part 19

561 27 0
                                    

"Oih kalau ikutkan cerita yang kita dengar kan, perempuan tuh langsung tak bersalah. Tapi kenapa dia nak seksa perempuan tuh sampai begitu teruk?"

"Yang bersalah tuh kedua-dua ibu bapa dia lah. Kenapa perempuan tuh dan keluarganya sekali kena padahnya?" Soal seorang lelaki kepada rakannya yang juga merupakan orang upahan dalam misi gelap mereka.

"Jangan banyak tanya! Kita buat je apa yang disuruh dan pastikan kita tidak ditangkap. Itu sahaja ! Duit memang terjamin akan masuk poket kita."

"Lebih baik kita kurang bercakap dan buat sahaja apa yang disuruh yang penting ada bayaran." Tambah rakannya yang lagi satu.

Perbualan mereka terhenti sampai di situ sahaja.

"Dalia... akan aku pastikan perempuan itu menerima padahnya kerana menjadi penyebab kita dua terpisah."

"Selepas aku berjaya balas dendam, aku akan menyusul engkau di sana."

"Mohon bersabar di sana ya." Ujar Lelaki misteri itu sambil mengusap sekeping gambar yang mempamerkan imej seorang perempuan yang sedang tersenyum manis dengan gaun putihnya itu.

Tiba-tiba sahaja Erynna rasa tidak sedap hati. Namun Erynna berjaya mengusir perasaan itu dan yakin dengan sistem kawalan keselamatan yang telah disusun atur oleh Andrian. Erynna yakin dengan bodyguard yang dipilih oleh Andrian.

"Jangan risau Eryn." Kata Erynna kepada dirinya sendiri sekadar untuk tenangkan hatinya.

Iphone milik Erynna yang telah lama menyepi tiba-tiba berbunyi. Sudah menjadi kebiasaan setiap hari Devian akan berbual dengannya melalui instagram.

Namun begitu, Erynna tidak rasa teruja untuk berbual dengan Devian apatah lagi dalam situasinya yang terkini.

"Eryn kenapa asyik diam je? " soal Andy. Sejujurnya Andy rasa harinya begitu bosan apabila tidak mendengar gelak ketawa Erynna. Erynna sahaja lah temannya untuk berborak dan bergila walaupun dia lebih tua 5 tahun daripada Erynna.

Mengharapkan Andreas dan Andrian? Bagi Andy, kehidupan mereka sangat lah bosan.

"Eryn gementar lah." Balas Erynna dengan jujur.

"Laaa buat apa nak gementar? Kitorang kan ada untuk temankan Eryn."

"Cuma Andy nak pesan bila Eryn rasa sakit , jangan sesekali berniat nak tanggung sendiri dan tak maklumkan kepada kami kay!" Andy terlebih dahulu memberi amaran kepada Erynna.

"Biar kita tempuhinya bersama-sama!" Kata Andy lagi dengan aura semangatnya.

"Okay pak cik!" Balas Erynna lalu melarikan dirinya jauh-jauh daripada Andy kerana Erynna telah memanggilnya dengan panggilan yang sangat dibenci oleh Andy.

"Pak cik?! Pak cik Eryn kata?!!"

"Hoih!! Jangan lari!!" Teriak Andy lalu bertindak mengejar Erynna mengelilingi ruang tamu itu.

Andrian yang sedang memerhatikan mereka dari tangga tersenyum apabila dapat melihat Erynna kembali ceria seperti dulu.

Bukan sahaja Erynna yang gementar, Andrian, Andreas dan Andy juga gementar tentang hal itu. Tetapi mereka sudah nekad untuk membantu Erynna.

Tanpa mereka sedari satu malapetaka sedang menantikan mereka.

Satu bilik yang sunyi dan gelap. Seorang lelaki sedang duduk santai di kerusinya sambil melihat gambar yang sedang tergantung kemas pada dinding bilik itu.

Dengan senyuman yang penuh makna dan muslihat di sebaliknya lelaki itu bersuara, " Masa yang aku nanti-nantikan telah pun tiba."

"HA HA HA HA HA HA" ketawanya dengan nada yang keras dan kejam sepeti mentertawakan musuhnya.

Tiba-tiba nada ketawa itu berubah kepada nada yang sedih seakan-akan dia sedang menangis. Suasana dalam bilik itu begitu seram sehingga menyebabkan orang-orang bawahannya yang sedang berbaris dalam bilik itu mula berpeluh kerana ketakutan.

WHO IS THE KILLER?Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin