part 6

810 31 1
                                    

" Ish kenapa cakap our girl ? Kenapa tak cakap je adik angkat? "

"Nanti tak pasal-pasal dorang salah faham pasal perkataan yang Andreas cakap tadi."

"Mesti dorang pandang serong dengan Eryn sebab tiga-tiga lelaki Eryn tapau."

Dalam perjalanan balik ke rumah, Erynna masih lagi tidak berhenti membebel dengan tindakan Andreas semasa di majlis tadi.

Akhirnya Andreas bersuara juga selepas Erynna berhenti membebel, " Biarlah apa dorang nak fikir, yang penting Eryn ada kitorang untuk lindung Eryn." Balas Andreas selamba.

"Betul kata Andreas." Andy setuju dengan kata-kata Andreas yang selamba itu.

"Alaa Eryn kira ja lah tuh sebagai balasan sebab Eryn tak mesej Andreas dulu masa kena buli tuh." Kini Baru Erynna tahu kenapa Andreas pandangnya dengan renungan yang tajam semasa di dewan tadi.

"Ha yaa!! Nasib Andreas ungkit! Kenapa tak mesej Andrian juga?" Andrian yang lama menyepi tiba-tiba bersuara.

"Laaa takkan itu pun nak ambil hati?" Soal Erynna.

"Yer lahhh!" Jawab Andrian dan Andreas serentak. Andy hanya duduk diam sebagai penonton kerana dia merupakan hero pilihan Erynna hari ini.

"Laa masa Eryn nak ke tandas tuh kan  Andrian tengah sibuk berbual dengan ahli-ahli pemegang saham syarikat. Jadi masa tuh Eryn tak lah terfikir nak mesej Andrian sebab Eryn fikir kalau mesej pun bukan Andrian dengar pun sebab tengah sibuk lah katakan." Jelas Eryn.

"Okay alasan diterima" jawab Andrian yang berpuas hati dengan alasan itu.

"Hello!! Andreas kat sini!" Andreas sengaja melambaikan tangan di hadapan muka Erynna untuk menyedarkan kewujudannya.

"Erhh kalau Andreas sebab... erhh..hmm"

"Sorry...." Erynna sudah tidak ada idea untuk mereka alasan untuk Andreas.

"So kita seri . Eryn tak boleh lagi nak mempertikaikan sebab Andreas guna perkataan our girl lagi." Kali ini Andreas berjaya bagi alasan untuk perbuatannya tadi.

Erynna yang sedang merenung ke luar kereta tiba-tiba terjerit, "Andreas!!! Nak kek!" Kata Erynna sambil menunjuk ke arah kedai Secret Recipe di sebelah. Akan ada simpang untuk ke sana 400 meter di hadapan.

"Pak Mat masuk simpang depan ni!" Tanpa mereka sedar Andrian ,Andreas dan Andy bersuara secara serentak. Pak Mat yang mendengar arahan itu turutkan sahaja sambil tersenyum sendiri melihat perangai anak-anak arwah majikan lamanya yang sangat sayangkan Erynna.

"Hehe sorry menyusahkan tapi Eryn  teringin nak makan kek cheese lepas tengok gambar-gambar kek dalam instagram ." Ujar Erynna yang merasa  kemahuan dirinya telah menyusahkan orang lain.

Sebaik sahaja kereta diparkir Andrian sempat pesan Erynna untuk duduk diam-diam sahaja di kereta. Ketiga-tiga lelaki itu keluar dari kereta dengan serentak. Tetapi Andy tiba-tiba patah balik, "Eryn cuma nak kek cheese ke? Ada lagi nak tambah?"

"Hmm nak kek coklat?"

Tidak lama kemudian ketiga-tiga lelaki itu balik semula ke kereta.

Mereka semua teruskan perjalanan ke rumah tanpa singgah lagi.

"Eryn tak tidur lagi ke? " soal Andreas lalu turut serta Erynna duduk di sofa ruang tamu sambil tengok ulangan tayangan drama sebab Erynna sudah terlepas tayangannya tengahari tadi.

"Tunggu drama ni habis baru Eryn tidur " sambil menyuapkan kek coklat yang dibeli oleh Andy tadi ke dalam mulut.

"Siapa yang belikan kek coklat? Kau yang beli ke Andreas?" Soal Andrian yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu.

" hehe Andy yang belikan." Balas Erynna tersengih-sengih sambil meletakkan kembali pinggan yang berisi kek coklat itu ke atas meja.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now