SENJA

177 8 0
                                    

Semasa senja sudah menghilang,
dimana setiap pelusuk dan seluruh penduduk di bentala ini akan mati buat seketika.

Dimana dunia ini seakan membeku,
dan di situlah kau hadir dalam benakku, seolah kita ini sudah ditakdirkan oleh alam berserta waktu.

Engkau hadir tanpa diseru dan aku seakan dibaca mantra dan lagu,
tubuhku kaku dan hanya mampu berdiam kearah senyumanmu.

Senyumanmu yang seakan mentari,
menyinari seluruh bumi,
demi kebaikan seluruh makhluk,
dan bumi itu adalah aku,
kerana aku memerlukanmu.

Engkau yang pertama dan utama dalam hidupku, aku sepi tanpa mu.

Sepi mengajar aku erti rindu, dan disaat sepi merasuk tubuhku, kau pertama muncul dan memenuhi kekosongan itu, dan aku terus berharap agar engkau terus hidup dalam fikiranku, walau dunia ini, kian reput dan membusuk.

Tapi sayang rasa ini seperti titi, yang tiada penghujungnya, yang menyoalkan tentang kewujudanku di dalam hidupmu, dan ia menjadi tanda tanya dalam diriku, lalu apakah hanya aku yang merasakan kesemua ini, adakah ini mainan yang selama ini kau mainkan, "perasaanku yang tulus".

SURIAWhere stories live. Discover now