🦋 : hated

8.5K 803 23
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Sudah 5 bulan berlalu,tetapi Dian hilang tanpa sebarang khabar. Setiap saat yang berlalu terasa amat menyeramkan bagi diri seorang Tengku Que Zander. Dirinya akan selalu berada dalam keadaan waspada,kerana Que tahu bila-bila masa sahaja Dian akan mampu serang Hera.

Que dapat rasa,kehilangan Dian bukanlah sesuatu yang baik. Macam mana diamnya Rash sewaktu ingin mengumpan abangnya dahulu,macam itulah Que agak apa yang Dian sedang lakukan sekarang.

Keselamatan sekeliling Hera juga ditingkatkan. Anak buahnya yang selama ini hanya mengawasi dari jauh,kini semuanya berdiri tegak disekeliling rumahnya. Kandungan Hera yang sudah masuk 8 bulan membuatkan Que semakin khawatir.

"Betul ni tak nak teman Que beli barang?" ini kali 10 Que tanya soalan yang sama.

Memang sekarang kerjanya 24 jam berkepit dengan Hera. Nak cakap dia paranoid? Silakan. Que cuma bimbang dengan keselamatan isteri kesayangannya.

Dan sekali lagi Hera menggeleng. Terasa amat malas untuk keluar dari rumah. Lagipun ini kali pertama Hera jejakan kaki ke rumahnya sendiri setelah pulang dari London. Sebelum ini,mereka tinggal di rumah Puan Alaina.

"Kunci pintu elok-elok. Apa-apa terus call Que. If anything happened,just scream okay?" segala pesanan diturunkan pada Hera.

Padahal Que hanya mahu pergi ke supermarket untuk membeli barang rumah sahaja.

Hera melihat Audi TT milik Que yang sedang meluncur keluar meninggalkan perkarangan rumah. Kakinya diatur kembali ke dalam rumah selepas pintu ditutup.

Baru sahaja kaki ingin melangkah ke arah lift,bunyi kaca pecah menyentakan deria pendengaran milik Hera.

PRANGG!!!

Kaki Hera terpaku ditempatnya berdiri. Kening dikerutkan. Dengan perlahan-lahan Hera melangkah ke arah datangnya bunyi kaca pecah itu tadi. Iphone ditangan digenggam erat. Bersiap sedia untuk menghubungi Que jika sesuatu berlaku.

"Hello my dear" kata seorang manusia yang sedang berjalan keluar dari arah dapur.

"Macam mana kau boleh masuk?" Hera mematungkan dirinya.

Cuma matanya yang masih melihat si empunya badan. Manusia itu nampak lain.

"Bodyguards kau tak jaga pintu belakang. Sebab tu aku masuk. Rindu nak jumpa bestfriend aku ni" nadanya kedengaran mengejek.

"Kau nak apa datang rumah ni?" Hera memberanikan dirinya.

Manusia itu gelak dengan kuat sebelum satu esakan kecil mula kedengaran.

"Hik Hik...Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Hera? Hik...Sanggup kau rampas Que dari aku...Sepatutnya aku yang ada dekat tempat kau sekarang ni. Aku yang tengah kandunkan anak Que" suaranya kedengaran sayu bersama linangan air mata yang jatuh ke pipi.

Anak. Baru Hera tersedar sesuatu.

"Kau....Bukan mengandung ke Dian?" Hera memerhati perut kempis Dian.

Dian senyum menyeringai ke arah Hera. Tangisan tadi digantikan dengan hilaian tawa milik Dian.

"Aku gugurkan anak aku. Que cakap dia tak terima aku kandungkan anak orang lain. So aku gugurkan je lah. Sekarang aku dah boleh dapatkan Que balik"

Hera mengucap panjang dalam hatinya. Tak sangka yang Dian akan tergamak untuk berbuat demikian.

"Tapi sebelum aku dapat Que balik....Kau dengan anak dalam perut kau tu KENA MATI! KAU MEMANG TAK PUAS HATI DENGAN AKU KAN?! DARI DULU LAGI AKU BENCI KAU!! AKU BENCI BILA KAU DAPAT LEBIH DARIPADA APA YANG AKU ADA!!"

suara Dian memenuhi segenap ruang tamu itu.

Hera tahu dirinya sedang diancam. Dian sudah hilang kewarasan akal sihatnya. Liur ditegup kekat. Melihat keadaan Dian,hanya satu perkara yang terlintas dikepala Hera. Gila.

Setapak Dian mendekati Hera,setapak Hera berundur. Tidak betah berdiri disitu. Baru sahaja Dian ingin membuka langkah ke arah lift,kakinya ditarik kuat oleh Dian sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu dinding dan jatuh.

Perut Hera terasa kejang dan pedih. Cairan bewarna merah pekat mula keluar dari celah kelankang dan kepala milik Hera.

"Erghhhh" Hera mengerang kesakitan.

Matanya mula mengeluarkan cairan jernih. Sakit dan terasa nyeri bercampur-aduk.

Dian terundur kebelakang sehingga terduduk.

"Tak..Takk...Ak-aku tak sengaja. Ta-tapi dia patut mati....Tak...Ni bukan salah aku" rambutnya dicengkam kasar.

Bunyi deruman enjin kereta diluar rumah menyentakkan Dian. Cepat-cepat wanita itu bangun. Pintu utama ditujunya sebelum berlari keluar.

Que terkejut melihat seorang wanita yang kusut-masai berlari keluar dari perkarangan rumahnya. Keningnya berkerut sebelum matanya membulat. Terus kaki berlari masuk ke dalam rumah.

"SAYANGGGGG!!!" Que terkejut melihat keadaan Hera yang sudah berlumuran dengan darah.

"Q...qu...que..." itu perkataan terakhir yang keluar dari mukut Hera sebelum semuanya bertukar gelap.

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now