part 37

482 17 0
                                    

Sepasang kekasih kini sedang duduk bertentangan antara satu sama lain di salah satu meja yang terdapat dalam starbuck . Lelaki itu ialah Devian dan sedang menjalinkan hubungan bersama kekasihnya, Dalia.

"Awak kita dah jadi kekasih selama 5 tahun. Mak dan abah saya dah mula bertanya bila awak nak masuk meminang." Soal gadis yang berpakaian ayu dan manis di mata sang jejaka. Sememangnya Dalia ialah wanita melayu terakhir di mata Devian dan ini menyebabkan kasih sayang Devian kepada perempuan itu tidak pernah luntur.

Devian terkedu apabila wanita tersayangnya itu mula bertanya perihal topik yang sangat dibimbangkannya. Memori 2 minggu yang lepas apabila dimarahi oleh kedua-dua orang tuanya kembali berputar dalam mindanya....

"Tinggalkan perempuan tuh sekarang juga!"

"Lepas ni ayah kamu nak hadir majlis amal tahunan yang diadakan di Hotel The World. Dia ingin ambil kesempatan ini untuk cuba mendekati Tuan Edgar."

"Dengar kata dia ada anak tunggal perempuan. Ini satu peluang kepada kamu." Kata seorang wanita yang berumur 40 an itu kepada anak lelakinya.

"Huh! Peluang ? Peluang kepada kamu berdua kan?!" Tengking lelaki itu kepada kedua-dua orang tuanya.

"Dasar anak tak kenang budi!" Suami kepada wanita itu mula angkat tangan dan menampar pipi anak lelakinya itu tanpa rasa bersalah atau menyesal akan tindakannya itu.

"Kalau Devian tak nak putuskan hubungan Devian dengan perempuan tuh, jangan salahkan mak untuk gunakan kekerasan." Ugut wanita yang dikenali sebagai ibu kandung Devian.

"Awak.. Awak!" Suara Dalia yang sedang memanggil Devian mengejutkan Devian dari lamunannya.

"Ahh... yer?" Devian rasa bersalah apabila bertentangan mata dengan Dalia. Devian tidak mempunyai kekuatan untuk menyampaikan berita buruk itu kepada Dalia. Devian tidak sanggup membiarkan senyuman manis wanita kesayangannya mati disebabkan oleh arahan kedua-dua orang tua kandungnya.

"Ish awak ni!" Dalia sudah mula merajuk. Nampaknya Devian perlu membina strategi untuk memujuk Dalia.

"Mari jalan. Devian nak bawa Dalia ke satu tempat yang cantik." Cadang Devian.

"Mana?" Soal Dalia hairan tetapi dia tetap tertarik dengan cadangan itu.

"Adalah.... jom!" Devian terus membawa Dalia keluar dari pusat beli belah itu dan berjalan ke arah ruang parkir kereta. Devian terasa teruja untuk menunjukkan tempat yang menyediakan pemandangan yang sungguh cantik itu kepada Dalia.

Dalam perjalanan menuju ke kereta sport milik Devian, merema berdua tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan manusi yang bertopeng hitam yang menutup hampir seluruh muka mereka kecuali mata. Devian ditumpaskan oleh salah seorang daripada menyebabkan Devian tersungkur di atas permukaan lantai yang kasar itu. Perut Devian disepak berkali-kali oleh lelaki itu dan kakinya dipijak keras sehingga Devian kehilangan tenaga untuk berlawan semula. Dalia juga mengalami situasi yang sama seperti Devian tetapi nasib tidak menyebelahi Dalia kerana Dalia dipukul di bahagian belakang kepalanya oleh salah seorang daripada mereka ketika Dalia cuba untuk berlawan. Setiap kali Dalia cuba untuk bertahan dan bergerak ke arah Devian, Dali akan menerima pukulan yang bertubi-tubi dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada besi itu. Devian hanya mampu melihat Dalia yang cuba bertarung untuk hidup demi Devian. Akhirnya, Dalia rebah di pangkuan Devian. Sekumpulan manusia itu terus melarikan diri meninggalkan mereka berdua tersungkur di atas lantai.

"Maafkan... Dalia..sebab...tak...dapat...nak ...hidup... bersama...awak..." Dalia berusaha menggunakan sisa tenaga yang ada untuk menyampaikan kata-kata terakhirnya.

"Dalia!! Bertahan Dalia!!"

"TOLONG!!!!TOLONG!!!" Teriak Devian berharap agar ada yang mendengar teriakannya. Air mata lelakinya jatuh bercucuran di pipinya sambil meminta Dalia untuk bertahan deminya.

"Saya cintakan awak...." kata-kata terakhir daripada Dalia berjaya diucapkan sebelum rohnya meninggalkan jasad itu untuk selama-lamanya.

"DALIA!!!!!"

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now