part 10

702 32 1
                                    

" Devian? Kan?" Soal Erynna untuk mendapatkan kepastian.

" yer saya. Erynna kan?" Soal Devian.

" korang dua berkenal?" kini Andreas pula yang bertanya hairan .

"Nanti Eryn cerita." Balas Erynna kepada Andreas.

"Okay Eryn hutang satu cerita. Bibi buat apa tuh? " kini pandangan Andreas beralih pada mak cik timah yang sedang sibuk masak hidangan untuk Erynna.

"Tengah masak untuk Eryn ni. Kenapa tuan?" Api gas ditutup oleh mak cik timah lalu tumpuannya tertumpu pada Andreas.

"Owh takpe lahh biar Andreas ambil air sendiri . " balas Andreas lalu berjalan ke arah mesin air untuk mendapatkan secawan air untuk diberikan kepada Devian.

"Datang sini untuk meeting ke?" Walaupun Erynna sudah tahu tujuan kedatangan Devian ke rumah itu, namum sengaja Erynna bertanya kerana Erynna tidak mempunyai idea topik untuk berbual dengannya.

"Iyer lah. Awak dah sihat ke?" Ini lah antara sebab kenapa meeting mereka dilakukan di rumah banglo itu kerana orang kesayangan ketiga-tiga jejaka itu telah jatuh sakit.

"Hmm okay lahh kurang sikit dah ni." Balas Erynna.

"Nah air untuk kau." Andreas hulurkan secawan air yang diambilnya kepada Devian.

Sementara Devian menghabiskan air itu, tangan Andreas mendarat di dahi Erynna.

" hmm kurang sikit dah demam tuh. Makan banyak-banyak biar bertenaga sikit badan tuh." Pesan Andreas lalu meninggalkan ruang dapur itu bersama Devian.

Kini hidung Erynna tertarik dengan bau lauk yang disediakan oleh pembantu itu. "Ayam masak sos!!" Erynna teruja melihat hidangan yang disediakan oleh mak cik timah. Tidak lama kemudian satu pinggan yang berisi sayur kailan yang telah sedia dimasak juga diletakkan sekali di atas meja.

"Eryn makan sini jer lah bibi." Kata Erynna apabila dia melihat pembantu itu sepertinya sedang bersiap untuk mengangkat lauk-lauk itu ke meja makan. Pembantu itu akur dengan permintaan Erynna lalu mencedok nasi ke dalam pinggan untuk Erynna.

Dengan seleranya Erynna makan hidangan yang disediakan oleh pembantu itu. Nikmatnya itu hanya Erynna sahaja yang tahu.

"Makan perlahan-lahan ." Pesan mak cik timah sambil menghulurkan segelas air suam kepada Erynna. Seperti biasa pembantu itu akan sediakan secawan jus epal hijau kegemaran Erynna.

"Wahhh terima kasih bibi sebab masakkan untuk Eryn." Pinggan yang telah kosong itu diangkat ke singki lalu dicucinya walaupun ditegah oleh mak cik timah.

" Nah minum lah ni." Bertambah riang Erynna apabila segelas jus kegemarannya dihulurkan oleh mak cik timah.

"Eryn tak minta pun tapi terima kasih bibi !" Erynna menyambut huluran itu lalu diteguk perlahan-lahan jus itu.

Sambil-sambil minum itu, Erynna membuka laman instagramnya untuk lihat video-video yang menarik perhatiannya. "Warghhh kacaknya kau wahai jejaka." Puji Erynna kepada watak lelaki dalam video pendek versi cina itu.

"Ehem! Siapa yang kacak Eryn kata?" Suara dari belakang mengejutkan Erynna.





WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now