10 | Strategi

638 69 7
                                    

YAMAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


YAMAN

"Macam mana?" Soal suara garau itu.

"Tahanan semua sudah dikerah Ya Khabib!" Jawab anak buahnya sebelum menunduk sedikit.

"Bagus, kau boleh keluar." Itu sahaja arahan yang diberi.

Sebaik sahaja pintu besi itu ditutup, Dia bersandar pada kerusinya. Pemandangan dari cermin kaca membuatkan hatinya puas. Tiada cara lain untuk dia lepaskan kegeraman di hati.

"Aku tahu kau akan datang Ayden. Bukan kau sahaja malah isteri kesayangan kau sekali." Ucapnya sendiri.

Pemetik api diambil lalu dihidupkan dan dibakar sedikit hujung rokoknya. Kesemua tahanan dipaksa berlatih seni pertahanan diri. Ada juga yang dibunuh kerana cuba lari dan ada juga yang didera separuh mati.

Objektifnya cuma satu. Dia mahukan Wais Ayden untuk melunaskan segalanya. Apa Ayden fikir dia akan berdiam diri selepas kejadian itu? Apa Ayden fikir dia berhati mulia untuk lupakan kisah hitam itu? Tidak. Dia bukan malaikat yang memaafkan dan menerima semuanya.

Tidak percaya takdir? Ya dia orangnya. Mungkin caranya kejam tetapi asalkan hati ini lekas puas, dia sanggup. Dia sedang berjuang mencipta takdir sendiri. Dia sedang menunjukkan pembalasan dimana darah balasnya darah dan mati balasnya mati.

"Kau tak akan terlepas dari aku kali ni Ayden." Ucapnya perlahan sebelum hembusan rokok dilepaskan.

Dia akan pastikan Ayden jatuh sejatuh jatuhnya seperti apa yang dia rasa dahulu selepas kehilangan orang yang tersayang. Semua ini angkara Ayden. Andaikata Ayden melutut merayu pun tak akan dapat hapuskan perasaannya.

"Kalau boleh aku nak sangat hancurkan kau Ayden tapi tak seronok pula kalau tak nampak kau derita bukan?"

Usai berkata tiba-tiba sahaja pintu ruang peribadinya diketuk. Selepas menyahut memberi kebenaran muncul wajah kemelayuan itu. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Selamat datang Tasya."

"Khalid." Tasya tersenyum.

***

MALAYSIA

Pagi itu sekali lagi mereka adakan perjumpaan besar-besaran bagi menjalankan misi besar kali ini. Sarjan Hasan masuk diiringi Farhad.

"Pagi semua."

"Pagi Tuan!" Semua menabik hormat sebelum menerima arahan duduk dari Sarjan Hasan.

Kapten Hanif mula membuka slide untuk menunjukkan plan dan strategi yang sudah diatur bersama pasukannya.

"Teruskan Kapten Hanif." Sarjan Hasan terus menatap slide di depan.

"Okey Bismillah, seperti yang semua tahu kita sendiri masih tak tahu kenapa ada yang menyamar menjadi mangsa. Untuk apa kita tidak tahu. Dan hari ini saya malas nak berbasa-basi lagi. Malas menunggu."

"Saya punya rancangan, apa kata kita jangan jalankan misi ni besar-besaran."

Semua terdiam. Mengapa pula mahu diam-diam walhal ahli keluarga mangsa sudah mendesak mereka dengan keras.

"Saya tahu ada sesetengah tak puas hati. Tapi, dengar dahulu. Rancangannya begini, jika kita war kan pencarian mangsa pasti akan ada ahli kumpulan Houth ambil maklum."

"Maksud saya, kenapa mereka gunakan penyamaran di Malaysia? Sudah tentu mahu mencari maklumat untuk sampaikan kepada ketua mereka, Khalid. Mungkin sesetengah menolak sebab keluarga mangsa mendesak tetapi tak salah kalau kita selidik secara diam dan tetapkan tempoh selidik sebelum berlakunya peperangan besar-besaran."

Kapten Hanif menarik nafas panjang. Mata memandang Sarjan Hasan yang berkerut mendengar rancangan gilanya.

"Kita mahu berperang di negara orang, protokal mereka berbeza. Di samping menjalankan misi, kita juga perlu fikir akan keselamatan rakyat wilayah Yaman."

Semua yang mendengar mula memandang antara satu sama lain.

"Ini bukan perkara main-main Kapten Hanif. Jika rancangan ini aku setujui, siapa yang akan ikut menyiasat? Bagaimana pula dengan keselamatan kau orang?"

Kapten Hanif tersenyum. Dia tahu rancangan ini merupakan rancangan yang mereka sendiri tidak tahu pengakhirannya. Boleh jadi dalam menyiasat, mereka tumpas. Dan boleh jadi juga dalam mereka menyiasat, mereka berjaya.

"Saya sendiri akan pergi. Dan ahli yang lain, saya letakkan sepenuhnya keputusan ke atas diri mereka sama ada mahu mengambil risiko atau tidak."

"Kau sendiri tahu kalau kita tak boleh berhubung. Macam mana kalau apa-apa jadi?" Soal Sarjan Hasan lagi. Seolah tak senang dengan strategi yang diberi.

"Kerana itu kita akan tetapkan masa untuk melihat gerak kerja pihak lawan. Pada tarikh sekian, jika tak ada khabar dari kami maka hantarkan bantuan. Sarjan, percayalah dengan team saya. Kami boleh."

Sarjan Hasan terdiam. Kata-kata Kapten Hanif membuatkan dia tersedar, mereka yang menumpaskan Organisasi Hitam. Tak mustahil misi kali ini mampu mereka jayakan.

Semua mata memandang ke arah Sarjan Hasan menunggu kata arahan. Qarin turut memandang ayahnya sendiri. Dengan misi ini dia boleh tunjukkan kehebatannya.

Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat diketuk dan dibuka oleh seseorang.

"Maaf saya lewat."

Wajah Red menghiasi pandangan membuatkan mereka membulatkan mata. Terkejut. Hanya Farhad dan Zara sahaja yang tersenyum.

"Red..." Perlahan suara Zeera.

Entah kenapa Sarjan Hasan lega dengan kemunculan Red. Wajah mereka yang berkumpul di ruangan mesyuarat dipandang satu persatu. Terutama sekali wajah anaknya, Qarin dan Darin.

"Proceed. Persiapkan diri untuk misi sulit ini."

Sejurus itu terus Sarjan Hasan berdiri mendekati Red. Wajah wanita itu dipandang seolah memberitahu bahawa harapannya sangat besar.

"Tengokkan anak aku Red." Terus Sarjan Hasan melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

"Menerima arahan Sarjan."

Tak sempat apa-apa, terus tubuh Red diterpa pelukan erat Zeera. Semua turun terkejut dengan kehadiran Red secara tiba-tiba.

Qarin yang memandang mula mengeluh berat. Saingannya di sini. Sempat wajah perempuan bernama Red itu dipandang dengan pandangan benci.

Dia benci Red.

***

TBC | 3 SEP

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now