5 | Kantoi

996 107 4
                                    

"QAID masuk bilik saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"QAID masuk bilik saya." Tak lama selepas itu muncul pembantunya.

"Ya Tuan Wais?" 

"Cari semua berita dari media sosial ataupun surat khabar. Tak kisahlah dari mana asalkan sahih tentang pengganas yang menyerang kawasan Yaman. Saya bagi masa seminggu cukup?" Serius nada Ayden memberi arahan. Kepala diangkat memandang Qaid.

"Tuan."

"Ya?" Panggilan

Qaid diam sebentar sebelum menyambung kembali.

"Boleh tak saya minta tempoh masa dua minggu?" Qaid mengangkat dua jari ke arah Ayden.

Terjongket naik kening Ayden. Tak pernah pernah Qaid pembantunya minta masa lebih dari yang dia beri.

"Kenapa?"

Tanpa ragu Qaid menjawab. "Anak saya demam."

"Anak?" Tinggi suara Ayden menyoal. Bila masa pula Qaid kahwin?

"Maaf Tuan tapi nanti saya story mory dengan Tuan. Jadi boleh dua minggu?"

"Saya pegang janji story mory tu."

"Baik Tuan Wais, saya minta diri dahulu." Serentak itu Qaid memusing tubuh dan berlalu keluar dari pejabat Ayden.

Lengan diregangkan sedikit. Habis bunyi kriuk kriak tulangnya. Lenguh punya pasal! Mata Ayden tertancap pada jam dinding yang menandakan 30minit sahaja lagi waktu untuk lunch.

Selalunya Marwah akan datang bersama anak-anak mereka tetapi semenjak Aryan sudah masuk sekolah, Marwah menyuruhnya makan tengahari di rumah sahaja. Selaku suami juga bapa mithali Ayden turutkan sahaja.

Seketika mata memandang ipad yang masih menyala. Paparan berita tentang Yaman diserang menghiasi screen ipadnya. Yang menjadi persoalan kini kenapa pengganas menyerang Yaman? Dan kenapa kota Yaman yang dipilih?

Ayden mengecilkan mata sebelum menghela nafas. Sejujurnya kembali terlibat dengan benda begini merupakan mimpi ngerinya. Kalau dahulu dia tak punya keluarga tetapi sekarang bagaimana Aryan dan Ayra sekiranya berlaku apa-apa pada Marwah? Dia sendiri tak punya jawapan.

Melepaskan Marwah juga bukan mudah dan sebagai seorang suami dia cukup kenal dengan sikap degil Marwah apabila berkata A maka harus dituruti A tersebut. Isterinya bukan wanita lemah tetapi Ayden risau jikalau terjadi apa-apa yang tak diingini, dia sendiri akan lemah tanpa Marwah.

Dan melepaskan Marwah pergi seolah melepaskan separuh nyawanya. Ayden mendongak sambil menyandarkan tubuh pada kerusi empuk tersebut sebelum dipusing menghadap cermin belakang yang memantulkan bangunan di kota.

Hanya ada satu cara yang membolehkan isterinya terlibat dalam misi kali ini. Perlahan Ayden lepaskan keluhan sebelum berdiri dan mencapai kunci kereta.

SARJAN Hassan. Lelaki berkumis dengan wajah garang. Kulit sawo matang dan sosok badan yang tegap juga tinggi menampakkan dirinya layak memegang jawatan sebagai seorang Sarjan biarpun sudah berusia pertengahan 50-an.

Itu maklumat hasil dari pencariannya. Lama juga tak hack biodata orang. Kali terakhir awal perkahwinan dahulu itu pun sebab pembantu peribadi suaminya sering menghantar email. Huh! Habis dia hack lepastu account semua dia delete. Padan muka!

"Umi... Kenapa dengan adik ni?" Aryan muncul dari tingkat atas bersama wajah masam.

"Kenapa apanya sayang?" Soal Marwah. Mata masih memandang laptop. Buat kerja kenalah clean dan bersih. Kalau tahu dek Wais habislah.

"Tengok baju Aryan ni umi. Basah lepastu bau busuk macam kencing abi."

Membulat mata Marwah dan terus memandang baju Aryan. Sah anak dara nakal tu buat hal! Lekas Marwah mengalihkan laptop dari riba dan berdiri. Nanti sahajalah dia tutup laptopnya.

"Aryan buka baju tu letak dalam bilik air. Lepastu tunggu umi turun. Tunggu tau?" Pesan Marwah sebelum berlalu naik ke tingkat atas.

Tadi dia biarkan Ayra dan Aryan bergolek di atas katil. Apa jadilah dengan katilnya. Habislah hancing! Hailah anak...

Pintu dipulas sebaik sahaja sampai di hadapan bilik. Susuk tubuh Ayra yang sedang bergolek atas katil sambil mengisap puting menyapa pandangannya. Tubuh montel Ayra diangkat. Punggung anaknya dipegang.

"Allahu, Ayra bocor ni sayang."

Ayra hanya tersenyum girang sambil menatap uminya.

"Nakal! Nak pakai pampers orang tua ke baru tak bocor Ayra? Sehari 10 keping pampers habis sebab awak bocor selalu. Umi bagi susu aje tau bukannya air coway!" Bebel Marwah sambil mencabut satu persatu butang baju Ayra.

"Cadar umi dan abi habis lencun dengan air awak ni. Itu belum cerita nak jemur tilamnya lagi."

Ayra hanya memandang dan tersengih. Mulut masih menyedut puting anti jongang yang dibeli oleh suaminya.

Akibat leka membebel bunyi enjin kereta si suami pun tidak disedari. Terlalu leka mencabut baju Ayra pun satu hal. Sejak bila pula butang ni susah nak cabut? Ke anaknya yang makin membuncit?

"Umi! Abi balik!" Laungan Aryan dari tingkat bawah membuatkan tangan Marwah berhenti dari mencabut butang baju Ayra.

Dia tak sempat tutup laptop lagi! Secepat yang mungkin tubuh Ayra dibogel lalu digendong. Kaki pula berlari anak ke tingkat bawah. Habis kalau Wais tahu.

Anak tangga terakhir dipijak. Sosok tubuh Wais yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang laptopnya membuatkan jantung Marwah berdegup laju. Keluhan dilepaskan. Terlambat. Air liur ditelan kelat.

"Biii!" Jerit Ayra sambil melentok sana sini mahu turun.

Tajam mata Wais memandangnya. Pandangan itu. Pasti suaminya marah. Marwah menggigit bibir sebelum berjalan ke arah Ayden. Tubuh Ayra kini beralih ke dalam dakapan Ayden.

"Kenapa bogel ni Ayra? Seksi! Nak kena babap ke?" Ayden sempat memandang Marwah sekilas.

"Umi! Badan Aryan dah gatal!"

Aryan! Terima kasih panggil umi sayang. Lekas Marwah bergerak ke dapur.

"Selesai urus Aryan saya tunggu awak di pejabat saya. Ayra saya siapkan."

***

TBC | 27 MAY

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now