7 | Perpisahan

1K 116 3
                                    

BEG pakaian Aryan dan Ayra diberi kepada Qaid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG pakaian Aryan dan Ayra diberi kepada Qaid. Rumah Qaid nampak simple sahaja tapi cukup sejuk mata untuk memandang. Di mana-mana ada lukisan dan perasan juga ada tandatangan yang sama pada hujung lukisan. Tak lupa juga lukisan khat Al-Quran seperti surah-surah pendek.

"Abi kenapa kita datang sini?" Aryan yang sedang berdiri di sisinya mendongak.

Ayden pantas berlutut. Bahu anak terunanya dipegang. Beratnya rasa nak berjauhan dengan anak. Nafas dihembus.

"Aryan. Mulai harini Aryan akan tinggal di sini dengan Ayra. Aryan kena tengok adik. Aryan dan Ayra kena tunggu abi dan umi. Abi dan umi ada work kat luar."

Terkebil-kebil mata bulat Aryan memandang cerminan dirinya. "Abi sayang Aryan dan Ayra. Abi minta sangat Aryan behave. Boleh sayang?"

"Abi dengan umi nak pergi mana? Bawalah Aryan dengan Ayra. Kami janji tak nakal. Aryan takkan intai abi mandi dah. Betul abi..."

Qaid dan Mariam yang mendengar tergelak kecil. Telatah Aryan menghiburkan mereka. Marwah pula sibuk memujuk Ayra yang tidak mahu melepaskan genggaman di baju.

"Abi ada work sayang. Sekejap je, abi janji. Erm nanti balik kita pergi bercuti? Aryan cakap je nak pergi mana, abi bawa." Rambut lebat Aryan diusap. Harap sangat umpannya mengena.

Lama Aryan diam. Mata anaknya memandang sekeliling rumah sebelum mencebik. Ayden mula gelabah, janganlah menangis!

"Boleh! Aryan nak jumpa Fahri dengan Zahra. Kita bercuti sama-sama lam hutan."

"Boleh. Untuk Wais Aryan semua boleh. Tunggu abi dengan umi balik. Aryan tengok adik selalu tau?"

Hidung mancung Aryan dicuit sebelum menarik tubuh anaknya ke dalam dakapan. Diusap belakang badan Aryan.

"Aryan akan jadi abang yang hebat!"

Tersenyum lebar Ayden mendengar perkataan hebat itu.

"Lebih dari hebat pun Aryan mampu sayang."

Hampir sejam dia memberi amanah besar pada Qaid untuk menjaga kedua permatanya dan juga syarikat. Kini Aryan dan Ayra sudah pun terbongkang tidur di tengah ruangtamu. Perangai tak malu macam bapak dia.

"Saya amanahkan mereka pada awak Qaid. Saya percayakan awak. Secalit kesan luka, seribu calar balar saya balas. Saya dah bankin duit ke akaun awak. Sepanjang mereka di sini, guna duit itu. Soal syarikat pula saya letakkan kepercayaan kepada awak. Pegang amanah ini sampai saya balik." Tangan mereka berjabat. Ayden memandang mata Qaid. Dia letakkan amanah besar ini pada Qaid.

"Saya cuba yang terbaik Tuan Wais." Senyuman Qaid lempar. Bukan main tangannya digenggam kuat.

Perlahan Ayden melepaskan tangan Qaid dan menarik orang kepercayaannya ke dalam dakapan.

"Tahniah dah kahwin. Padanlah awak tak bagitahu saya. Buy 1 free 1. Comel anak awak macam nama dia Iman."

"Benda elok tak baik lambat-lambat. Jaga diri Tuan saya segan nak cakap tapi saya sayang Tuan."

Ayden meleraikan pelukan. Sebelum tawanya terhambur.

"Awak sayang saya rupanya. Haih tak sangka awak dah besar siap jadi bapa orang. Rasa macam semalam awak menangis tak tentu arah."

"Qaid menangis? Bila?" Tegur Mariam isteri Qaid.

Cuak muka Qaid. Aduh aibnya! Ayden sekadar senyum sambil menggeleng kepala.

"Dah?" Soal Ayden pada Marwah yang hanya diam dari tadi.

Marwah mengalihkan pandangan. Mata setia memandang wajah polos Aryan dan Ayra yang sedang tidur lena. Berat sangat rasa ni. Mereka tak pernah berjauhan. Dari Aryan lahir, tak ada sehari pun hidupnya tanpa Aryan. Begitu juga Ayra.

Melihat Marwah yang masih berdiam membuatkan Ayden mendekatinya. Dipeluk bahu Marwah dan diusap lembut. Dia faham perasaan itu.

"Kalau macam ni, tak jalanlah misi kita Yang..."

Tersentak. Marwah kembali ke dunia realiti. Senyuman kelat diberi. "Lagi lama kita kat sini, lagi susah saya nak lepaskan mereka."

"Kuat sikit. Suami kacak awak ada. Anggap ini honeymoon yang menyeronokkan! Mungkin sedikit bahaya tapi selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu."

Ayden memimpin tangan Marwah ke muka pintu. Qaid dan Maryam turut ikut. Di situ mereka bersalaman. Maryam yang tidak tahu ke mana Ayden dan Marwah pergi hanya memesan hati-hati.

"Ada jodoh, kita jumpa lagi."

Kereta yang dipandu oleh pemandu mula bergerak ke lapangan terbang. Ayden setia memegang tangan Marwah. Dia tahu jauh tersudut dalam hati Marwah, rasa sedih dan hiba mula bertandang. Perlahan tangan Marwah diusap.

"Janganlah sedih sedih. Nanti tak comel macam selalu..."

"Saya takut tak boleh kawal rasa rindu pada anak-anak Wais."

"Tak apa kalau awak rindu Aryan dan Ayra, saya ada. Awak boleh lepaskan rindu tu kat saya."

Tak semena Marwah mencubit perutnya.

"Aduh! Kasarnya Red saya ni." Usik Ayden sebelum tertawa.

"Wais!"

Mata bulat Marwah membuatkan Ayden tertawa besar. Perlahan pegangan tangan dilepaskan sebelum menarik bahu Marwah ke arahnya.

"Kita akan balik jumpa anak-anak. Itu janji saya okey?" Dahi Marwah dicium sebelum bahu Marwah diusap.

Marwah sekadar menghadiahkan senyuman sebelum mengangguk kepala. Mereka akan pulang demi Aryan dan Ayra.

***

TBC | 3 AUG

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now