RANTAI RASA

77 7 0
                                    

Dari sendiri, aku dapat melihat diriku.
Dari sendiri, aku belajar erti rindu.
Dan dari sendiri aku menerima jawapan isi hatimu, mencintaimu bukan kesalahan dalam hidupku.

Oleh kerana cinta, aku banyak belajar tentang dirimu, dan akhirnya aku dapat jawapan dalam diriku.

Selama ini aku haus akan makna cinta, kerana ia berlegar-legar di fikiran, cinta itu tidak menyakitkan malah cinta itu ada, ia wujud dari perasaan walau berlindung dibalik rasa, rasa malu yang membuat diriku merundung di alam hiba, alam yang sepi, sunyi namun harmoni.

Bukan cinta yang menyakitkan tetapi kenyataan, kenyataan dan kebenaran yang terbukti nyata, dan kenyataan itulah pelaku utama dan bukan dirinya.

Dia hanya mangsa dan kenyataan mencetus segalanya, gadis yang telah ku anggap bunga, tidak menganggap aku sebagai kumbang, diriku juga bukan air kerana dirinya tidak memerlukan aku, ia dapat mekar dan tumbuh sempurna tanpa diriku dan aku sedar akan itu.

Benci tidak pernah tumbuh dalam benakku, jika aku membenci dirinya seolah aku telah menghina penciptanya.

Takdir,
tidak sekalipun aku membenci takdir,
malah aku percaya dan yakin akannya,
jikalau takdir manusia itu mati,
akan ku terima hakikatnya,
sebagaimana aku terima pengakhiran kisah kita.

SURIAWhere stories live. Discover now