KASTURI

66 6 0
                                    

Sebagaimana Pungguk rindukan Si Bulan, seperti itu juga rinduku pada Si Bunga, wajar jika diri ini mahukan Si Bunga, kerana lama dada ini memendam rasa, dan andai Si Bunga bisa tahu apa kata jiwa, sudah tentu Si Bunga percaya apa yang ku kata, misalnya dia bisa meminjam ku punya mata, maka dia akan tahu alasan, mengapa aku mengaguminya, tiada buruk yang ku lihat darinya, melainkan kesempurnaan, engkau itu begitu sempurna di sudut mata, dan begitu indah di belahan jiwa.

Kisah cintaku seperti kisah Lebai yang malang, aku selalu tertanya-tanya di balik senyuman, apa yang sebenarnya Si Bunga mahukan, sehingga ada binbit kehampaan, yang terbit kerana persoalan, hubungan kita ini tidak lebih sebatas teman. Oleh itu, jauh denganmu itu bukan sekadar keinginan, kerana apa yang ku rasa bisa musnahkan hubungan, tetapi sifat bunga yang petingkan diri, memaksa aku berada di sisi, hancur hati jika tetap menanti, jadi aku dengar kata hati untuk tetap pergi.

Jika hati ini seluas langit seraya, sudah hati ini terbentang untuk menerima, malangnya hati ini telah binasa, setelah menerima rasa duka, kerana duka hati yang menjadi mangsa dan raga juga terikut sengsara.

Cinta itu satu bentuk yang menaksirkan berbagai makna, setiap bentuk mempunyai makna berbeza dalam diri seseorang, bentuk yang muncul dalam diriku adalah penerimaan, dari terima kita ada untuknya, dan dari terima kita lepaskannya, bukan kerana mengalah, namun sedar yang dirinya berhak memilih, di antara pergi atau kembali, bukan juga kerana tak cinta, malah kerana cinta harus kita biarkan, kerana cinta itu bukan paksaan.

Hanya satu hasrat yang diri ini mahukan, iaitu lepaskan, lepaskan aku dari penjara harapan, aku juga mahu bahagia dan senang, dari cinta, aku belajar betapa cepatnya erti kenikmatan.

Benar apa kata orang yang cinta itu sememangnya buta, namun bukan mata yang buta, tapi hati, hati ini yang sebenarnya buta, pertemuan ini juga ada makna, dan tuhan kurniakan aku dengan nikmat cinta, nikmat yang sebenarnya sudah ada, tapi diriku tidak sedar, dan aku masih mengejar cinta yang telah ada.

Cinta itu ibarat zarah, walau tidak dilihat dari mata, tapi ada di sekitar, cinta itu juga bak langit, indah seperti lautan, dan gelap menjadi hujan, cinta itu adalah rahmat, pertemuanku dengan Si Bunga mungkin juga adalah satu rahmat, atau mungkin adalah satu peringatan, peringatan tentang betapa kurangnya cinta dengan diri, dan betapa kurangnya cinta dengan ilahi.

SURIAWhere stories live. Discover now