6 | Terakhir

996 107 8
                                    

AYDEN membuka baju jubah di badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYDEN membuka baju jubah di badan. Ayra yang sudah dia siapkan kini sedang bermain di atas karpet berbulu Marwah. Itu kalau bocor lagi memang mengamuk isterinya. Kini hanya tinggal seluar track yang membaluti tubuh.

"Ayra, abi nak mandi ni. Ayra jangan naik atas katil okey?" Entah faham entah tidak si Ayra tu.

"Cey," kira fahamlah tu. Okey pun bunyi belakang je. O pula entah hilang ke mana tak tahu. Kepala Ayra digosok sebelum berlalu ke tandas.

Tak lama, dalam 10minit sahaja dia sudah selesai. Keluar sahaja dari tandas terlihat susuk tubuh Marwah yang sedang mencabut cadar katil. Nak tolong tapi tengah mood marah jadi buat-buat tak nampak ajelah.

Ayden bergerak ke arah wardrobe. Baju t-shirt biasa dan kain pelikat dicapai. Nampak gaya memang petang ni dia tak masuk office kalau dah masam muka begini.

"Wais saya dah masak makan tengahari. Nanti siap pakai baju turun makan tau?"

"Hmm." Itu sahaja balasan Ayden. Sempat mata mengerling Marwah. Bibir Marwah muncung ke depan tanda tidak puas hati.

Ayden sembunyikan senyuman. Comel.

"Siapa suruh dia sorok itu ini. Kita carilah sendiri, itu pun nak marah." Omel Marwah sambil menepuk bantal setelah selesai disarung dengan sarung baru.

Geli hati Ayden dengar omelan Marwah. Muka pula macam tertelan ubat batuk. Berkerut tapi auranya berangin betul!

"Amboi bercakap macam kita ni pekak," balas Ayden.

"Oh ada orang rupanya." Bidas Marwah.

Ayra di lantai memandang ke kiri ke kanan sambil menghisap puting anti jongang. Tangan pula ditepuk kuat seolah seronok dengan situasi tersebut. Ya seronok sebab abi tidur luar nanti.

"Jom Ayra turun bawah. Umi masak bubur ayam! Nanti makan bubur banyak banyak tau? Berak busuk pun tak apa jangan kencing merata sudah. Faham Ayra?" Tubuh debab Ayra digendong.

"Ham mi!" Semangat Ayra menjawab.

Ayden sekadar mencebik. Ceh orang dah bersihkan Ayra tak cakap pun terima kasih. Paling kurang bagilah hadiah kat pipi ke dahi ke? Hmp!

***

AYDEN memusing kerusi pejabatnya memandang Marwah sebaik sahaja bunyi pintu ditutup. Pejabat yang dia maksudkan hanyalah pejabat mini di rumah.

"Duduk." Arah Ayden.

Lekas Marwah menarik kerusi dan duduk berdepan Ayden. Wajah si suami dipandang sekilas, garang!

Ayden berdehem. "Seronok ke main hack orang sesuka hati?"

"Bolehlah seronok." Jujur Marwah. Lepas gian kot.

Membulat mata Ayden. Amboi ingatkan buat muka garang ni Marwah takut tapi makin jujur adalah.

"Saya tanya sekali lagi seronok ke tak Siti Marwah?"

Marwah bungkam. Wajah ditunduk. Nak jawab apa lagi? Dia dah jujur kot tadi.

"Seronok Wais Ayden." Yakin!

Ayden hela nafas. Bebal juga dia tanya Marwah benda yang memang Marwah suka. Tubuh disandarkan pada kerusi.

"Awak betul-betul nak join misi tu?"

Terangkat kepala Marwah. "Nak." Mata bulatnya bersinar.

Minat. Kalau soal minat semua orang sanggup buat apa-apa sahaja walaupun tahu akan risikonya. Tangan naik memicit kepala. Lepaskan Marwah bukan senang tapi dia tak boleh halang minat dan kehendak Marwah.

