part 5

830 37 1
                                    

Devian minta diri terlebih dahulu kerana ada urusan lain dan tidak berkesempatan untuk turut serta sehingga majlis habis.

"Andy.... memang ada lagi ke pemegang saham yang comel-comel macam Devian?" Soal Erynna kepada Andy sambil berjalan kembali ke dewan.

Andy yang sedang berjalan itu berhenti melangkah apabila terdengar soalan Erynna. "Comel? Sampai hati Eryn puji lelaki lain comel di depan Andy. Andy dah tak comel ke di mata Eryn?" Mula dah Andy merajuk.

"Takdee !! Takde lelaki yang lebih comel dari Andy! Hmm! " jawab Andy lalu sengaja meninggalkan Erynna untuk menunjukkan rasa cemburunya.

Erynna segera berlari ke arah Andy lalu berpaut pada lengan Andy. Namun entah dimana silap langkahnya sehingga Erynna sikit lagi terjatuh disebabkan kasut tingginya. Nasib Andy cepat tangkap.

"Yerlahh sorry! Buat masa sekarang ni Andy je lelaki yang comel di mata Eryn." Pujuk Erynna dengan senyuman yang manis .

"Buat masa ni? Huh! yer lahh buat masa ini, Andy maafkan." Akhirnya Erynna berjaya juga pujuk Andy.

"Korang dari mana ni? Eryn ke mana tadi lama sangat menghilang?" Soal Andreas sebaik sahaja Erynna dan Andy tiba di meja mereka.

Ikutkan hati Erynna malas dah nak ungkit cerita tadi tapi nampaknya Andy masih bertenaga untuk ceritakan semula insiden tadi kepada Andrian dan Andreas.

"Kali ni biar saya urus?" Jelas Andreas  kepada Andrian lalu matanya  berhenti pada Erynna dan meninggalkan renungan yang tajam? Erynna terkejut.

"Aik? Apa pula tengok Eryn macam tuh?" Hairan Erynna. Soalan Erynna diabaikan oleh Andreas.

Andreas berdiri meninggalkan meja dan berjalan ke arah juruacara majlis.
Andreas berbisik kepada juruacara itu. Entah apa yang dia bisikkan. Juruacara itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya seperti sedang menerima satu arahan daripada Andreas.

Tidak lama kemudian, juruacara mula bersuara setelah persembahan band itu telah tamat. "Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada malam ini, kita mempersilakan Tuan Andreas untuk menyampaikan ucapannya."

Begitu meriah dewan itu dengan sorakan dan tepukan apabila mereka dapat tahu bahawa Andreas akan menyampaikan ucapan. Tidak seperti ketika Andrian menyampaikan ucapannya, seluruh dewan menjadi sepi dan serius apabila Andrian yang memberi ucapan.

"Berdirinya saya di sini sebenarnya untuk sampaikan satu pengumuman kepada semua. Disebabkan terjadinya insiden yang tidak disenangi sebentar tadi, saya terpaksa tampil ke hadapan untuk selesaikan masalah ini." Kata-kata Andreas menyebabkan seluruh ahli majlis bingung . Apa yang telah terjadi?

Andreas membawa wireless microphone turun pentas dan berjalan ke arah meja mereka. Andreas lalu meminta Erynna untuk berdiri dari tempat duduknya. Andrian dan Andy hanya duduk di tempat mereka sendiri dan mempamerkan wajah yang serius. Suasana dalam dewan pada ketika itu tiba-tiba menjadi serius dan seram bagi Erynna.

"Wanita yang berada di sebelah saya ini ialah Erynna! Tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menyakitinya because she is our girl. Maksudnya sesiapa yang menyakitinya akan berhadapan dengan saya, Andrian  dan Andy. " ujar Andreas dengan serius. Ada segelintir yang tidak terkejut dengan berita itu kerana mereka adalah orang-orang yang berjawatan tinggi dalam syarikat dan memang telah maklum tentang hal ini. Manakala yang lain kelihatan terkejut dengan berita ini.

Reaksi Erynna pula? Sangat terkejut! Apatah lagi apabila Andreas menekankan perkataan our girl yang berkemungkinan boleh menyebabkan orang lain salah faham akan kata-katanya itu.

"Juwita and Sonia! Saya bagi kamu pilihan sama ada kamu sendiri yang hantar surat perletakan jawatan di atas meja saya tepat pada pukul 10 pagi esok atau saya yang perlu pecat kamu." Kata-kata terakhir dari Andreas telah menjawab segala persoalan dalam minda ahli-ahli majlis yang tertanya-tanya tentang insiden yang tidak disenangi oleh Andrian, Andreas dan Andy.





WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now