MAKNA HARAPAN

87 7 0
                                    

Perasaan yang selama ini ku simpan telah wujud sejak pertama kita bertemu, namun masa membeciku sebagai mana aku membenci diriku, engkau telah mendamping diriku ke taman fana yang indah lagi pesona, hatiku yang tertutup rapi dan dipagari segala besi telah dibuka oleh dirimu yang ku anggap dewi.

Selama ini gelap telah membawa diriku ke ruangan yang sepi, dengan berdindingkan segala dilema, ruangan yang sempit ini menjebak diriku yang amat celaru akan dunia berserta isinya, hadir engkau bagai misteri dengan keindahan cahaya mentari.

Engkau telah menemaniku mencipta pelbagai memori, dan kerana itu, terima kasih kerana menjadi cinta pertama buat diriku, mengajar diriku untuk mencintai, membuka mataku untuk menatap keindahan bumi, cuma diriku yang terlalu berharap dan bermimpi, mimpikan kita untuk bersama hingga ke akhirnya.

Harapan bukan alasan untuk mengalah namun berlawanan dengannya, ia adalah kekuatan untuk berjuang demi kebahagian yang tertulis oleh tuhan, harapan seperti api akan mati dengan sendiri dan diriku sudah mati, setelah dirimu menemui pengganti.

SURIAWhere stories live. Discover now