TIRAI

110 7 0
                                    

Gelapnya malam terasa makmur

yang seolah aku ini mensyukuri segala kenikmatan hidup walau terus menunggu kehadiran engkau di balik tirai.

Aku merasa sepi sebagaimana bulan,
berseorangan di atas sana menunggu terbitnya matahari, walaupun mustahil bagi mereka untuk bertemu mahupun bersama.

Namun tetap ia menyinari di cakrawala kerana baginya itu adalah lumrah,
lumrah sejagat dan ianya perlu dilindungi,
menerima dan menuruti itu merupakan sisi serta sifatnya.

Bulan itu memerlukan matahari, sebagaimana aku memerlukanmu.
Bulan tidak mampu bercahaya sekiranya matahari tidak ada,
seerti dengan hidupku yang akan sentiasa gelap dan hampa tanpa kehadiran engkau.

Engkau umpama matahari,
menyinari seluruh semesta dan menghidupkan sinar rembulan sebagaimana engkau, menyalakan pelita hidupku yang dulu gelap dan suram.

Engkau juga ibarat musim yang datangnya seketika, demi membawa keindahan memori.

Memori itu seakan benih ia akan terus tumbuh menjadi sebatang pokok yang tinggi dan subur, walau ianya ditebang tetap jejaknya ada, dan jejak itu tidak dapat dibuang atau dibakar.

Begitulah perasaanku,
jangan pernah menguji diriku yang telah ditempa khas untuk dirimu.

SURIAWhere stories live. Discover now