SINAR

107 8 0
                                    

Di cintai oleh alam,
dan dirindui oleh rembulan,
sewajar dengan alasan,
mengapa aku sebegini.

Sudah tentu dengan aura dan pesonamu,
yang menyerlahkan kesucian dan keindahan ciptaan ilahi.

Senyummu yang seakan bidadari,
meluluhkan hati ini,
dengan lenggok percakapanmu dan itonasi.

Ayu sudah tentunya bukan namamu malahan itu adalah sikap dan pakaianmu.

Seluruh zarah dalam badanku terpesona, kami seakan membeku oleh keayuan matamu yang mengecil disaat kau sedang tersenyum, lalu apabila bibir merahmu melebar di saat kau sedang tertawa kami lumpuh dan kekal,

"kekal dan segar dalam tanggapanku".

Dengan bersaksikan waktu kau akan terus dicintai, disayangi dan dirindui oleh Si Dia Iaitu hatiku.

SURIAWhere stories live. Discover now