11 | Kemunculan

582 66 6
                                    

KELENGKAPAN disediakan serapi yang mungkin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELENGKAPAN disediakan serapi yang mungkin. Kesemua anggota Police Detective sudah sedia mempersiapkan diri dengan apa jua yang akan berlaku. Biar mati biar hidup, semua itu akan mereka tanggung.

"Siapa lagi yang akan ikut misi kali ini?" Soal Qarin apabila sebuah beg persiapan lengkap dibuat tanpa anggotanya.

Setiap ahli diberi sebuah beg berisi makanan tin, alatan berlawan dan juga pistol dan peluru. Selebihnya mereka perlu siapkan sendiri seperti baju dan sebagainya.

"Kau akan tahu nanti." Itu sahaja jawapan Farhad sambil menggilap senjata kesayangannya.

Zara dan Marwah hanya tersenyum. Siapa lagi kalau bukan..

Sosok tubuh Ayden yang segak berseluar loreng askar dan berbaju t-shirt hitam mula masuk ke dalam kapal terbang peribadi itu. Spek mata hitam ditanggalkan sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya.

Kesemua di situ mula terkesima. Mahu Salman, Zeera atau Hilman masing-masing melongo terkejut. Bukankah Ayden sudah mati. Identiti Ayden di negara ini sudah mati dan disahkan.

Jadi di hadapan mereka ini siapa?

Manakala pasangan kembar itu pula tidak tunggu lama terus mengeluarkan pistol mengacu ke arah Ayden. Bagi mereka Ayden itu adalah penjenayah yang paling licik bersama kumpulan Organisasi Hitam.

"Woah sabar sabar. Apa ni?" Ayden terkejut. Tangan terus terangkat apabila dua muncung pistol betul-betul berada di depannya.

"Macam mana kau boleh ada di sini? Apa agenda kau?" Soal Qarin tegas.

Tiba-tiba Farhad meledakkan tawa. Zara dan Marwah hanya tersenyum. Begitu juga Kapten Hanif yang sudah sedia maklum bahawa Ayden akan turut serta dalam misi ini.

Sehebat Ayden, sehebat itu juga permikiran Kapten Hanif. Mereka tiada bezanya, liciknya berbisa.

"Kau nak tahu kenapa polis negara ni tak maju? Sebab anggota macam kau." Selamba sahaja Ayden mengutuk sebelum menyilang kakinya.

Qarin dan Darin terus menurunkan senjata mereka. Keduanya tersentap sendiri apabila disindir oleh Ayden.

"Kalau kau polis yang cekap, kau akan terus tembak aku sebab bagi kau aku ni penjahat kan? Jadi untuk apa kau tanya agenda aku. Just shoot!" Sekali lagi Ayden memberi ayat tajamnya sebelum memandang isterinya dan tersenyum.

Semua yang berada di situ hanya diam mendengar kata sinis Ayden. Mereka tak dapat menolak kerana itu benar.

"Sudah, duduk. Perkenalkan ini Wais Ayden. Dia akan turun padang bantu kita. Aku harap kita dapat jalankan misi ni bersama." Putus Kapten Hanif sebelum Qarin dan Darin kembali mengambil tempat duduk mereka.

Salman yang melihat wajah Qarin yang berubah, terus sahaja menggenggam tangan Qarin. Menyalurkan kekuatan dan pujukan.

"Sebelum kita berangkat aku akan bahagi peranan masing-masing. Jejak kasih kemudian. Faham semua?"

"Roger Kapten!" Ucap mereka semua kecuali Ayden. Apa dia cuma tolong je, bukan kumpulan mereka pun.

Farhad dan Zara akan menjadi pembantu bagi misi ini. Ketua pula akan dipegang oleh Kapten Hanif. Zeera dan Hilman akan memegang peranan penyerang sebagai sayap hadapan bersama Kapten Hanif. Berikutan itu Salman akan menjadi pertahanan mereka manakala Qarin, Darin dan Red memegang hacker sebagai peranan bagi mencari dan menggali maklumat.

"Aku tak nak peranan. Aku ada cara aku." Sampuk Ayden mendiamkan Kapten Hanif yang sedang berbicara.

"Berlagak kau ya?" Balas Farhad sambil menolak bahu Ayden.

Ayden mengangkat anak jarinya mewakili jari tengah.

"Ini misi. Aku ketuanya. Kau perlu dengar dan ikut aku, faham?" Tegas Kapten Hanif.

"Busuklah mulut kau. Cakap biasa je tak payah makhraj sangat. Aku nak dengan isteri aku je." Ayden menjeling Kapten Hanif.

Salman dan yang lain berkerut. "Isteri?" Soal Salman.

"Eh kau orang tak tahu ke? Ni aku kenalkan isteri kesayangan aku, R to the E to the D RED!" Selamba Ayden sambil tangan naik memeluk bahu Marwah.

Zeera yang terkejut terus menggelibas menepuk Hilman. Macam mana boleh Red dan Ayden? Like bila mereka bercinta dan berkahwin?

"Ringkas, aku suka Red. Aku kahwin. Aku buat anak. Aku ada dua orang anak. Aku bahagia."

Terkejut Marwah apabila Ayden berkata tanpa tapis. Allahuakbar suami siapa ni? Malu sungguh!

"Dah dah lah jejak kasih. Jangan nampak bodoh Ayden, kita tengah serius." Tegur Zara yang dari tadi hanya berdiam diri.

"Laki kau pun bodoh masalahnya." Kutuk Ayden sebelum memandang Farhad.

Farhad yang dari tadi duduk diam terus mengangkat jari tengah sebelum telinganya ditarik oleh Zara.

"Kita akan berlepas dalam masa 15 minit dari sekarang. Aku nak minta Salman ketuai bacaan seperti biasa."

Salman hanya mengangguk sebelum memulakan ucapan Bismillah. Semua terus menadah tangan sebelum mengaminnya beramai-ramai.

"Akhir kata, aku tak menjaminkan kita pulang dengan nyawa tapi aku berani pertaruhkan diri aku untuk nyawa kau orang." Berat sekali nafas Kapten Hanif mengucapkan itu. Mereka amanahnya, dan dia ketuanya.

"Roger Kapten!" Ucap semua kecuali Ayden.

Hanya diam namun ayat Kapten Hanif membuatkan hatinya dihurung rasa tidak enak. Saat kapal terbang mereka mula berlepas, wajah Marwah dipandang lama.

Jika Kapten Hanif merasa mereka ini amanah buat dirinya, maka Marwah pula adalah amanah Allah untuknya.

***

TBC | 3 SEP



Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now