ANGKARA JUITA

87 7 0
                                    

Hangatnya mentari di waktu pagi,
tidak sehangat semasa kita bersama,
waktu juga terasa lama,
seolah menunggu mekarnya bunga.

Ingin aku bertemu kerana rindu,
tetapi perakhiran kita telah ditentu.
dan ingin aku lupa,
bukan kerana rengsa.
melainkan menjaga jiwa, dari apa?
Dari ditusuk luka.

Dalam diri ini masih terselimut akan rasa,
rasa takut untuk menerima,
dan rasa takut untuk diterima.

meskipun begitu,
tetap aku meneruskan perjalanan,
demi mencari makna kebahagian,
walau diikuti oleh terikan,
yang menjadi kesan terdalam,
di bawah nuriah rembulan.

Apa yang ku sangka bukanlah panduan,
Namun, hanya tipuan dan aku terjebak,
dalam helah kebaikan,
kini...aku tersungkur dalam keperitan,
yang disebut dengan kalimat harapan.

SURIAWhere stories live. Discover now