapa kalinya menitis . Sayu hatinya melihat keadaan Aqilah .

Farhan merasakan jari Aqilah bergerak  . Farhan kaku . Melihat sekali lagi untuk memastikannya .

Ya , benar .

Jari Aqilah bergerak . Dia melihat wajah Aqilah .

Aqilah sudah sedar  !

Farhan tersenyum lebar .

Mulut Aqilah seakan akan bergerak . Cuba untuk menyampaikan sesuatu .

Farhan mendekatkan telinganya .

" ka...kalau a...ku ddd..dah takda , cc..ari pengganti aku . Jj..angan sedih sedih . Sorry , se..sebab tak ppandai j..aga dd..iri . Aku sayang kau " Tersekat sekat suara Aqilah . Airmatanya jatuh  .

Tiba tiba mesin nadi Aqilah berbunyi tidak stabil

Farhan segera memanggil doktor .

Beberapa orang doktor dan jururawat berlari menuju ke tempat Aqilah .

Farhan diminta untuk keluar . Dengan hati yang berat,Farhan melangkah keluar .

" Doktor , jantung pesakit masih berdegup tapi lemah " ujar seorang jururawat .

" Nadi lemah doktor" ujar lagi seorang jururawat .

Doktor memberikan arahan kepada mereka . Mereka hanya menurut dan melakukan tugas mereka penuh cermat .

Sedang mereka 'berperang' , mesin nadi Aqilah tiba tiba berbunyi

tit tit tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit .

Bunyi tersebut membuat para doktor dan jururawat yang ada disitu bimbang . Namun mereka masih meneruskan .

Dalam hati mereka , mereka memohon kemudahan dari Allah S.W.T .

Farhan tidak senang duduk . Sudah berjam jam Aqilah dirawat . Doktor masih belum keluar .

Kesemua ahli keluarganya datang setelah dia memberitahu keadaan Aqilah .

' Ya Allah selamatkanlah Aqilah ' Ayat itu tidak berhenti Farhan sebut dalam hati .

Sesungguhnya kehilangan sangat menyakitkan .


















oky alls! hullahulla ! part doktor tu sumpah mngrut . sorry laa:)

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now