part 31

483 21 0
                                    

Seorang lelaki sedang berjalan menuju ke arah satu bilik lalu mengetuk pintu itu terlebih dahulu sebelum dia dibenarkan masuk ke dalam bilik itu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai bos mereka.

"Setiap jam 10 malam, pengawal itu akan menerima arahan lalu berhenti mengawal selama setengah jam dan selepas itu mereka akan bertukar tugas dengan pengawal yang lain." Lapor lelaki yang telah diarah untuk memerhati pergerakan pihak lawan mereka selama 3 hari berturut-turut.

"Huh! Tidak sangka aku akan berlawan dengan orang yang cetek akalnya." Begitu angkuh sekali lelaki yang dipanggil sebagai bos itu. 

Suasana dalam bilik itu menjadi sunyi seketika. Sepertinya lelaki yang sedang duduk santai di atas kerusinya sedang menghantar mesej kepada seseorang. Lelaki yang bertindak sebagai pelapor tadi masih lagi berdiri kaku di hadapan bosnya untuk mendapatkan arahan seterusnya.

"Kita mula bertindak malam ini." Mesej diterima daripada seseorang.

"Kalau begitu kita mula bertindak malam ini." Arah lelaki yang dipanggil sebagai bos itu. Lelaki di hadapannya segera meninggalkan bilik itu.

"Kamu teruskan sahaja rancangan itu. Aku akan menyusul apabila kamu sudah selesai menguruskannya. Hubungi aku jika masa itu sudah tiba."

"Pastikan semuanya berjalan dengan lancar !" Mesej itu diterima lagi oleh lelaki yang digelar bos itu daripada seseorang.

"Ish! Tahu lah aku nak buat kerja aku! Aku kan yang selama ni buat kerja. Dia tuh tahu mengarah je! Katanya rakan kerjasama tapi aku rasa aku pula yang macam hamba sekarang ni." Bebel lelaki yang menerima mesej itu kepada dirinya sendiri. Lelaki itu hanya mampu mengutuk dari belakang sahaja kerana dia masih sayangkan nyawanya dan tidak berani cari pasal dengan lelaki yang menghantarkan mesej itu.

"Nah Andy belikan kek cheese khas untuk Eryn." Andy menghulurkam sepinggan kek cheese kepada Erynna yang duduk santai di sofa empuk yang terdapat di ruang tamu rumah banglo itu.

"Banyaknye...gemuklah Eryn kalau asyik kena manja macam ni." Keluh  Erynna tetapi tangannya tetape mengambil pinggan itu daripada tangan Andy lalu menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya.

"Nanti kita exercise lah. Yang penting Eryn dapat makan makanan kegemaran Eryn dengan bahagia." Balas Andy.

"Andrian dan Andreas mana?" Soal Erynna hairan apabila tidak melihat kelibat kedua-dua jejaka itu.

"Ish Andy dah ada depan mata ni kenapa nak cari yang lain pula." Sengaja Andy ingin bergurau.

Namun belum sempat Erynna nak balas, panjang umur Andrian dan Andreas apabila mereka tiba-tiba sahaja muncul di hadapan mereka.

"Takkan lah baru berpisah kejap dah rindu pula." Usik Andreas. Andrian terus duduk di sofa yang empuk itu.

"Eleh rindu apanya kami tengah mengutuk korang tadi." Balas Erynna selamba lalu memberi isyarat kepada Andy.

Andy turutkan sahaja permainan Erynna, "Ish kenapa Eryn bagitahu?"

"Amboi korang berdua...." belum sempat Andreas nak bebel, Andrian sudah mula bersuara.

"Eryn masih nak teruskan bersama dalam rancangan ini ke?" Soal Andian dengan serius. Sudah 3 hari mereka mereka laksanakan rancangan mereka dan belum ada apa-apa tindak balas dari pihak lawan. Hari ini ialah hari yang keempat bagi pelaksanaan rancangan mereka.

"Yer. Eryn nak tahu identiti manusia yang telah membunuh kedua-dua orang tua kandung Eryn." Balas Erynna dengan yakin. Erynna nekad dengan keputusan yang telah dilakukannya.

Tiba-tiba iphone milik Erynna berbunyi.

WHO IS THE KILLER?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang