🦋 : breakup

9.6K 973 49
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Hera duduk di antara pasangan kekasih dihapannya. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menenami sahabat karibnya,Dian Amelia untuk keluar dating. Macam sekarang.

"Let's break up" ayat itu keluar sendiri dari mulut Dian.

Bukan Hera sahaja yang terkejut,malah lelaki di sebelah kirinya sekarang juga ikut terkejut.

"It's a joke right?" soal lelaki itu sambil menegakkan duduknya.

Hera menggeleng.

"But why? You tahu i sayang you kan? Kenapa tiba-tiba?" suara lelaki itu kedengaran agak rapuh.

Ada popcorn free dekat mana-mana tak? Sebab Hera rasa dia tengah tengok drama live sekarang ni.

"I just don't feel like want to be with you anymore" jawab Dian bersahaja.

Ouh,wow? Semudah ABC betul hidup kawan Hera ni!

"Kenapa you buat i macam ni?" Hera angkat bahu.

"So,it's over. Thank you for everything Que" Dian mula bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

Que meraup kasar wajahnya. Nafas berat dihela.

Hera masih kaku ditempat duduknya. Senyap memerhati tindak-tanduk Que. Sejujurnya,
Que adalah crush Hera sejak hari pertama pendaftaraan university lagi.

Tapi,apabila mengetahui tentang hubungan Que dan Dian selepas seminggu mendaftar masuk,Hera memilih untuk mendiamkan diri dan hanya mencintai dalam diam. Menjaga Que tanpa memberitahu sesiapa dengan memastikan hubungan Que dan Dian sentiasa baik-baik sahaja.

Entah apa yang harus Hera rasa sekarang. Happy kerana crushnya sudah single? Atau kasihan melihat muka bemuram durja milik lelaki itu? Kalau Hera confess pun buat apa? Dia sudah tidak ada banyak masa. Meaningless.

Hera ketuk meja guna kukunya untuk menarik perhatian Que. Que mengangkat kepalanya memandang Hera. Kening diangkat sebelah.

Lah,muka tengah serabut pun handsome. Masalah betul.

"Tengku Que Zander,kenapa muka you macam bini hilang?" tanya Hera untuk menghilangkan kesunyian antara mereka.

Que tersentak. Mengapa? Sebab Que tidak pernah memberitahu nama penuhnya kepada sesiapa termasuk Dian. Apatah lagi pangkatnya yang bergelar tengku. Semua orang di university ini hanya mengenalinya sebagai Que.

"Arwah ayah i,Tuan Rahim. Lawyer kepada SKY FAMILY. Of course i kenal you sebab i selalu temankan ayah i dulu"

Hera memberitahu selepas melihat wajah terkejut Que. Harus sahaja dia kenal lelaki itu. Kerana lelaki itu ada sangkut-pautnya dengan SKY FAMILY.

"Don't worry,rahsia you selamat dengan i" sambung Hera lagi.

"You betul-betul sayangkan Dian?" Que kerutkan dahi tapi tetap juga dianggukan.

Hera hembuskan nafas lemah. Ada sesuatu yang sedang retak,tetapi bukan kaca. Sampai situ faham?

"I will help you get her back" ujar Hera senafas.

"How? I boleh percaya you ke?" Que berpeluk tubuh.

"In 100 days start from tomorrow,i will help you untuk menang balik hati Dian. How? Tu nanti lah kita plan"

Que mengetuk dagunya. Gaya ala-ala tengah berfikir tawaran yang diberi oleh Hera.

"Okay fine" jawabnya mudah.

"So,deal?" Hera mahukan kepastian.

"Deal" sahut Que sepatah.

Hera senyum nipis. Biarlah dia membantu orang yang dia sayangi supaya terus tersenyum buat kali terakhir. Setidaknya,Hera dapat pastikan ada seseorang yang mampu menjaga Que saat dirinya sudah tiada.

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now