8 | Memalukan

851 96 4
                                    

MALAYSIA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MALAYSIA

Sekali lagi perjumpaan dibuat. Kali ini General Hasan sendiri turun padang menyertai perjumpaan mereka. Qarin sudah sedia segala maklumat yang amat. Dia tidak mahu General Hasan memandangnya kurang dari wanita bernama Red.

"Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Sekali lagi kita berjumpa dan hari ini seperti semua tahu kita ada tetamu. General Hasan." Farhad menunjuk ke arah Sarjan Hassan sebelum kesemua di situ tabik hormat.

"Teruskan agenda kita hari ini Leftenan." Tegur suara tua General Hasan.

"Baik General. Jadi ada sesiapa yang nak bentang dahulu? Hmm Qarin?"

"Ada Leftenan! Sekejap." Qarin mula menekan sesuatu di keyboard laptop sebelum screen terpancar dan semua dapat melihatnya.

"Jadi hasil siasatan rakyat yang kononnya menggunakan wajah si mati saya sudah kenal pasti."

Slide ditekan. Terpampang tiga wajah asli dan wajah si penipu.

"Saya dan Darin ke rumah mangsa untuk kenal pasti sendiri. Dan sahih ketiga-tiga pemilik wajah asli sudah tiada."

"Keluarga mangsa ada tunjuk apa-apa bukti yang meyakinkan?" Soal Zara. Musuh mereka licik, mungkin lebih licik dari OH.

"Sijil si mati dan kubur. Orang kampung di situ juga sudah cukup yakinkan saya bahawa si mati memang sudah meninggal."

Zara mengangguk. Berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Baik, continue." Arah Farhad yang masih merenung tajam slide di hadapan.

"Cuba kita lihat persamaan wajah dari mata kasar memang sama tapi sebenarnya ada beberapa yang berbeza. Misalnya mangsa pertama mempunyai tahi lalat di bahagian pipi kiri tetapi si peniru tidak. Mangsa kedua pula mempunya warna mata berbeza berbanding si peniru manakala mangsa ketiga tidak mempunyai kesan parut di kening seperti si peniru."

"Tetapi kematian si mangsa semuanya pada hari yang sama namun tahun yang berbeza. 13 oktober 2014. 13 oktober 2016. 13 oktober 2018."

Semua di situ mula mengerut dahi. Kenapa tarikh itu? Sudahlah beza dua tahun.

"Punca kematian si mati semua tidak dapat dikenal pasti. Dari keluarga si mati, mereka cuma beritahu ketiga si mati pernah berkerja di luar negara, Yaman."

"Kesimpulan yang dapat saya simpulkan mereka sebenar kenal dan tahu tentang kewujudan Houth. Bagi menutup mulut, mereka dibunuh. Itu sahaja keterangan dari saya tentang si mangsa."

Deheman Sarjan Hassan membuatkan semua mata memandang.

"Saya tak nampak apa-apa isi yang boleh bantu kita dalam tumpaskan Houth. Si penyamar sengaja menyamar wajah si mati untuk apa?" Soalan General Hasan membuatkan Qarin terdiam.

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now