"Tapi awak tak kesian ke dengan Aryan dan Ayra?"

Wajah ceria Marwah kembali suram. Tipulah dia tak fikir pasal anak-anak. Bagaimana Aryan kalau dia tak ada? Siapa nak uruskan pakaian sekolah Aryan? Dan Ayla pula masih kecil, masih dalam tempoh tumbesaran yang memerlukan sokongan ibubapa.

"Ibu mana sanggup tinggal anak Wais?"

Ayden terdiam.

"Tapi saya kena balik Wais, demi rakyat kita yang tersekat di sana. Andaikata saya abai permintaan mereka, nasib keluarga mangsa macam mana? Awak sanggup tengok kematian mereka dalam genggaman pengganas tu? Saya tak nak. Saya janji Wais, ini yang terakhir."

Diam. Ayden hanya diam tidak membalas. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus. Mata merenung Marwah. Ini yang terakhir.

"Bawa saya sekali dalam misi ni." Kata putus Ayden.

Terkejut Marwah sebelum merenung tajam Ayden.

"Tak boleh. Mereka tak tahu awak masih hidup. Kita pun tak tahu keadaan Malaysia sekarang macam mana, entah entah bekas ahli Organisasi Hitam masih cari awak. Lagipun syarikat tak ada orang yang uruskan."

"Marwah, ini bukan soal negara awak sahaja tapi negara saya juga. Pasal ahli OH tu mereka tak aktif dah. Syarikat pula akan diurus oleh Qaid pembantu saya. Anak-anak saya akan hantar ke rumah Qaid memandangkan dia dah berkahwin. Jelas?"

Marwah tidak membalas sepatah pun sebaliknya hanya menggangguk sebelum berdiri meluru ke arah Ayden. Tubuh suaminya dipeluk erat. Bulat mata Ayden menerima pelukan rawak Marwah.

"Saya janji ini yang terakhir. Saya janji akan behave."

Ayden terkedu apabila bibirnya ditindih lembut.

"Tanda terima kasih sebab uruskan Ayra tadi."

Lebar senyuman Ayden sebelum memeluk Marwah sekali lagi. Ya Allah lindungilah isterinya. Ini misi yang terakhir.

"Laporkan kepada Zara yang awak akan balik tapi jangan beritahu saya ikut."

"Oh pandai nak buat kejutan!" Marwah kecilkan mata lalu mencuit hidung Ayden.

"Mestilah, Wais Ayden kan?" Kening dijongket ke atas tanda bangga.

"Iyalah Wais Ayden saya." Gelakan mereka terletus sebelum keduanya diam. Marwah sandarkan kepada pada dada Ayden.

"Lajunya." Tegur Marwah dan mendongak memandang Ayden.

"Jaranglah tak laju dengan Siti Marwah."

Pap! Dada Ayden ditampar perlahan. Mengada lagi!

"Aduh sakitlah dada kita. Pukul dada awak kang!"

"Wais! Apa cakap macam tu..." Jelingan diberi.

"Aseef sayang." Rambut Marwah dibelai manja.

Keduanya kembali diam melayani perasaan.

"Saya sayang awak Marwah,".

"Hmm." Balas Marwah.

"Balaslah." Dahi Marwah dijentik.

"Tsss sakitlah! Suami kita bayar zakat tau." Marwah mencebik geram sambil mengusap dahinya.

"Oh iya? Sayang tak suami awak tu?" Layan sahajalah isterinya.

"Sayang ada, cinta ada, kasih ada, semua ada! Nanti saya nak cakap terima kasih kat suami saya sebab selalu ada dengan saya. Eh awak kenapa terharu? Awak bukan suami sayalah."

Ayden menarik hidung Marwah akibat geram. Berani main-mainkan dia?

"Goodluck Marwah untuk misi terakhir kita." Dahi dan hidung Marwah dikucup sebagai ubat. Comel je Marwah dengan dahi merah begitu juga hidung akibat perbuatannya.

"Awak pun Wais."

***

TBC | 28 MAY

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now