CURHAT

69 6 0
                                    

Dari mata ke hati dan dari cinta ke benci, umpama tanggapan diri, walau tidak di dengar oleh tulus hati, tapi dijawab oleh lenggok diri, tatapan jelita yang sayu, membuat raut wajah yang berseri bertukar kuyu, silap diri kerana menaruh hati dan salah hati kerana percaya dengan janji, dan salah mata kerana percaya pada paras budi.

tampangnya yang santun menjunjung ampuh pada setiap detakkan, hakikatnya tiap detakan itu hanyalah tipuan, diri ini sedar setelah terjebak dalam keperitan, yang akhirnya menjelma sebagai parut yang indah namun ianya remai, parut yang hadir binasakan rasa dan hasrat di dalam sanubari, jiwa yang telah diserahkan segera pulang dengan rasa rengsa dan lara.

Sering mata ini memerhati dan sering diri menjaga hati supaya dalam diri tiada sifat benci dan tiada sifat pergi, hati ambik enteng dengan segala sikap jelita kerana sayang pada tali hubungan, cuma jelita tidak sedar dan tidak endah dengan kehadiran diri, di sini selalu ada untuk jelita tetapi tetap jua dia menghilang jauh dan pergi.

Gelap telah menjadi tempat mengadu kasih dan tempat bicara dari mulut ke hati, diri kerap bersendiri, kadang diri suka untuk terasing seorang diri dan kadang diri ini benci, sifat gelap yang nyaman namun sunyi, menjadi titik mengapa jiwa meronta untuk lepaskan diri, namun kurungan ini sering mengunci rasa yang ada di lubuk nurani.

Saat jiwa kacau diri sendiri yang mencari solusi agar diri segar seperti diri sendiri, dia lupa sesungguhnya dirinya juga manusia, dia tahu bahawa hidup ini ada pasang surutnya, dia sedar yang dirinya juga tidak sempurna, dia ada kelemahan dan ianya adalah titik utama mengapa dirinya mudah rapuh dan mudah terjatuh.

Gelap selalu ada untuknya dan menjadi sahabat karibnya dan hujan menjadi nada kegemarannya, tidur caranya untuk lupakan si jelita, menulis adalah mulut kedua untuk dirinya bicara, terlalu sayang adalah punca mengapa hatinya selalu sakit.

Rasa ini bukan dari jelita melainkan dari diri sendiri, dengan hanya sedikit tipuan telah diri melangkah ke juram dalam, kini diri cuba lari dari jelita bukan kerana lupa namun cuba maafkan, maafkan diri dan juga maafkannya, jika bukan sebab diri yang mudah menerima sudah tentu diri ini tidak teraniaya.

SURIAWhere stories live. Discover now