🦋 : danger

8.4K 816 38
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Sejak mengandung ni,manja Hera semakin menjadi-jadi. Itu tidak lagi dikaitkan dengan morning sickness dan mengidamnya. Nasiblah Que sabar melayan ratu hatinya itu.

Macam sekarang!

"Que,Hera teringin nak makan tempoyak" matanya dikedip-kedipkan menjadi puppy eyes.

Que yang sedang berbaring di atas riba Hera mendongak ke atas dengan wajah tidak percaya. Suka betullah mak buyung ni mengidam benda pelik-pelik!

Tapi,setakat sekarang,Que masih mampu tunaikan semua benda yang Hera idamkan. Walaupun kadang-kadang permintaan tu merapu!

"My lovely lady,are you being serious right now?" soal Que lembut dan menerima anggukan dari Hera.

"You tahu tak kita kat mana sekarang ni?" soal Que lagi.

"Tahu,kat rumah" Hera menjawab dengan nada tenang.

Que rasa nak lagakan dahi dengan perut Hera yang semakin bulat itu sahaja selarang ni. Kenapa bijak sangat?!

"No. Maksud Que,tahu tak kita dekat celah sudut bumi yang mana sekarang ni?" nadanya masih lembut.

Tak pernah sekali pun Que bekeras atau berkasar dengan Hera. Kerana lelaki itu tahu,ibu mengandung haruslah dijaga bagai kaca yang paling mudah pecah pernah wujud di atas muka bumi.

"Kita kat UK?" Hera menyengetkan sedikit kepalanya untuk memandang Que yang sedang tersenyum manis.

"Yes,we are. Celah mana nak dapat tempoyak dekat UK ni yang?" Que kerutkan dahinya.

"Tak boleh ke?" mata Hera sudah mula berkaca.

Que terus bangun dari baringnya. Tubuh genit yang semakin berisi itu ditarik lembut ke dalam dakapannya.

"Shhh,don't cry. Okay macamni,esok Que habis kelas Que beli barang masak okay? Esok petang kita buat tempoyak. Boleh macamtu?"

Kepala Hera diusap penuh kasih sayang. Hera menjatuhkan kepalanya. Pelukan Que dibalas.












Beg galasnya ditarik keluar dari dalam locker. Jam dipergelangan kirinya ditilik. 1.30 petang. Kunci kereta dari dalam poket dikeluarkan. Que perlu singgah ke supermarket berdekatan untuk membeli barang membuat tempoyak.

Sedang mata ralit memeriksa bahan-bahan yang telah disenaraikan di dalam notes miliknya,langkah Que dihalang oleh seseorang. Orang itu mendepakan tangannya untuk menghalang jalan Que. Que mengeluh berat.

"Kau nak apa Dian?" nadanya kedengaran sangat malas.

"I nak you" tangan Dian cuba untuk mencapai tangan Que tapi cepat-cepat lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam poket hoodie.

"Que,please jangan layan i macamni. I nak you balik. I nak kita yang dulu. Please,let me fix everything and kita start dari mula balik" rayu Dian.

Que memandang Dian atas bawah sebelum tersenyum senget.

"Kau nak aku balik dengan badan macamni?" jari telunjuknya dihalakan pada perut Dian yang semakin membulat besar.

"I boleh gugurkan anak ni" Dian memegang perutnya.

"Kau gila eh? Budak tu tak bersalah pun. Cukup la dosa kau buat maksiat. Nak tambah lagi dosa bunuh anak tak bersalah tu pulak? Tch,teruk betul perangai kau"

Dian menundukkan kepalanya. Bibir bawahnya diketap. Perasaannya cuba dikawal.

"Aku terima kau balik? Apa kau cakap,fix? Start balik? Hell no!" tempik Que.

"Aku dah kahwin la,Dian. And aku bahagia dengan family kecil aku" jari manis yang tersarung cincin perak itu ditayang pada Dian.

Dian tersentak. Kenapa dia tak tahu tentang perkara ini?!

"I love her so damn much" sambung Que lagi.

"Kalau i tak dapat you,takde siapa boleh dapat you. I sanggup membunuh untuk pastikan you jadi milik i. Ingat tu Que"

Berderau darah Que melihat wajah Dian ketika ini. Liurnya ditegup kelat. Wajah sehabis baik dibekukan. Satu perkara yang Que tahu,saat ini.

Dian. Psycho.

Tak mustahil wanita itu akan betul-betul buat apa yang baru sahaja dirinya katakan.

"Try it. Touch her and you will never see the world again the next day" Que memberi amaran sebelum berlalu pergi.

100 DAYS WITH YOUKde žijí příběhy. Začni objevovat