🦋 : confession

8.5K 785 11
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Sudah seminggu Que tidak bertemu dengan Hera. Hari ini,lelaki itu mengambil keputusan untuk datang ke rumah Hera. Audi TT miliknya dipakir elok di hadapan rumah. Loceng ditekan sekali.

Kelihatan Puan Alaina sedang berjalan ke arah pintu pagar.

"Assalamualaikum,umi. Hera ada?" soalnya terus saat Puan Alaina berdiri di hadapan pintu pagar.

"Waalaikumussalam,ada dekat dalam. Que masuk lah" pintu pagar dibuka dan Que melangkah masuk.

"Hera ada dekat atas. Que pergilah naik. Kalau nak apa-apa umi ada dekat dapur" Que jatuhkan kepala.

Langkah diatur naik ke tingkat dua. Pintu bilik Hera diketuk sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sekujur tubuh Hera sedang berselubung di dalam selimut menyapa pandangan matanya.

Que duduk dibirai katil. Muka Hera yang sedang lena itu dipandang. Hatinya terasa sakit melihat keadaan Hera yang pucat. Mukanya juga kelihatan sedikit cengkung.

Puan Alaina melangkah masuk dengan sebuah dulang ditangan. Dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air itu diletakkan di atas meja belajar Hera.

"Kenapa dengan Hera,umi?" soalnya dengan perlahan.

Tidak mahu membangunkan gadis itu. Terselit nada risau dibalik ayat Que sebentar tadi.

"Umi takde hak nak bercerita,Que tanya Hera sendiri ye?"

Que kerutkan dahi. Kenapa? Apa yang tak kena dengan Hera? Apa yang Hera sembunyikan?

"Hera....Tak macam yang Que sangkakan. Kalau Que tahu,mungkin Que akan terkejut. Dan mungkin juga Que takkan percaya. Tapi,umi harap Que dapat terima apa yang keluar dari mulut Hera waktu dia bercerita nanti"

Que tegup air liurnya yang terasa berpasir. Entah mengapa hatinya rasa tidak enak.

"Umi,kalau Que cakap Que suka Hera,umi percaya tak?" Puan Alaina tersentak.

Mata gelap Que yang redup dipandang lama. Terbit kejujuran dari dalam anak mata itu.

"Que tahu bunyi macam pelik,tapi Que tak main-main. Dah 3 malam Que buat istikharah dan Que nampak muka Hera dalam setiap tidur Que" jelasnya.

"Umi tahu Que budak baik. Kalau umi,umi izinkan je. Tapi,keputusan terletak di tangan Hera. Jadi,Que kena tanya Hera"

Que angguk. Bayang Puan Alaina yang semakin hilang dipandang. Kepala kembali fokus pada Hera. Rambut yang menutupi wajah gadis itu dirapikan.

"Hera,wake up" panggilnya lembut.

Gadis itu merengek kecil sebelum matanya perlahan-lahan terbuka.

"What are you doing here?" soal Hera masih lagi berbaring.

"I'm worried sick about you. Aku contact kau tak dapat. Chat tak reply. That's why i'm here" Hera angguk lemah.

Badannya cuba dibangunkan tetapi tidak berjaya. Que yang melihat itu terus membantu Hera,badan gadis itu disandarkan pada dada bidangnya.

"I can hear your heartbeat" kata Hera perlahan.

"Ouh yeah,how does it sound like?" tanya Que sambil tangan mula mengambil semangkuk bubur yang Puan Alaina bawa naik tadi.

"It's beating fast" matanya dipejam rapat saat mendengar degup jatung Que yang menenagkan dirinya.

"Let's eat. Umi dah masak untuk kau" satu sudu bubur dihalakan pada bibir Hera.

Bibir itu terbuka kecil dan menerima suapan Que. Habis semangkuk bubur,segelas air pula disuakan pada Hera.

"Kalau aku nak ajak kau pergi satu tempat kau nak ikut tak?" soal Que.

Hera angguk perlahan. Que senyum tawar. Wintercoat milik Hera diambil dari belakang pintu. Gadis itu digendong gaya piggy back ride oleh Que hingga ke kereta.

 Gadis itu digendong gaya piggy back ride oleh Que hingga ke kereta

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
100 DAYS WITH YOUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang