part 27

489 22 0
                                    

Seperti biasa Andrian , Andreas dan Andy akan masuk ke bilik itu untuk menjenguk Erynna dan pastikan dia makan makanan yang disediakan oleh pembantu rumah itu.

"Kalau Eryn masih tak nak bercerita, takpe. Tapi Eryn kena makan." Pesan Andrian dengan nada lembut.

Erynna rasa bersalah kepada mereka bertiga. Mereka setia berada di sisinya walaupun Erynna tidak memberikan sebarang respon dan langsung tidak bercakap sepatah ayat pun dengan mereka. Perlahan-lahan Erynna menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiba-tiba Erynna berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya lalu meletakkan semula sudu itu ke dalam pinggan yang masih lagi berisi itu.

Belum sempat Andreas ingin bertanya, Erynna sudah mula bersuara. "Kenapa korang perlu layan Eryn baik sekali ?" Soal Erynna dengan perlahan. Perasaan sebak itu kembali semula dan menyebabkan air mata Erynna begitu murah sekali untuk keluar.

"Sebab kami sayangkan Eryn." Jawab Andy dengan tenang. Mereka bertiga lalu mengubah posisi mereka untuk duduk lebih dekat lagi dengan Erynna.

"Walaupun Eryn seorang pembunuh?" Akhirnya Erynna meluahkan juga hakikat yang telah menyesakkan dadanya sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang Eryn merepek ni? Siapa kata Eryn pembunuh?" Soal Andreas yang hairan dengan soalan Erynna yang tidak masuk akal itu.

Andrian terus menarik Erynna ke dalam dakapannya lalu memberi isyarat kepada Andreas dan Andy untuk senyap buat sementara waktu ini. Erynna tidak menolak tindakan Andrian lalu menangis sekuat-kuatnya. " Eryn boleh bercerita kepada kami kalau Eryn sudah bersedia." Kata Andrian dengan lembut. Erynn terus kembali semula ke posisi asalnya dan menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskannya.

"Eryn dah tahu apa yang terjadi 4 tahun yang lalu.." ketiga-tiga jejaka itu terkejut mendengarnya namun mereka tetap bersabar menunggu Erynna untuk teruskan ceritanya.

"Eryn seorang anak yang derhaka..."

"Sikap Eryn yang pentingkan diri menyebabkan kedua-dua orang tua Eryn mati dalam kebakaran."

"Kalau lah pada waktu itu Eryn patah balik dan selamatkan mereka, mereka pasti tidak akan mati." Keluh Erynna menyesal kerana perbuatannya lalu bertindak menampar pipinya sendiri. Andy yang terkejut dengn tindakan itu lalu memegang tangan Erynna agar tidak meneruskan perbuatan yang akan menyakitkannya.

"Mulut ni!! Mulut ni yang membinasakan .... " kata Erynna apabila terkenang memorinya apabila menuturkan perkataan 'benci' kepada kedua-dua orang tua nya.

"ERYNNA BENCI MUMMY!!!ERYN BENCI AYAH!!!" Ayat yang dituturkan oleh Erynna pada ketika itu kembali diputarkan dalam ingatannya. Erynna segera menutup telinganya sendiri lalu berteriak menyuruh suara-suara itu untuk diam.

Ketiga-tiga jejaka itu sungguh terkejut dengan apa yang baru mereka dengar tadi. Mereja bukan terkejut kerana hakikat bahawa Erynna yang menyebabkan kematian kedua-dua orang tuanya. Mereka terkejut kerana memori yang diperoleh oleh Erynna adalah jauh bertentangan dengan perkara sebenarnya.

"Andreas! Pergi hubungi Dr.Ryan untuk datang ke sini dengan segera." Arah Andrian kepada Andreas. Andreas segera mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya lalu pergi menghubungi Dr.Ryan.

"Eryn! Dengar sini! Bawa bertenang! Tarik nafas... Hembus nafas..." Andy cuba untuk tenangkan Erynna. Erynna hanya mengikut apa yang diarahkan oleh Andy dan kembali tenang.

"Dia dalam perjalanan." Lapor Andreas kepada Andrian. Dia merujuk kepada Dr.Ryan.

"Eryn bukan pembunuh."

"Memori yang Eryn katakan tadi itu semuanya palsu." Kata Andrian lagi.

"Apa maksud Andrian?" Soal Erynna yang hairan.

"Kita tunggu sampai Dr.Ryan datang ." Balas Andrian.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now