💣 Bab 31💣

3.8K 137 1
                                    

Keesokan paginya..

Rose awal turun ke sekolah kerana dia menghadiri meeting di sekolah. Rose tidak mahu pelajar SMK Seri Setia mengetahui identitinya.

"Selamat pagi cik muda, terima kasih kerana dapat menghadiri meeting kali ini" Pengetua

"Dah tak perlu formal sangat buat macam biasa saja. Saya nak tegaskan pasal displin pelajar di sekolah dorang semakin berani membawa benda terlarang dan menjual dadah di sekolah ini" kata Rose dengan tegas

"Sudah puas kami menyiasat hal ini cik muda tapi hasilnya tidak dapat macam itu  juga. Kami hampir² berputus asa" Pengetua

"Nanti aku suruh anak buah aku siasat hal ini korang semua tak perlu risau. Dua minggu lagi sekolah kita akan mengadakan party bertemakan " Hawaiian Night" tiada sebarang bantahan dan satu lagi beberapa sekolah juga akan terlibat dengan party ini. Nanti aku akan bagitahu sekolah apa yang akan ikut party ini. Korang semua boleh bersurai pengetua tunggu dulu ada sesuatu saya ingin sampaikan"Rose

"Terima kasih cik muda kerana sudi melancarkan meeting kita pagi ini."

Selepas semua guru bersurai dari bilik meeting terus Rose ingin menyatakan hasratnya.

"Ada apa yang cik muda ingin sampaikan kepada saya bunyinya macam serius sahaja" Pengetua

"Aku tak masuk ke kelas sampai waktu rehat badan aku sangat lenguh dan mengantuk aku nak pergi ke bilik bawah tanah aku nak rehat dekat sana. Dah itu sahaja aku pergi dulu"

"Boleh je cik muda lagipun sekolah ini cik muda yang punya juga. Lebih baik cik muda pergi berehat sekarang ini"

"Hmmm"

Di dalam kelas

Leon sedang mencari kelibat Rose di dalam kelas tapi hampa Rose tiada di dalam kelas lalu dia pergi ke arah Ayra ingin menanyakan di manakah Rose.

"Ayra,Rose tak datang ke hari ini. Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia pun. Rose tak turun ke sekolah ke" Leon

"Ehhhh,boleh tak kau tanya satu per satu okay. Yang pertama Rose datang tapi dia masuk lewat sikit ada urusan katanya. Yang kedua Rose ada je apa hal kau rindu dengan dia ke nanti² masuk lah dia tu kau jangan risau" Ayra

"Okay. Terima kasih infonya aku pergi dulu " Leon

"Hmmm"

Amir (Ketua kelas) berlari macam kena kejar dengan hantu dia ingin mengumumkan sesuatu.

"Kamu semua boleh buat kerja sendiri cikgu masuk lewat sikit dan jangan bising kalau tak nak didenda" Amir

"Yeahhh!!"

We are princess baru sahaja mahu bangun dari tempat duduk lalu disergah oleh Amir.

"Ehh,korang nak ke mana. Duduk disitu sahaja sampai cikgu datang jangan nak buat hal dalam kelas" Amir

"Suka hati kita orang lah nak ke mana yang kau sibuk ini dah kenapa?" Auni

"Dasar budak nerd sibuk je hal kita orang je. Dah lah nerd buat lah jadi budak nerd saja menyibuk saja" Syasya

Rose baru sahaja masuk ke kelas melihat pertengkaran di dalam kelas antara ketua kelas dan we are princess dia malas ingin masuk campur kerana sekarang ini kepalanya sangat pening.

"Woii perempuan suka hati kau je masuk ke kelas lewat kan. Kau ingat sekolah ini bapa kau punya ke boleh suka hati dia je masuk lewat. Perempuan tak sedar diri" Syasya

"Kau dengar tak apa Syasya katakan itu"

M.A.F.I.A (S.U)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora