3 | Rasa

1.2K 139 6
                                    

6 BULAN berlalu dengan pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 BULAN berlalu dengan pantas. Sekarang anak dah dua guys! Dah seri dengan Farhad! Ayden tersenyum memandang Ayra yang sedang merangkak di atas karpet ruangtamu.

Marwah mula fokus memandang laptop. Selepas sahaja lahirkan Ayra, dia sendiri lantik Marwah bekerja dengannya. Marwah yang membuat semua keselamatan syarikatnya dari digodam dan sebagainya.

"Fokusnya dia..." Usik Ayden sambil tersenyum.

"Jangan kacau Wais. Harini sahaja dah berapa banyak virus nak serang data syarikat. Geram betul!"

Tangan Marwah yang menari di keyboard laptop menarik perhatian Ayden. Cincin silver perkahwinan mereka tersarung di jari manis Marwah. Macam tak percaya yang Marwah benar-benar miliknya sekarang.

"Alah biarlah virus tu, pandailah Thayyib urus." Tangan menyelit dibelakang badan Marwah lalu menarik pinggang Marwah dan merapat dengan tubuhnya.

"Wais!" Terkejut Marwah. Terus spec mata dibuka dan laptop ditutup lalu diletakkan di atas meja. Jatuh nanti sia-sia sahaja.

"Uish garunk! Aum!"

"Eeee!"

Ayden melepaskan tawa kuat. Seronok usik Marwah. Dulu tak boleh sebab mengandungkan Ayra. Emosi lain macam.

"Ayra tengok ada singa marah! Tapi singa ni seksi. Sebut rawr!"

"Awr!" Jerit Ayra mengikuti Ayden.

"Lagi Ayra, rawr!"

"Awr!"

"Bagusnya anak abi ni!" Terus Ayden mengangkat tubuh kecil Ayra dan dibawa ke dalam dukungan. Dicuit cuit perut buncit Ayra sehingga anak bongsunya mengekek kuat.

Marwah hanya diam. Tidak puas hati betul.

"Tengok tu umi sedih, cium umi cepat." Tubuh Ayra dibawa dekat ke arah wajah Marwah.

"Cup umi, yeay!" Jerit Ayden. Ayra pun bukan main mengekek jerit ikut abinya.

Melihat Marwah masih diam, Ayden tersenyum. Ayra diletak ke atas karpet kembali. Terus laju anaknya merangkak.

Tubuh dijatuhkan semula ke atas sofa. Betul-betul bersebelahan Marwah lalu bahu Marwah ditarik merapatinya.

"Sorry, awak tak suka saya usik ya?" Rambut Marwah yang terikat diusap.

"Tak lah,"

"Yela tu..." Ejek Ayden sambil mencebik.

"Wais!" Dada suaminya ditepuk perlahan.

"Marah pun seksi."

Baru sahaja Marwah mahu menepuk dadanya sekali lagi, pantas Ayden halang.

"Okay tak tak... Tak usik dah."

Tangan Marwah ditarik lalu digenggam. Cincin perkahwinan mereka dimain-main. Hati Ayden tidak tenang. Sangat-sangat tidak tenang. Sudah sebulan dia terganggu.

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now