13 | Mereka

513 41 5
                                    

BUNYI bising dari tingkat bawah membuatkan kaki Khalid melangkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI bising dari tingkat bawah membuatkan kaki Khalid melangkah. Mahu melihat keadaan tersebut.

"Aku tak nak!" Suara wanita itu kuat menengking.

Hamzah tersenyum sinis, tangan naik menampar wajah wanita tersebut berulang kali. Pantang sekali jika ada wanita yang cuba memberontak. Dia lelaki, dia berkuasa.

"Serra! Buat sahaja, jangan melawan." Rayu Diyan. Tak sanggup dia mahu melihat Serra dibantai dan dipukul begitu. Serra satu-satunya sahabat dia.

"Dengar tu perempuan, dengar apa kawan kau cakap. Atau kau nak nasib kau sama macam yang lain?" Hamzah memandang sekilas ke arah kanannya.

Mayat yang sudah menjadi bangkai. Mayat rakan sekerja mereka yang memberontak dan akhirnya dibunuh kejam lalu mayatnya dibiar begitu sahaja sehingga membusuk.

"Tugas aku melatih kau orang semua! Aku tak peduli kau lelaki atau kau perempuan. Aku mahu kalian semua bersama kami berjuang! Misi kita membangunkan South Houth!" Lantang suara Hamzah menggegarkan seisi ruangan tersebut.

Semua tahanan mula menggigil. Mereka sudah lama bertahan. Mereka sudah lama bersabar. Tenaga mereka dikerah. Lelaki dijadikan alat uji seperti binatang. Wanita dibaham habis-habisan oleh mereka yang dipanggil South Houth tanpa belas ehsan.

"Kenapa kami..." Perlahan Serra menyoal. Tangan digenggam erat. Marah, geram, sedih, semuanya bercampur aduk. Dadanya bagai mahu pecah menahan semua ini.

"Kenapa kami!" Tengking Serra kuat. Bergegar seluruh tubuh. Tak peduli sudah pergelangannya yang sakit digari besi. Hatinya tak tertahan.

Sekali lagi Hamzah bertindak menampar wajah Serra sehingga bibir wanita itu pecah. Darah yang mengalir membuatkan Hamzah tersenyum sinis.

"Kau memang nak mati Serra. Aku cukup pantang wanita yang tinggikan suara." Senyuman Hamzah hilang. Digantikan dengan mata yang tajam memandang Serra. Tak ubah seperti harimau yang memandang mangsanya.

"Biar aku mati! Aku lagi rela mati dari dipijak lelaki binatang seperti kau! Aurat kami dibuka, maruah kami diragut, akidah kami hilang, kewajipan kami tak kesampaian! Aku lebih rela mati dari hidup dan dialatkan oleh orang orang seperti kau orang!"

"Manusia keji dan jijik! Nama Hamzah tak sesuai dengan diri kau! Nama Hamzah digelar Singa Allah, tetapi kau hanya singa kepada tuan kau yang juga manusia keji! Bunuh aku, aku rela. Bunuh!" Jangan bermain kata dengan orang yang berilmu. Serra seorang pelajar agama yang kini diarahkan mengajar di negara Yaman namun dengan identitinya sebagai orang Malaysia, dia diculik dan dipaksa mengikut kumpulan ajaran sesat ini.

Hamzah yang sudah tiada sabarnya terus mengangkat pistol tepat di dahi Serra. Dalam kiraan tiga, dua, satu..

"Cukup Hamzah." Suara garau itu membuatkan Hamzah terus menoleh.

"Wanita ini sungguh tiada adabnya Ya Khabib! Dia menghina kumpulan kita, dia menghina saya dan juga Khabib sendiri!" Tangan Hamzah masih statik. Tinggal menarik picu, maka tamat riwayat wanita bernama Serra.

"Kau ingkar arahan aku Hamzah?" Tenang suara Khalid menyoal.

Perlahan-lahan Hamzah menurunkan tangannya. Serra dipandang bagai mahu tembus.

"Maaf Ya Khabib, ampunkan saya. Sungguh keberkatan hidup saya dalam utusan Ya Khabib." Hamzah berundur setapak.

Khalid hanya tersenyum. Hamzah, pengikut setianya. Hamzah juga orang kepercayaannya jika hendak dibandingkan dengan ahli yang lain.

"Syurga buatmu Hamzah, syurga." Khalid menepuk perlahan bahu Hamzah.

Wajah Serra dipandang. Cantik. Pipi Serra dielus, lembut sekali kulit wanita ini biarpun dikerah habis-habisan berlatih seni pertahakan diri.

"Serra, nama yang cukup indah." Mata Khalid memandang rambut Serra sebelum perlahan-lahan melihat tubuh badan Serra. Bibir dijilat.

Sentuhan itu membuatkan Serra memalingkan wajahnya. Sungguh maruahnya dipijak.

"Kau perempuan yang berani Serra, akan aku beri syurga untukmu." Khalid tersenyum. Senyuman misteri.

"Bawa dia ke bilik aku." Arahan Khalid membuatkan Serra meronta-ronta.

Dia tahu apa yang akan terjadi. Hampir kesemua wanita di dalam tahanan ini dirosakkan oleh lelaki tadi yang mereka panggil Ya Khabib. Adakah kali ini giliran Serra. Dia tidak sanggup. Demi Allah dia tidak rela.

"Lepaskan aku! Lepas!" Ronta Serra kuat.

Hamzah menarik tubuh Serra. Tangan dan kaki Serra diikat dengan rantai besi, tak mungkin wanita ini dapat melepaskan diri. Hamzah mendekatkan bibirnya di cuping telinga Serra.

"Apa kau tak dengar? Ya Khabib akan bawa kau syurga. Kau pasti akan rasa sesuatu yang puas." Hamzah tergelak sambil mengheret tubuh Serra naik ke tingkat atas.

Jeritan Serra langsung tidak mengganggu Hamzah.

"Serra..." Rintih Diyan perlahan bersama linangan air mata. Dia tidak seberani Serra. Dia juga sudah pernah ditiduri lelaki durjana yang dipanggil Ya Khabib itu.

"Serra.. maafkan aku. Maafkan aku." Tangisan Diyan pecah kuat.

***

TBC | 21 Nov

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now