ILYKP [27]

7.8K 379 9
                                    

ting

Satu mesej masuk .

Farhan membuka smartphonenya .

Satu mesej dari private number .

Dia menghantar satu lokasi .

Farhan yang memahami bahawa lokasi tersebut adalah keberadaan isterinya .

'jauh betul dia larikan bini aku' getus hati Farhan  .

Tanpa berlengah , dia menuju ke ruang tamu . Terpampang wajah kesemua ahli keluarganya dan Farhan . Rancangan dijelaskan kepada ahli keluarganya .

Selesai segala penerangan , Farhan membawa ibubapa Aqilah ke lokasi yang telah diberikan .

❤❤❤

" argghhhh!! " meraung Aqilah apabila pisau tersebut ditorehkan dipipinya .

" best tak " gadis di hadapannya bertanya dengan penuh sinis .

" kenapa kau buat macamni kat aku  ? aku percaya kat kau tapi ni yang kau bagi kat aku ? " Aqilah bernada kecewa .

" kau yang bodoh sebab percayakan aku! " Dia menengking Aqilah .

" Dik , kalau kau nak seksa dia seksa jelah . Jangan tengking boleh tak . Sakit telinga aku . Kacau mood PUBG betollah " Seorang lagi gadis yang duduk di atas kerusi di hujung sudut bersuara .

❤❤❤

Hanya tinggal 5 jam sahaja lagi tempoh masa yang ditetapkan oleh mereka untuk Farhan tiba di tempat penculikan Aqilah .

Farhan melihat maps di smartphonenya . Hanya tinggal 10 km sahaja lagi untuk tiba .

'Aqilah tunggu aku' bisik hati Farhan .

❤❤❤

Sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah rumah besar tapi usang itu , Farhan dan ibubapa Aqilah melangkah dengan penuh berhati hati untuk memasuki ke dalam rumah tersebut .

Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah , mata mereka dijamu dengan pemandangan yang amat menyayat hati .

Seorang gadis duduk di atas kerusi manakala kaki dan tangannya diikat di kerusi tersebut . Rambut pula kusut masai . Baju koyak rabak . Tudung hilang entah ke mana . Muka penuh dengan lebam dan darah kering . Seluruh anggota badannya dipenuhi darah . Ada yang kering ada yang masih mengalir .

Dan sudah tentu gadis itu ialah Aqilah . Terduduk Farhan melihatnya .

Sungguh dirinya juga merasa kesakitan Aqilah .

Tiba tiba datang dua orang gadis . Seorang memakai baju lengan pendek dan seluar ketat berwarna hitam . Manakala di muka ditutupi topeng mulut dan hidung . Hanya mata yang mampu dilihat . Seoranf lagi memakai baju lengan panjang dan seluar ketat juga berwarna hitam . Mukanya juga ditutupi oleh topeng mulut dan hidung .

Farhan faham bahawa mereka adalah penculik Aqilah . Tiba tiba lampu yang menerangi dalam rumah terpadam .

Beberapa minit kemudian ia terbuka kembali . Terkejut Farhan apabila mendapati bahawa mummy dan daddy Aqilah masing ii diikat di kerusi . Mereka diletakkan menyebelahi Aqilah .

Begitu cepat mereka melakukan kerja .

" kau nak apa sebenarnya ha?!" Farhan bertanta penuh geram .

" kitorang nak balas dendam! " Jerit mereka serentak .

Farhan kebingungan . Dendam apa ?

Adakah kisah kisah mengenai keluarga Aqilah yang tidak dia ketahui .

Kedua dua gadis itu berpandangan sesama sendiri lalu mereka mengangguk .

Mereka membuka topeng yang menutup wajah mereka . Sebaik topeng dibuka , Farhan terkejut .

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now