12 | Tiba

337 43 4
                                    

AYDEN menggeliat sebaik sahaja kapal terbang mereka mendarat di kawasan padar pasir luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYDEN menggeliat sebaik sahaja kapal terbang mereka mendarat di kawasan padar pasir luas. Ya ya mereka perlu berjalan di padang pasir ini sebelum seludup masuk ke kawasan Yaman menggunakan jalan rahsia.

"Dalam masa dua minggu, aku tunggu sini." Itu sahaja ucapan kapten yang membawa kapal terbang tentera itu sebelum terus berlepas meninggalkan mereka.

"Macam tu aje, kerek!" Kutuk Farhad.

Kapten Hanif berdiri di hadapan. Peta kecil yang dikaji dibuka. Kini mereka berada di kawasan A1.

"Sekarang kita berada di kawasan A1. Tujuan kita untuk masuk ke kem South Houth yang terletak dia D1. Jadi akan ada tiga checkpoint untuk kita lepasi sebelum tiba di D1." Beritahu Kapten Hanif.

"Berapa lama akan sampai?" Soal Hilman sebelum memakai spek mata hitam. Teriknya tak dibuat buat!

"Aku rasa 2 ke 3 hari betul tak?" Teka Darin.

Kapten Hanif menggeleng. "Kita akan sampai dalam masa 5 jam dari sekarang."

"Gila ke? Padang pasir ni luas kot. Nak mampus kalau berjalan!" Ayden menjeling Kapten Hanif.

"Eh bodoh, tu apa?" Farhad memuncungkan mulut ke arah jalan di belakang mereka.

"Jadi memang berjalan kan?"

Farhad berdecit geram. Ayden ni bila dah jadi bapa bapa auto buta agaknya. Tangan terus menarik telinga Ayden memandang ke arah bahu jalan.

"Guna kereta bangang."

Terus membulat mata Ayden. Jadi mereka akan racing! Ini yang tak sabar ni. Terus lengan Marwah ditarik menuju ke arah salah sebuah sport car.

"Aku belum habis lagi Ayden." Tegas nada suara Kapten Hanif.

Terus terhenti langkah kaki Ayden. Kepala menoleh memandang Kapten Hanif.

"Aku tahu semua yang ada dalam kepala kau. Kau nak kami berlakon jadi ahli bangsawan dan masuk ke dalam kawasan Yaman tanpa ada masalah. Kemudian Khalid akan tertanya siapa kita, dan tertarik untuk hasut kita bergabung dan support kumpulan syiah mereka." Lancar sahaja Ayden menerangkan semuanya.

"Sebab kau tahu aku ahli bangsawan Kapten Hanif. Untuk itu aku perlu ada dalam misi ni bagi kaburkan mata mereka." Ayden memutar mata ke atas sebelum terus menarik Marwah bergerak ke arah sebuah kereta sport car.

Kapten Hanif pula terdiam. Semua. Semua yang Ayden katakan betul belaka. Atas dasar itu mereka turut perlukan Ayden memandangkan Ayden mempunyai nama di negara Arab ini. Ah lupa. Ayden itu geliga, pasti sudah dapat mengagak semua plannya.

"Well bro, sorry tapi otak Ayden tu tak adalah bodoh sangat. Jom wife!" Sempat Farhad menepuk bahu Kapten Hanif dan tersenyum sinis sebelum mengikut jejak langkah Ayden.

Semua yang berada di situ memandang ke arah Kapten Hanif meminta penjelasan sama ada itu adalah plannya atau tidak.

"Haih, macam kau orang dengar. Proceed plan itu." Keluh Kapten Hanif dan terus bergerak mengambil sebuah sport car.

"Roger Kapten!" Jawab mereka semua sebelum bergerak memilih kereta sport masing-masing.

Terdapat dua jenis kereta yang disediakan iaitu Aston Martin DB11 dan AddArmor Audi RS7. Kedua dua ciri kereta bercirikan kalis peluru namun AddArmor Audi RS7 memiliki kepantasan yang tinggi. Semuanya disediakan oleh pihak atasan atas permintaan Kapten Hanif.

"Hanif lead jalan." Arah Ayden sesuka hati sebelum memasuki kereta Audi RS7 bersama Marwah.

Kapten Hanif hanya menjeling. Dia menaiki kereta bersama Darin. Hilman bersama Zeera begitu juga yang lain bersama pasangan masing-masing. Mujur sahaja semua mengekalkan prestasi semasa bekerja. Jika diikutkan, pasangan yang berkahwin perlu diletakkan dalam kumpulan yang berbeza.

"Kita macam pergi honeymoon kan yang? Anak-anak pun tak ada hihi." Seronok Ayden sambil memandang Marwah di sebelah.

"Banyaklah honeymoon awak, ini to the moon terus kalau kita leka sikit." Seloroh Marwah sebelum tersenyum.

"Awak rasa sekarang anak-anak tengah buat apa?" Marwah memandang Ayden. Rindunyaaa...

Ayden menoleh seketika sebelum kembali memandang hadapan. Ayra tu sudahlah nakal walaupun kecil, kalau Aryan pula...

Terdiam Ayden.

***

"ARYAN! Allahuakbar astagfirullah..." Mengucap panjang Qaid apabila melihat Aryan berlari ke sana ke mari sambil memegang lampin berisi taik Ayra.

Tadi sempat Maryam menukar lampin Ayra dan menyuruhnya buang tapi entah macam mana lampin itu lesap. Tiba-tiba sahaja dia melihat Aryan sudah berlari sambil bersorak horaaa horay. Perangai bapak kau lah tu.

"Aryan, dengar tak ni? Sini bagi balik lampinnya. Busuk nanti sayang," hampir mengalah Qaid mengejar langkah Aryan.

"Kenapa ni abang?" Muncul Maryam bersama anak mereka, Qaid Ilyas.

"Mar tolong abang, Mar. Abang tak larat dah nak kejar si Aryan ni. Ini ruangtamu kita pun dah bau apa dah sebab dia lari sambil bawa lampin taik Ayra." Berair mata Qaid meminta pertolongan Maryam sebelum Maryam lepaskan gelakan.

"Ya Allah hahahahahah, dah abang pegang Ilyas biar saya handle Aryan." Ilyas yang sedang menggigit mainan bayi memandang babahnya sebelum tersenyum.

"Okey, Yas sini kat babah." Tangan didepa ke arah Ilyas. Terloncat suka anaknya dalam dukungan apabila dia mengambil Ilyas dari Mariam.

Tidak sampai seminit Maryam muncul bersama lampin milik Ayra yang tadinya Aryan bawa.

"Aik sekejapnya?" Tegur Qaid.

"Budak-budak, bukan susah mana pun abang." Balas Maryam sebelum berlalu ke ruang dapur mahu membuang lampin Ayra.

Qaid mengerut dahi. Bukan susah mana? Dah aku tadi minta bukan main baik tak nak pun dibagi! Aryan yang muncul dan duduk disebelahnya dipandang.

"Aryan." Panggil Qaid.

"Ya uncle, kenapa?"

"Kenapa tadi uncle minta lampin tu, Aryan tak bagi?"

Aryan tergelak sambil menekup mulut.

"Sebab Aryan suka auntie Maryam." Selamba Aryan menjawab.

Besar mata Qaid. Oh ini dah melebih! Mujurlah Aryan ni anak Tuan Wais, kalau tidak dah lama dia cubit.

"Uncle."

"Apa?"

"Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa jual beg?" Soalan Aryan membuatkan Qaid tersenyum sinis. Heh soalan mudah.

"Kambing."

Aryan mengangkat kening tanda kenapa.

"Sebab kambing bunyi mbekk mbekkk..." Qaid menayang wajah berlagak apabila perasan raut muka Aryan berubah. Soalan kacang!

"Salah."

"Kenapa pula?" Giliran Qaid mengerut dahi. Tak puas hati.

"Binatang mana ada akal, mana reti jual jual haha." Itu sahaja balasan Aryan sebelum berlalu ke dapur.

Besar kecil besar kecil sahaja Qaid memandang susuk tubuh Aryan. Geramnya!

"Yas nanti dah besar takmau nakal okey?"

"Aaaaa!" Jerit Ilyas sambil menepuk tangan.

"Bagus Yas anak babah nii..."

***

TBC | 12 SEP

(Saya dah tulis lama, lupa nak publish. Hihi maaf!)

Action : Wais AydenWhere stories live. Discover now