part 40

888 40 4
                                    

"Hmm boleh tak Eryn tanya sesuatu?" Rupanya masih ada satu perkara yang membuatkan Erynna masih lagi tertanya-tanya.

"Sejak bila pula Eryn perlu minta kebenaran untuk bertanya?" Sindir Andreas.

"Eleh! " Andy menyiku Andreas.

" Apa yang Eryn nak tanya?" Soal Andrian dengan lembut.

"Macam mana korang jumpa Eryn?dan macam mana korang tahu apa yang terjadi pada Eryn 4 tahun yang lalu?" Andreas yang sedang memasak terus mematikan apinya dan pandangannya fokus pada Erynna. Ketiga- tiga jejaka itu kini fokus kepada soalan Erynna.

Andrian mengambil keputusan untuk bercerita bagi pihak mereka bertiga.

Ketika Erynna sedang berperang dengan emosinya, Erynna sedang diperhatikan oleh Andrian, Andreas dan Andy yang kebetulan melalui jalan itu. Mereka sengaja perlahankan kereta yang dipandu oleh Andrian kerana mereka hairan kenapa dia berjalan seorang diri ketika hujan lebat tanpa payung. Tidak lama kemudian perempuan itu rebah ke tanah.

"Andrian berhenti!" Teriak Andy menyuruh Andrian untuk berhenti memandu.

Disebabkan tidak ada lagi kereta lain yang lalu di jalan itu selain mereka, mereka mengambil keputusan untuk membantu perempuan itu. Andreas mencadangkan untuk membawa perempuan itu ke rumah mereka sahaja dan menjemput doktor yang bekerja kepada keluarga mereka untuk memberikan rawatan kepada perempuan ini. Firasat Andrian untuk membantu perempuan ini menyebabkan Andrian bersetuju dengan rancangan itu.

Sebaik sahaja Erynna sedar dari pengsan, reaksi Erynna mengejutkan mereka apabila Erynna sepertinya langsung tidak ingat apa yang telah terjadi. Erynna hairan kenapa dia berada di rumah asing itu dan bukannya di rumah nya.

"Eryn nak balik tunjukkan keputusan SPM Eryn kepada mummy dan ayah." Kata Erynna dengan polos.

"Kami jumpa awak pengsan di tepi jalan seorang diri ketika hujan lebat." Jelas Andy dengan lembut.

"Apa yang encik merepek ni? Okay je cuaca tadi masa saya ambil result." Jawapan Erynna menyebabkan mereka rasa hairan.

"Saya rasa dia mengalami kekeliruan dengan memorinya." Kata Doktor Ryan kepada ketiga- tiga jejaka itu.

"Doktor ada idea tak untuk selesaikan ini?" Soal Andrian.

Doktor Ryan mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan Hipnosis untuk mendapatkan semula memori Erynna.

Erynna yang menerima semula memori pahit itu menyebabkan Erynna kembali kepada traumanya dan mula mengalami kecelaruan emosi pada ketika itu.

Doktor Ryan mengesahkan Erynna mengalami Amnesia disosiatif yang berpunca daripada trauma yang menyebabkan seseorang itu hilang ingatan untuk masa yang tertentu sahaja. Dr. Ryan meminta pendapat ketiga-tiga jejaka itu sama ada perlu berikan memori pahit itu semula kepada Erynna atau mengubah memorinya untuk kebaikannya. Ketiga-tiga jejaka itu telah menyaksikan reaksi Erynna semasa rawatan itu diadakan . Mereka juga merasa sakit dengan insiden yang dialami oleh Erynna. Selepas berbincang, ketiga-tiga jejaka itu mengambil keputusan untuk mengubah memori Erynna. Mereka juga membuat keputusan untuk menjaga Erynna dan melindunginya bagaikan darah daging mereka sendiri.

"Terima kasih..." tiba-tiba air mata Erynna jatuh bercucuran pada pipinya. Erynna berasa sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik seperti mereka bertiga.

Andy yang tidak tahan melihat air mata Erynna segera mengelap air mata itu dengan menggunakan tangannya sendiri.

"Kami pun ingin berterima kasih kepada Eryn kerana telah mewarnai hidup kami." Kali Andreas pula meluahkan ayat-ayat manis kepada Erynna.

"Sudah.. jangan lagi nangis. Eryn lebih lawa kalau senyum." Tambah Andrian pula.

Mereka bertiga berpelukan dalam satu kumpulan itu.

"Okay! Cukup lah dengan drama sedih hari ini... mari makan!" Andreas segera menghidangkan masakannya untuk menceriakan suasana.

-TAMAT-

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk terus membaca hasil kerja saya.❤ hasil ini 100% dari imaginasi saya sendiri dan berharap agar pembaca menikmati!! Jangan lupa 'like' yer!!!

WHO IS THE KILLER?Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin