part 18

568 26 0
                                    

***
"Tinggalkan perempuan tuh sekarang juga!"

"Lepas ni ayah kamu nak hadir majlis amal tahunan yang diadakan di Hotel The World. Dia ingin ambil kesempatan ini untuk cuba mendekati Tuan Edgar."

"Dengar kata dia ada anak tunggal perempuan. Ini satu peluang kepada kamu." Kata seorang wanita yang berumur 40 an itu kepada anak lelakinya.

"Huh! Peluang ? Peluang kepada kamu berdua kan?!" Tengking lelaki itu kepada kedua-dua orang tuanya.

"Dasar anak tak kenang budi!" Suami kepada wanita itu mula angkat tangan dan menampar pipi anak lelakinya itu tanpa rasa bersalah atau menyesal akan tindakannya itu.

***

"Malam ini datang ke sini. Kita berdua akan mula bincang tentang rancangan baru." Satu pesanan dalam bentuk mesej baru sahaja sampai ke telefon milik seorang lelaki yang misteri. Lelaki itu gemar memakai topeng yang menutup separuh mukanya serta bertopi hitam.

"Erynna. Nampaknya tidak lama lagi kita akan berjumpa." Ujar lelaki yang mengirimkan pesanan itu. Lelaki itu tersenyum sendiri dengan senyuman yang menyorokkan pelbagai muslihat.

"Eryn sudah buat keputusan!" Umum Erynna kepada ketiga-tiga jejaka di hadapannya.

"Eryn nak tahu apa yang telah terjadi 4 tahun yang lalu dan Eryn nak tahu makna dalam semua mimpi-mimpi yang Eryn alami sejak kebelakangan ini." Erynna yakin dengan keputusan yang dilakukannya pada masa ini. Sejak Andrian berikan nasihat kepadanya, Erynna telah berfikir sedalam-dalamnya dan memilih untuk tidak menjadi seorang pengecut dalam hidup. Erynna ingin terus melangkah menghadapinya.

Andrian yang mendengar pengumuman Erynna itu tersenyum lega kerana Erynna sememangnya seorang gadis yang bijak dan matang dalam membuat keputusan.

Andy pula rasa sedikit gementar,
" Eryn pasti ke? Eryn bersedia ke untuk terima ?"

Andreas terus bersuara sambil menepuk belakang Andy untuk tenangkannya."Kami bertiga akan sentiasa ada bersama Eryn dalam proses itu."

Erynna tersenyum terharu dan bersyukur kerana dipertemukan dengan Andrian, Andreas dan Andy.

"Andreas, hubungi Dr.Ryan untuk bertanya tentang jadual yang sesuai untuk menjalankan sesi rawatan." Arah Andrian kepada Andreas. Andreas akur dengan arahan itu lalu pergi menghubungi Dr.Ryan.

"Rawatan? Eryn ingatkan korang yang nak ceritakan." Erynna kini bingung apabila mengetahui dirinya akan menjalani sesi rawatan pemulihan memori.

"Adalah lebih baik jika Memori Eryn dipulihkan melalui rawatan agar Eryn tidak lagi keliru dengan memori sebenar dan memori palsu." Jelas Andrian.

"Doktor kata hujung minggu ni kita boleh mulakan maksudnya kita kena tunggu 3 hari lagi." Lapor Andreas selepas menghubungi Doktor yang akan bertugas dalam sesi rawatan itu.

"3 hari lagi? Alaaa lamanya ." Keluh Erynna.

"Ishh pejam celik mata sampai dah hujung minggu tuh."

"Sudah!! Jom kita ke dapur ! Andy dah boleh hidu bau makanan sedap dari dapur itu." Mereka bertiga lalu bergerak ke dapur untuk menikmati juadah tengah hari.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now