9 | Zagha

1.2K 115 10
                                    

MALAM itu Marwah dan Zara masak bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu Marwah dan Zara masak bersama. Ada baki lima hari lagi sebelum mereka berangkat ke Yaman. Untuk sementara itu Marwah dan Ayden menumpang di rumah Zara dan Farhad.

"Anak kau ni nama apa dah?" Soal Ayden sambil mengangkat Zahra tinggi. Semangat betul tubuh anak Farhad. Bagi makan apalah.

Tiba-tiba teringat akan Ayra pula. Anak gadisnya pun boleh tahan semangat. Jari, perut, pipi semua muncit muncit. Abi rindu anak dara abi!

"Zahra. Yang lelaki pula Fahri. Jangan tanya bila nak tambah. Ada dua ketul ni pun dah cukup buat rambut aku beruban." Jawab Farhad sambil menyusun lego Fahri ke dalam bekas mainan.

Biasalah budak-budak. Tahu main aje, kemasnya tu kemas tapi lewat malam. Itu pun kena ugut tidur luar rumah baru nak kemas, kalau tidak sampai esok pagilah bersepah mainannya. Paling-paling Zara terpijak lepastu mengaum kat dia bukan anak-anak.

"Zahra awak ni gemuklah macam anak uncle." Selamba sahaja Ayden ucap sebelum Zahra mula tersebik-sebik.

"Zagha tak gemuklah!" Jerit Zahra sebelum meronta mahu turun dari dukungan Ayden.

"Eh maksud uncle comel. Zagha comel macam anak uncle." Sengaja Ayden meniru pelat Zahra sebelum menurunkan Zahra ke bawah.

Farhad yang mendengar hanya menggeleng kepala. Entah. Dulu tak pernah fikir pun dia dan Ayden ada di situasi begini. Punya keluarga. Punya anak-anak.

"Daddy! Acik ni kata Zagha gemuk!" Terkedek-kedek Zahra berlari ke arah Farhad apabila kaki menjejak tanah semula.

"Hmm betullah tu." Malas melayan. Orang perempuan banyak drama.

"Mummy!" Jerit Zahra sebelum berlari pula ke arah dapur. Bibir masih tercebik. Mata pula berair.

Ayden yang melihat hanya tergelak. Rindu Ayra. Kalau anak gadisnya besar sedikit nanti mesti berlari macam Zahra. Terkedek-kedek bawa lemak.

"Siap pun, haih!" Keluh Farhad sambil mengangkat bekas berisi mainan lalu diletak di dalam ruang bawah tangga.

"Baru kemas sikit dah mengeluh nampak?" Sindir Ayden.

"Buta agaknya aku kemas lima bekas besar tu. Ke dah tua makin rabun?" Farhad memberi jelingan tajam.

"Aii... Bercakap tak cermin diri. Kau tu lagi tua tahu?"

"Mampuslah."

Zahra yang baru muncul semula bersama botol susu berhenti melangkah.

"My! Daddy cakap mampush!" Laung Zahra kuat sebelum kembali lari ke ruang dapur semula.

"Itu baru mampus Had." Sakat Ayden apabila melihat wajah Farhad berubah cuak.

Tak lama selepas itu muncul Zara dari dapur bersama apron. Zahra pula didukung.

"Mana daddy? Berani dia ajar bukan bukan kat Zahra ya?"

"Tu my! Tu!" Tunjuk Zahra dengan tangan kanannya.

Farhad memandang Zara sebelum tersenyum. "Mana ada... Daddy cakap lainlah."

"Husband jangan nak menipu ya!" Sudip di tangan ditunjuk dengan wajah bengis.

Kelat air liur ditelan. Farhad memandang Ayden meminta tolong. Ayden hanya mencebik tanda tidak mahu masuk campur sebelum berdiri dan berlalu ke arah dapur.

Dari dapur sudah dengar pergaduhan suami isteri akibat perkataan mampus. Ayden gelengkan kepala sahaja. Padan muka. Dah tua pun tak jaga mulut!

Tubuh Marwah yang sedang mengacau sesuatu dia dalam periuk menyapa pandangannya. Tak tunggu lama bahu Marwah dicuit.

"Isteri saya masak apa malam ni?"

"Masak makanan." Balas Marwah selamba.

Ayden kemam bibir tahan diri dari berkata kesat. Nasib Marwah sekarang isteri dia kalau tidak mahu keluar segala carutan bermula huruf b.

"Saya nampak awak masak makanan yang, tapi saya tanya makanan jenis apa?"

"Kan saya kacau ni, mestilah jenis berkuah. Awak pun tanya macam tak ada deria bau kan? Tomyam! Saya masak tomyam."

"Ha cakaplah macam tu... Terasa kita tau awak acuh tak acuh."

Marwah julingkan mata. Senduk dilepas. Pipi Ayden dipegang lalu ditarik dekat dengan wajahnya.

"Saya masak tomyam ni Wais. Wais nak rasa?"

Bersinar mata Ayden. "Nak nak nak!"

"Tunggu bila dah hidang ya? Sekarang keluar dari dapur ni sebelum kak Zara nampak kita berdua." Pipi Ayden dilepas. Senduk dipegang semula.

Ayden kecilkan mata tanda geram. Berani Marwah mainkan perasaan teruja dia. Tak tunggu lama pinggang Marwah dipegang sebelum bibirnya menyinggah di tempat lembut.

Dek terkejut, senduk yang dipegang jatuh ke lantai. Membulat mata Marwah menerima ciuman di pipi.

"Wais! Kita kat rumah orang. Apa tak senonoh sangat ni."

"Benda halal. Tak luak."

"Keluar sekarang." Membara hati melihat wajah Ayden seolah tidak bersalah.

"Okeylah saya keluar tapi syaratnya urut dulu malam ni."

"No."

"Nanti kita kena puasa masa misi sayang..."

"No."

"Kat rumah orang."

"Saya tempah hotel?"

Marwah mendengus. Ayden tayang senyum sebelum tergelak kecil.

"Main main pun tak boleh... Garang! Saya suka." Bisik Ayden sebelum sekali lagi mencuri cium pipi Marwah dan lekas lekas keluar dari dapur.

"Wais!" Jerit Marwah geram.

***

TBC | 26 OCT

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now