ILYKP [16]

7.9K 425 26
                                    

Aqilah's pov
Orang yang duduk di situ ialah Zira . Aku hanya memandang ke arah luar tingkap . Tak kuasa nak tengok pasangan kat depan tu .

Aku membelek jam . Haduhhhh . Lama lagi ke nak sampai  ?

Tak lama kemudian , kami sampai di hadapan pagar rumah . Sebaik sahaja  kereta Farhan berhenti di garaj tempat letak kereta , aku beegegas keluar .

Aku menuju ke bilik tidur . Tanpa berlengah , aku mencapai pakaian  .

Sebaik sahaja  selesai bersiap , aku turun ke bawah menuju ke dapur . I wanna eat yeah  ! Kelihatan wajah penuh seri Mama , wajah penuh segak Papa , wajah penuh manis Faiza dan wajah penuh gedik Zira .

Apa aku merepek ni ?

Aku duduk sebelah Faiza . Dihadapan aku pulak sotong a.k.a Zira .

" Aqilah , mana Farhan ? " soal Mama .

" ada kat atas maa " aku mengukir senyum .

" haaa tu pun dia . Baru je sebut " Mama  berkata .

Aku menoleh sebelah aku sebaik sahaja merasakan seseorang duduk di situ .

And yupp ada orang . Sapa lagi kalau bukan Farhan . * juling mata ke atas jap* .

Aku mencedokkan nasi dan lauk ke dalam pinggan aku dan Farhan .  Aku menadah tangan untuk membaca doa . Aku makan dengan penuh selera . Ui favourite tho . Ayam masak kicap . Meleleh air liur aku .

" weyh banyak kau makan Aqilah " tegur Farhan disebelah aku . Aku menjulingkan mata ke atas .

" macamlah kau tak pernah makan macam ni " aku menyuapkan nasi dan ayam ke dalam mulut .

" tak pernah and tak akan " Farhan menggeleng gelengkan kepala .

" tak pernah and tak akan pale hotak hang! Haritu aku masak ketam kari bukan main lagi kau makan sampai 5 kali kau tambah nasu dengan lauk . " Aku bangun lalu menuju ke sinki sebaik sahaja nasi dan ayam aku dah alhamdulillah masuk dalam perut .

" betul ke Aqilah ?  " Papa menyoal ketika aku sedang mencuci pinggan .

"  ye paa . Dia makan kan paa banyak sangat . Lepastu janji dengan Qilah nak ulangkaji tapi lastlast dua tertidur lepas makan . Rasa nak hempuk je kepala dia " Aqilah menjeling Farhan .

Farhan tersengih  .

"  Farhan memang suka makan ketam . Lebih lebih lagi ketam masak kari . Haaa nak tengok nasi seperiuk habis dia makan sorang sorang . " Mama menuju ke arah aku yang mencuci pinggan .

" biar Qilah basuh maa " aku mencuci pinggan ahli keluarga aku  . Mereka masih duduk di meja makan . Sekali dengan sotong . Eh harini dia tak buat onar sangat en ? Hahahah baguslah tu .

" Zira , macam mana sekolah ? " Mama memandang Zira .

" okay maa " Zira tersenyum manis . Nampak ayu . Depan mama bukan main eh kau ayu  . Belakang fuhh jahanam .

" dah ada kawan ? " soal Papa .

" ada " Zira mengangguk .

" nama ? " soal Papa lagi . Ishh semua papa nak tanya ni .

Sebaik sahaja mencuci pinggan aku mengambil cawan lalu menuangkan jus oren . Haus tho .

" Aini " dann ...

Pfft

Air yang aku minum tersembur keluar dari mulut . Dengan sepatah nama tu boleh buat aku tersedak weyh . Sapa lagi Aini kat sekolah tu kalau bukan Diva Babun ?

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now